Kkm Cadang Naikkan Kompaun Dari Rm1 000 Kepada Rm10 000


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
“Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula… Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan,” katanya semasa dialog khas bertajuk, ‘Covid-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk’ sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Walaupun Dr Noor Hisham telah menerima beberapa pengiktirafan terhadap sumbangannya memerangi pandemik Covid-19, beliau mengatakan penghargaan itu tidak harus diberikan kepadanya seorang sebaliknya kepada seluruh pasukan terutama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Satu orang tidak boleh membuat kelainan. Jika anda mahu memberi penghargaan, berikan kepada Perdana Menteri kerana beliau yang membuat keputusan, saya hanya menasihatkan beliau,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai teleperubatan, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia masih ketinggalan dari segi kesediaan untuk sistem penjagaan kesihatan digital.
“Hanya semasa krisis, kami memperkenalkan MySejahtera dan semua perisian, dan tidak sebelum pandemik. Sehubungan itu, saya berharap akan datang kita menyiapkan semua pendekatan teleperubatan atau teknologi maklumat sebelum pandemik atau jangkitan.
“Saya berharap inovasi teleperubatan harus dibuat sebelum pandemik. Saya ingin melihat pendekatan proaktif dan bukannya reaktif,” katanya. – Bernama
The post KKM cadang naikkan kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/25/kkm-cadang-naikkan-kompaun-dari-rm1000-kepada-rm10000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke Rm10 000 Jika Ingkar Akta 342

Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke Rm10 000 Jika Ingkar Akta 342

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun mengikut Akta 342 dari kadar semasa RM1 000 kepada RM10 000 Ketua Pengarah Kesiha
Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 354 hits
Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020 Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 oleh Kementerian Kesihata...
Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 382 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kompaun RM1 000 terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawa...
Covid 19 19 Individu Dikenakan Kompaun Rm1 000 Langgar Pkpp Di Kuching

Covid 19 19 Individu Dikenakan Kompaun Rm1 000 Langgar Pkpp Di Kuching

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 494 hits
PANTAU penguat kuasa kini aktif dalam mengesan mana mana individu dan juga premis yang ingkar arahan SOP PKPP INGKAR SOP KENA KOMPAUN RM1 000 Seorang penjaga premis termasuk 18 individu dikenakan kompaun RM1 000 akibat tidak mematuhi prosed...
Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

Ingkar Kuarantin Menteri Pas Hanya Kena Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 345 hits
Ingkar kuarantin KKM kompaun Khairuddin RM1 000 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1 000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali Menurut KKM ia setelah Khairuddin didapati bersalah menu...
Kkm Dipaksa Keluar Kenyataan Separuh Benar Isu Kompaun Khairuddin

Kkm Dipaksa Keluar Kenyataan Separuh Benar Isu Kompaun Khairuddin

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 372 hits
Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan apakah Kementerian Kesihatan Malaysia dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan separuh benar susulan kompaun RM1 000 yang dikenakakan terhadap Khairuddin Aman Razali kerana melanggar perintah ku...
Pm Usul Bantuan Jkm Dinaikkan Dari Rm200 Ke Rm1 000

Pm Usul Bantuan Jkm Dinaikkan Dari Rm200 Ke Rm1 000

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 491 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1 000 Katanya cadangan itu akan beliau kemuk...
Rm10 000 Fine For Covid 19 Offences Disproportional Says Analyst

Rm10 000 Fine For Covid 19 Offences Disproportional Says Analyst

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 285 hits
Economic analyst Carmelo Ferlito says the penalty must be proportionate to the offence PETALING JAYA An economic analyst has opposed the proposal to increase the maximum fine for compoundable offences under Act 342 to RM10 000 saying this w...
Rm300 Tidak Cukup Pm Saran Bantuan Jkm Naik Rm1 000

Rm300 Tidak Cukup Pm Saran Bantuan Jkm Naik Rm1 000

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 512 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan bantuan bulanan JKM dinaikkan ke RM1 000 Foto oleh Shafwan ZaidonSANDAKAN 30 Ogos Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi