Kita Mungkin Hidup Selamanya Dengan Covid 19


BULAN Ogos sepatutnya menjadi bulan kebanggaan. Inilah bulan kemerdekaan dan bulan kebangsaan yang setiap tahun disambut dengan penuh meriah. Ia menjadi satu bulan yang makin mengeratkan rukun rakyat Malaysia.
Namun, krisis penyakit tiga serangkai telah membawa lara kepada hati banyak rakyat Malaysia. Di saat kita bergelut dengan peningkatan kes Covid-19, negara juga berdepan dengan kemelut politik dan krisis ekonomi.
Ironinya, bulan kemerdekaan sepatutnya membawa makna kebebasan, namun pada bulan inilah rakyat Malaysia paling ‘terjajah’ dengan kes Covid-19.
Sedar atau tidak sepanjang bulan Ogos ini, angka kes Covid-19 negara ‘bermain’ di sekitar angka 15,000 hingga 24,000 kes. Secara purata dalam bulan merdeka ini, kes harian Covid-19 di Malaysia ialah 20,456 kes.
Angka yang tinggi itu membawa kepada banyak persoalan dan perdebatan. Ada yang berpendapat, tidak perlu menjadi kebimbangan kerana walaupun kes dicatatkan tinggi, namun kita menyaksikan pesakit yang mengalami simptom teruk tahap 4 dan tahap 5 telah berkurangan. Ia adalah hasil kejayaan program vaksinasi.
Pendek kata, kes Covid-19 akan tetap ada tetapi simptom teruk serta kes maut akan berkurangan. Namun, ramai yang bertanya sampai bila kita akan hidup dengan Covid-19? Dan adakah kita akan mampu melandaikan graf Covid-19 seperti yang pernah dilakukan pada tahun lalu?
Vaksinasi 80 peratus
Bagi Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar, dunia mahupun Malaysia akan hidup dengan Covid-19 untuk selamanya.
“Selagi program vaksinasi kita tidak mencapai 80 peratus, sekarang ini angka positif tinggi sebab kita ada varian delta. Kalau dulu mungkin 70 peratus sahaja tetapi sekarang capaian vaksinasi kena 80 peratus ke atas.
“Sebab varian delta ini tidak peduli ada vaksin atau tidak. Sama sahaja boleh dijangkiti. Jadi sekarang ini kita kena fokus kepada meningkatkan vaksin,” katanya.
Setakat ini, berdasarkan berdasarkan data John Hopkins, lebih satu bilion penduduk telah menerima suntikan vaksin.
 
Dr Sazaly  
Di Malaysia, hampir 60 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.Setakat Rabu berdasarkan data Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima individu dewasa lengkap dua dos vaksin mencapai 59.1 peratus atau lebih 13.84 juta dos telah diberikan.
Biarpun begitu, rekod lima angka kekal sejak lebih sebulan lalu dengan 24,599 kes positif adalah angka harian tertinggi.
Berdasarkan unjuran permodelan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Julai menjangkakan negara sepatutnya mencapai kes harian 24,000 pada September depan.
Bagaimanapun jumlah kes berkenaan muncul pada Khamis (26 Ogos), iaitu lima hari sebelum memasuki bulan September.
“Jangkaan saya akan sampai 30,000 kes sehari kalau kita terus longgarkan sekatan. Sekarang ini pelbagai sektor telah dibuka. Belum lagi sekolah dibuka,” kata Dr Sazaly.
Agak membimbangkan katanya, negeri selain Selangor juga turut menyaksikan lonjakan kes terutamanya di Sabah, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah dan Kelantan.
Sedangkan Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah sudah berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara manakala Sarawak berada pada Fasa 3.
“Kita tidak belajar. Kalau kita kena patuk ular, dari lubang yang sama, bodoh namanya. Dari dulu, apabila kita buka pelbagai sektor, jangkitan menular kembali.
“Bila kita longgarkan sekatan ketika vaksinasi belum mencapai tahap optima, jadi kita berdepan dalam keadaan seperti hari ini. Selagi kita tidak sampai 80 peratus vaksinasi, keadaan ini akan berterusan,” tambah Sazaly.
Mutasi virus
Biarpun begitu, di sebalik rekod harian yang tinggi, kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Lembah Klang sudah semakin berkurangan susulan vaksinasi mencapai 60 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan lebih nyata dapat dilihat dalam seminggu atau dua minggu lagi, selain penurunan kes penularan wabak itu.
Bagaimanapun tegasnya, di negeri lain seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Sabah dilihat kes meningkat kerana vaksinasi masih di bawah 50 peratus.
Sebuah portal antarabangsa, The Atlantic pada 18 Ogos lalu juga mendedahkan penduduk dunia akan hidup bersama virus Covid-19 lebih lama dan kemungkinan sehingga selamanya.
“Virus Covid-19 akan berubah mengikut masa. Oleh kerana semakin banyak orang mendapat kekebalan melalui vaksinasi, koronavirus akan berusaha mencari cara untuk menembusi kekebalan itu.
“Sama seperti selesema yang bermutasi setiap tahun sebagai tindak balas terhadap kekebalan yang ada,” kata ahli biologi dari Universiti Chicago, Sarah Cobey.
Jumlah kes pada bulan Ogos 2021
1 Ogos 17,150 kes
2 Ogos 15,764 kes
3 Ogos 17,105 kes
4 Ogos 19,819 kes
5 Ogos 20,596 kes
6 Ogos 20,889 kes
7 Ogos 19,257 kes
8 Ogos 18,688 kes
9 Ogos 17,236 kes
10 Ogos 19,991 kes
11 Ogos 20,780 kes
12 Ogos 21,687 kes
13 Ogos 21,468 kes
14 Ogos 20,670 kes
15 Ogos 20,546 kes
16 Ogos 19,740 kes
17 Ogos 19,631 kes
18 Ogos 22,242 kes
19 Ogos 22,948 kes
20 Ogos 23,564 kes
21 Ogos 22,262 kes
22 Ogos 19,807 kes
23 Ogos 17,672 kes
24 Ogos 20,832 kes
25 Ogos 22,642 kes
26 Ogos 24,599 kes
27 Ogos 22,070 kes
28 Ogos 22,597 kes
PURATA KES BULAN OGOS
572,779 / 28 = 20,456
Kita mungkin hidup selamanya dengan Covid-19
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO] Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik Layari Laman Facebook MYKMU
Kakitangan KKM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

The post Kita mungkin hidup selamanya dengan Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/29/kita-mungkin-hidup-selamanya-dengan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makhluk Asing Mungkin Hidup Di Dalam Tanah Di Marikh

Makhluk Asing Mungkin Hidup Di Dalam Tanah Di Marikh

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh KOSMO Sekiranya Marikh mengandungi air ini bererti terdapat peluang yang baik untuk hidupan turut berada di situ NASAWASHINGTON Satu kajian mendapati Planet Marikh berkemungkinan didiami oleh makhluk asing yang hidup di bawah permukaan...
Endemik Bersediakah Kita Hidup Bersama Covid 19

Endemik Bersediakah Kita Hidup Bersama Covid 19

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 150 hits
SUDAH semestinya kita tidak mahu terus terperuk di rumah dengan pelbagai keterbatasan yang menjejaskan aktiviti kehidupan harian UTUSAN FAISOL MUSTAFA Menuju ke Fasa endemik Covid 19 dalam masa 2 bulan ini SETELAH lebih setahun negara mengh...
Covid 19 New Zealand Lanjut Tempoh Berkurung

Covid 19 New Zealand Lanjut Tempoh Berkurung

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 208 hits
NEW Zealand pada Isnin melanjutkan perintah berkurung di seluruh negara sekurang kurangnya sehingga Jumaat sebagai usaha memerangi peningkatan jangkitan COVID 19 Langkah itu juga diambil susulan pertambahan 35 kes baharu membabitkan varian ...
Robot Delta Bantu Penduduk Jalani Kuarantin Covid 19

Robot Delta Bantu Penduduk Jalani Kuarantin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 249 hits
Penduduk kampung di Tembok Gede Indonesia dan saintis tempatan menyerlahkan kreativiti dengan mencipta robot serbaguna yang berupaya menceriakan mereka yang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid 19 Channel News Asia...
Kawan Dalam Wad Ibarat Adik Beradik Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

Kawan Dalam Wad Ibarat Adik Beradik Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Bersalin Musim Covid

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 365 hits
Pandemik Covid 19 memang memberi impak yang sangat besar dalam pelbagai aspek dan tidak terkecuali untuk proses ibu ibu yang bakal melahirkan permata hati mereka Prosedur bersalin di hospital kini amat ketat terutamanya di hospital kerajaan...
Covid 19 Angka Kematian Di Sabah Meningkat

Covid 19 Angka Kematian Di Sabah Meningkat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 190 hits
Jurucakap Covid 19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Kota Kinabalu Sabah merekodkan peningkatan kematian Covid 19 pada Isnin dengan 25 kematian direkodkan di seluruh negeri di mana Kota Kinabalu mencatatkan angka tertinggi dengan 12 kematian J...
Pengalaman Covid 19 Stage 1 Dan 2

Pengalaman Covid 19 Stage 1 Dan 2

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 603 hits
Pengalaman COVID 19 stage 1 dan 2 Ramai mengatakan Stage 1 dan 2 tidaklah merbahaya tetapi jika anda mengalaminya anda tahu bahawa Stage 1 2 ini amat berpotensi untuk ke stage lagi kritikal jika anda mengabaikannya Untuk makluman terdapat 5...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025