Kitajagakita Pembudayaan Norma Baharu Di Pejabat
assalamualaikum & salam sejahtera 💚
diharapkan semua yg membaca coretan saya ni dalam keadaan yang amat sihat, bersemangat dan gembira ye. kualiti hidup kita mestilah dijaga pada setiap masa. stress tu di mana-mana. sedih tu pada bila-bila. kita tak boleh elakkan 😌. namun, tabahlah. lalui dengan rasa bahawa "ia akan diselesaikan". bahagia itu kita yang cipta. tabahlah..
apa yang penting sekarang, kena ingat 👉 Pembudayaan Norma Baharu di Pejabat. jangan sesekali alpa! jangan sesekali lupa! jangan amik ringan!
gambar kredit kepada CPA JKDM
Pakai pelitup muka di tempat awam. WAJIB! tak kisahlah bergejala ataupun tidak ye.Jalani saringan suhu badan. WAJIB! ikutlah syarat yang dikemukakan oleh tempat-tempat yang ingin dikunjungi tu. just hulur dahi and scan suhu. mudah 👌.Imbas QR code melalui aplikasi yang disediakan bagi merekodkan kehadiran. terbaik adalah download apps MySejahtera di phone. semua mesti dah tahu kan, ini akan memudahkan kita sendiri bila mana ada kes-kes positif di mana-mana tempat yg berkenaan, kita mudah dihubungi.Kerap cuci tangan atau gunakan hand sanitizer.Amalkan penjarakan fizikal. WAJIB! bila orang di sekitar kita tidak menjaganya, kita ingatkan. kita amik jarak fizikal kita sendiri dari mereka. biar mereka nampak. biar mereka ikut. mudah, kan 👌.Elakkan bersalaman atau bersentuhan. INI PALING UTAMA! sendiri mahu ingatlah, kan...
sedia maklum bahawa sebab utama kenapa PKP seluruh negara tidak diwartakan oleh kerajaan adalah kerana faktor ekonomi. PKP dari 18.3.2020 hingga 9.6.2020 telah beri impak yang amat besar kepada sesetengah individu, bukan hanya di Malaysia, tapi seluruh dunia 😔. ekonomi individu terjejas. ekonomi keluarga jadik teruk! ekonomi syarikat apatah lagi. diberhentikan kerja? terus tiada kerja? dipotong gaji? namakan saje
gambar kredit kepada CPA JKDM
oleh kerana itu, PKP kali ni di beberapa buah negeri, tetap keadaan persekitaran seperti biasa. kereta di jalanan, orang sektor swasta pergi kerja. orang berniaga tetap berniaga. kompleks membeli-belah tetap dibuka, malah ada yang buka di waktu anjal, lebih masa dari biasa. maka, amalkanlah pembudayaan normah baharu di tempat kerja. PENTING!
#KitaJagaKita 💪
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/10/kitajagakita-pembudayaan-norma-baharu.html