Bentuk Norma Politik Baharu



SELEPAS ‘Langkah Sheraton’, negara sekarang ini menyaksikan satu lagi langkah yang mungkin akan mewujudkan satu jajaran baharu politik negara. Ini selepas ‘Langkah Le Meridien’ yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya mengembalikan semula politik negara ke kancah kekalutan.
Kalau ‘Langkah Sheraton’ menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), jadi apakah Langkah ‘Le Meridien’ juga bakal melakukan perkara yang sama kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tetapi naratif kepada kedua-dua langkah tersebut sebenarnya terpasak kepada satu hakikat yang tersirat bahawa politik negara masih lagi dalam proses penambahbaikan ke arah demokrasi yang matang.
Cuma ia berlaku ketika politik kepartian masih terhambat dengan kerangka pemikiran lama.
Tiada lagi istilah ‘Abang Besar’, parti terbesar, terkuat dan dominan yang sinonim dengan politik kepartian masa lalu. Nasib baik di sebalik segala haru biru, terlihat perubahan ketara dalam kalangan rakyat yang semakin berani bersuara dan memberikan pandangan tanpa gentar dan terbuka, sesuatu yang tidak berlaku sebelumnya.
Ini secara tidak langsung menjadikan politik tidak lagi eksklusif kepada ahli politik semata-mata. Wujudnya penghakisan monopoli berpolitik yang terlalu bergantung kepada orang politik sememangnya indikasi yang baik bagi mewujudkan politik dan demokrasi yang sihat.
Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

Dan jelas terbukti bahawa meletakkan politik di tangan orang politik sahaja memang membahayakan negara.
Jelas, mereka hanya menggunakan politik sebagai alat untuk berkuasa dan memperoleh laba tanpa mempedulikan apa-apa.
Sebab itu ini masa yang sesuai untuk rakyat mula mengendurkan kepercayaan, malah mungkin kebergantungan mereka kepada orang politik.
Ketika ini, kita disarankan supaya hidup dengan norma baharu disebabkan pandemik Covid-19. Justeru, barangkali kita juga patut untuk membentuk norma politik baharu.
Kalau orang politik ketika ini berada dalam fasa peralihan dan sedang membentuk norma baharu dalam amalan berpolitik mereka, maka kita juga harus melakukan perkara yang sama.
Norma politik baharu yang patut dibentuk ketika ini adalah untuk menjadi lebih objektif dalam menilai orang politik. Sebagai rakyat yang mengundi, kita patut menilai dan membanding dasar atau tindakan mereka secara seimbang dari kedua-dua pihak, tanpa prejudis, sentimen, wasangka dan ketaksuban.
Rakus
Kecerdasan politik sepatutnya digunakan dalam menilai orang-orang politik. Sebab itu kita tidak sepatutnya mendengar sesuatu perkara secara sepihak dan menulikan telinga kepada satu pihak yang lain.
Kalau ini berlaku, perspektif politik kita akan cacat dan herot. Maka jangan haraplah akan berlaku proses pencerdasan minda politik.
Malah, ini akan membuka ruang buat orang politik untuk menjajah dan membekukan minda lantas kembali rakus meratah kuasa atas kejumudan pemikiran politik massa.
Berhenti berpolitik dan buat kerja – TMJ

Sudahnya, orang politik berterusan kaya dan berkuasa, tetapi rakyat masih terus leka dan menderita. Mereka yang buat gara-gara, kita tanggung bahana.
Mereka berterusan merencanakan sentimen berbanding mengemukakan dasar dan penyelesaian masalah bagi memastikan kita sentiasa terperangkap dalam pusaran ganas permainan politik yang membinasakan.
Harus diingat usia politik itu singkat. Nyawanya bergantung kepada emosi dan persepsi, nafasnya berbau falasi serta tipu daya dan kerjanya selalu membelit dan memporak peranda.
Sebab itulah tidak akan maju sesuatu bangsa kalau politiknya terus menerus bergantung dan cari makan dengan berpolitik.
Oleh yang demikian, kecerdasan politik berguna untuk menepis dan mengimbangi kedangkalan berpolitik supaya kepala kita selamat daripada gilotin politik algojo siasah yang lahapkan kuasa.
Algojo siasah ini tidak peduli walaupun bayi baru bercerai tali pusat di Sabah baru-baru ini mati sekalipun asalkan matlamat politik tercapai.
Mungkin norma politik baharu boleh bermula dengan asuhan minda kita supaya selalu berfikir melewati kerangka politik yang bersifat kepartian.
Sepatutnya politik mesti dilihat dari sudut kenegaraan dan kepentingannya sebagai alat mencapai kemakmuran bersama, bukan medan untuk bertikam dan bersabung orang politik yang akhirnya mematikan jiwa dan idealisme warga.
*Mujibu Abd Muis Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM)
‘Muktamadkan dalam Perhimpunan Agung’

The post Bentuk norma politik baharu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/17/bentuk-norma-politik-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seratus21 Transaksi Nirtunai Norma Baharu Perniagaan

Seratus21 Transaksi Nirtunai Norma Baharu Perniagaan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 232 hits
Dapat diperhatikan negara kita kini menuju kearah untuk menjadi masyarakat nirtunai Rasanya memang tidak mengejutkan jika pendekatan ini bakal digunakan sepenuhnya pada masa akan datang Malah kalau anda semua masih ingat Menteri Sains Tekno...
Kehidupan Di Norma Baharu

Kehidupan Di Norma Baharu

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 298 hits
10 bulan 10 tahun 2020 Kacak tarikh ari tuk Sapo nikah ari tuk atau lahir ari tuk senang ingat tarikh Tahun 2020 tuk amat berlainan dari tahun tahun sebelum tuk Kehadiran Virus Covid 19 mengubah seratus peratus kehidupan manusio bukan ajak ...
Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad menerapkan norma baharu dalam meraikan sambutan Hari Pos Sedunia ke 51 hari ini dengan melancarkan video khas yang mengetengahkan peningkatan sistem digitalnya serta ucapan terima kasih kepada barisan hadapa...
Selepas Tamatnya Politik Baharu Di Malaysia Apakah Ada Harapan

Selepas Tamatnya Politik Baharu Di Malaysia Apakah Ada Harapan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 270 hits
By 3 oktober 2020Photograph Eric ThooWalaupun arus di sebalik politik baharu nampak seperti bebayang sendiri yang pudar Johan Saravanamuttu teruja dengan kemunculan sebuah kumpulan idealistik Izinkan saya berkongsi beberapa pandangan jujur ...
Kitajagakita Pembudayaan Norma Baharu Di Pejabat

Kitajagakita Pembudayaan Norma Baharu Di Pejabat

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 485 hits
assalamualaikum salam sejahtera diharapkan semua yg membaca coretan saya ni dalam keadaan yang amat sihat bersemangat dan gembira ye kualiti hidup kita mestilah dijaga pada setiap masa stress tu di mana mana sedih tu pada bila bila kita tak...
Abpbh 33 Dalam Norma Baharu

Abpbh 33 Dalam Norma Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 246 hits
Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali bagi edisi ke 33 dalam budaya norma baharu dengan mengangkat tema ABPBHKITA2020 pada 13 November ini Acara kemuncak ABPBH 33 juga buat pertama kalinya akan disiarkan secara langsung melalui apl...
Covit Dan Politik

Covit Dan Politik

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 335 hits
BERGELUT DENGAN COVIT DAN POLITIK YANG MENDERITA ADALAH RAKYAT BERGELUT DENGAN POLITIK YANG MENDERITA JUGA ADALAH RAKYAT DI DALAM COVIT ADA POLITIK DI DALAM POLITIK ADA COVIT PEMIMPIN POLITIK ADA COVIT COVIT TIDAK KENAL POLITIK ADA DIANTARA...
Convid19 Beberapa Ahli Politik Disahkan Positif Bodoh Hingga Menyusahkan Rakyat Oleh Netizen

Convid19 Beberapa Ahli Politik Disahkan Positif Bodoh Hingga Menyusahkan Rakyat Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 699 hits
Minggu ini negara digemparkan dengan peningkatan kes convid19 yang tinggi secara mendadak setelah berakhirnya Pilihanraya Negeri Sabah Sebanyak 287 kes telah di catatkan semalam menjadikan jumlah kes tertinggi pernah dicatakan oleh negara s...
Ahli Politik Melayu Tak Jaga Ekonomi Bangsa Sendiri Kaum Lain Ambil Peluang

Ahli Politik Melayu Tak Jaga Ekonomi Bangsa Sendiri Kaum Lain Ambil Peluang

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 209 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Lebih 60 tahun merdeka ekonomi Bumiputera masih di takuk sama BANGI Isu ketirisan dalam pengagihan dan penyaluran wang peruntukan kerajaan antara faktor pembangunan sosioekonomi Bumiputera tidak berkembang pesat Just...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall