Kecewa Bila Timbang Ini 3 Cara Mudah Untuk Elak Berat Naik Selepas Hari Raya


Sedar tak sedar dah 11 hari umat Islam menyambut hari lebaran. Suasana terasa begitu meriah dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Sesungguhnya hari raya ini digambarkan sebagai ‘syurga makanan’ , sentiasa penuh dengan juadah yang begitu enak.
Sebut sahaja menu, nasi impit, soto, lemang, ketupat, daging rendang, daging masak hitam, kuah kacang, ayam masak merah dan sebagainya. Setelah sebulan berpuasa, masa inilah untuk ‘balas dendam’, rasa macam nak makan semua makanan tuh.
Gambar Hiasan Tapi, yang tak seronoknya bila tiba-tiba rasa baju raya yang kita pakai tu terasa ketat sikit. Tak pun, waktu timbang berat, rasa nak jerit sebab tengok berat dah naik, 1 kg! 2 kg!
Kenapa berat badan naik selepas raya? Memang sangat sukar dalam menahan diri untuk tidak makan banyak di hari raya. Menu-menu khas hari raya dengan kuih raya, ditambah lagi dengan minuman segar tentu membuat anda ingin makan lebih banyak (khusus di hari raya). Lebih-lebih lagi, makan dengan ditemani sanak saudara membuat suasana makan lebih menyeronokkan.
Hal ini membuat anda “terlalai” dan tidak memerhatikan apa dan sudah berapa banyak makanan yang anda makan. Makanan yang anda makan di haro raya biasanya makanan yang tinggi lemak dan gula, yang membuat jumlah kalori yang masuk ke tubuh anda berlebihan. Tidak peliklah, berat badan naik selepas hari raya.
Setelah hari raya, hari cuti pun masih panjang, membuatkan anda masih ingin bermalas-malasan di rumah atau pergi ke tempat pelancongan sambil menikmati pelbagai jenis makanan. Hal ini membuatkan anda lupa untuk bersenam. Akhirnya, kalori yang masuk lebih besar berbanding kalori yang anda keluarkan.
Tip menjaga berat badan agar tidak naik selepas hari raya Untuk tetap menjaga berat badan agar tidak naik setelah hari raya, kuncinya adalah kalori yang masuk ke dalam badan sama dengan kalori yang dikeluarkan. Anda mungkin boleh mengikuti tip di bawah ini untuk menghalang berat badan naik selepas hari raya.
1. Jangan abaikan rasa kenyang, makanlah berpada-pada Berhenti makan sebelum anda kenyang. Jangan membuat diri anda terlalu kenyang, ini akan membuat anda menjadi malas bergerak. Sebaiknya, makan dengan kesedaran penuh dan tanpa gangguan supaya anda boleh merasakan makanan yang masuk ke dalam tubuh.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan sambil melakukan hal lain cenderung untuk makan berlebihan. Kerana mereka kurang mampu mengetahui apabila badan memberi isyarat kenyang. Sebaliknya, makan dengan perlahan dan tanpa gangguan dapat membantu anda mengenali rasa kenyang lebih baik, sehingga anda mengambil kalori lebih sedikit.
Gambar Hiasan Kenali juga rasa lapar anda dengan baik. Pastikan anda benar-benar lapar bukan hanya lapar palsu sebelum mengambil makanan. Cuba minum satu gelas air terlebih dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit untuk mengetahui anda benar-benar lapar atau tidak.
2. Jaga pola makan, termasuk kekerapan, hidangan, dan jenis makanan Walaupun di hari raya, bukan bererti anda bebas untuk makan apa sahaja yang anda inginkan. Sebaiknya tetap perhatikan kekerapan dan hidangan makan anda, jangan terlalu berlebihan. Anda mungkin boleh memakai piring kecil untuk mengehadkan hidangan makanan anda.
Perhatikan juga jenis makanan yang anda makan. Pada hari raya, anda cenderung untuk lebih banyak mengambil makanan berlemak berbanding makanan berserat. Sebaiknya, seimbangkan jenis makanan yang anda makan. Jangan lupa untuk banyak makan sayur dan buah-buahan di hari raya, kerana serat yang terkandung di dalamnya dapat mencegah anda daripada naik berat badan.
Gambar Hiasan Bukan hanya makanan berat, perhatikan juga makanan ringan dan minuman yang anda ambil pada hari raya. Kuih-kuih khas hari raya yang manis dan sirap manis sewaktu hari daya tanpa anda sedari boleh menyumbang kalori lebih kepada badan anda. Biasanya anda tidak memerhatikan sudah berapa kuih yang anda makan dan sudah berapa gelas sirap yang anda minum. Hati-hati!
3. Tidur secukupnya, kawal stres, dan tetap bersenam walaupun cuti setelah hari raya Kurang tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Hal ini kerana orang yang kurang tidur cenderung mengambil lebih banyak kalori dan kurang aktiviti fizikal. Penting bagi anda untuk tetap mendapatkan tidur yang cukup sepanjang hari raya dan cuti hari raya.
Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres,yang kemudian menyebabkan berat badan naik. Sebaiknya lakukan hal yang menyenangkan untuk mengelakkan stres pada hari cuti. Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan stres, salah satunya adalah bersukan.
Selain untuk mencegah stres, bersukan di hari cuti raya juga dilakukan untuk mengimbangi kalori yang masuk ke dalam badan anda sehingga berat badan lebih boleh terkawal. Hanya bersantai-santai di rumah, menonton televisyen sambil menikmati kuih raya, tentu boleh membuat berat badan naik selepas hari raya.
Sumber : Hello Doktor 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/14/kecewa-bila-timbang-ini-3-cara-mudah-untuk-elak-berat-naik-selepas-hari-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 512 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Gelar Sidang Isbat Inilah Cara Kemenag Tentukan Hari Raya Idul Fitri

Gelar Sidang Isbat Inilah Cara Kemenag Tentukan Hari Raya Idul Fitri

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 346 hits
Kementerian Agama akan menggelar sidang isbat atau penetapan 1 Syawal 1440H pada Senin sore sebagai penentuan Hari Raya Idul Fitri
Kalori Makanan Hari Raya Dan Cara Membakar Kalorinya

Kalori Makanan Hari Raya Dan Cara Membakar Kalorinya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 416 hits
Hari raya bakal menjelang Seronok sebulan puasa turun sampai 15kg tapi bila hari raya tiba makan tak ingat dah naik 10kg hahaha Berikut merupakan makanan yang terkenal waktu hari raya Mengandungi maklumat kalori dan info yang berkaitan untu...
Touch N Go Top Ups Unavailable At Plus Highway Toll Plazas During Hari Raya Period

Touch N Go Top Ups Unavailable At Plus Highway Toll Plazas During Hari Raya Period

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 376 hits
Remember to top up your Touch n Go before leaving on your balik kampung trip or you ll have to use kiosks at R R stops as Plus s highway toll plazas will not offer reload services during Hari Raya Aidilfitri P NATHAN The StarRemember to top...
Juadah Popular Di Pagi Hari Raya Mana Yang Korang Suka

Juadah Popular Di Pagi Hari Raya Mana Yang Korang Suka

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 827 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Pejam celik pejam celik kita dah menghampiri penghujung bulan Ramadan Maghrib malam ni akan mula sibuk untuk meneropong anak bulan adakah esok puas...
Adab Dan Tips Di Hari Raya

Adab Dan Tips Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 510 hits
Adab dan Tips di Hari Raya Alhamdulillah Telah sebulan kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan yang mulis Welcome Syawal Di kesempatan ini mama sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Mohon maaf jika sepanjang...
Dosa Hari Raya

Dosa Hari Raya

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 572 hits
Perkataan Aidilfitri atau lidulfitri berasal dari dua perkataan iaitu aidil yang bererti perayaan dan fitri bermaksud bersih suci atau semulajadi Aidilfitri menggambarkan suasana gembira setelah melaksanakan ibadat puasa dan menyucikan diri...
Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1192 hits
Penampakan lembaga seperti wanita dengan rambut mengerbang di ruang tamu semasa rumah terbuka Hari Raya di Jelebu Negeri Sembilan Foto ihsan Ramlah Kassim KEMERIAHAN sambutan Syawal sebuah keluarga besar bertukar seram sejuk dengan kehadira...
Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 368 hits
Kanak kanak mungkin lebih tertarik pada makanan segera fast food mereka yang dewasa apa kurangnya Tetapi makanan segera fast food sememangnya tidak bagus jika diamalkan dimakan selalu Jika ingin lebih rasa selamat serta yakin apa kata kami ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings