Kredit: utopiastaging.blogspot.my
Makanan Raya memang enak dan sedap. Kalau tidak, takkanlah kita nak tunggu setahun semata-mata nak jamah makanan tersebut. Namun begitu, ada sebab makanan seperti rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang dan kuih raya sekali dalam setahun. Makanan tersebut terlalu kaya dengan rasa dan kalori sehingga kita berasa jelak makan beberapa kali. Daripada membazir makanan tersebut, apa kata anda cuba kitar semula makanan raya anda dengan tip-tip di bawah:
Butterkicap/rendangayam
Siapa yang tak sukakan rendang? Rasa rempah dan daging yang memekat dalam kuah santan cukup indah apabila dimakan bersama ketupat dan lemang. Tetapi, rendang tak boleh makan banyak-banyak nanti panas badan. Apabila dah jelak makan bersama ketupat dan lemang, apa yang kita boleh buat dengan rendang? Mudah saja! Ubah suai menjadi karipaplah! Anda boleh sediakan karipap rendang ayam istimewa kepada tetamu yang hadir. Pasti mereka terkejut dan kagum dengan kreativiti anda.
Kredit: nyonyacooking.com
Bagaimana kita nak kitar semula makanan raya seperti nasi impit? Mudah saja! Nasi impit tawar jika dimakan begitu saja. Nasi impit sesuai untuk dimakan dengan pelbagai jenis kuah dalam pelbagai cara dan cara yang terbaik untuk menikmati nasi impit ialah dengan membuat soto. Apabila anda sudah muak makan nasi impit dengan juadah Raya sampingan lain, sotolah cara terbaik untuk anda hilangkan rasa muak anda dan ubah selera anda kepada citarasa yang lebih ringan berbanding rendang dan kuah kacang.
Kredit: frozenkuihtradisi.com
Apabila kita nak kitar semula makanan Raya, pasti ada beberapa hidangan yang anda berasa sukar untuk mencari jalan kreatif mengubahnya. Saya ada cadangan untuk anda. Jika anda seorang yang berani dan terbuka untuk cuba masakan baru. Anda boleh hidangkan sajian minum petang baru iaitu ketupat pulut dan kelapa parut digaul gula melaka. Rasanya sedap kerana rasa manis kelapa parut tersebut seimbangkan rasa lemak pulut ketupat tersebut.
Kredit: bakerita.com
Selalunya, pada minggu kedua dan seterusnya bulan Syawal, anda pasti sudah berasa muak untuk makan kuih Raya dan pasti banyak kuih Raya yang tidak dapat dihabiskan. Cara untuk mengitar semula kuih raya memang sukar tetapi di Butterkicap, semuanya tidak mustahil. Caranya, jadikan kuih Raya anda sebagai kerak pastri tanpa perlu bakar. Mudah, senang dan enak! Yang paling penting, anda tidak membazir kuih raya anda.
Kredit: Azie kitchen
Bagaimana nak kitar semula kuah kacang? Untuk mengitar semula kuah adalah satu cabaran besar. Tetapi, kami ada caranya untuk anda. Sebelum kuah anda basi, anda boleh sediakan sate untuk tetamu-tetamu anda di rumah dan cicah bersama baki kuah kacang yang anda. Sedap, dan ringkas. Tak perlu anda menangis melihat kuah kacang yang anda masak dibuang ke dalam sinki.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |