Endemik Bersediakah Kita Hidup Bersama Covid 19


SUDAH semestinya kita tidak mahu terus terperuk di rumah dengan pelbagai keterbatasan yang menjejaskan aktiviti kehidupan harian. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA Menuju ke Fasa endemik Covid-19 dalam masa 2 bulan ini SETELAH lebih setahun negara mengharungi ancaman pandemik Covid-19, kita perlu terima kenyataan bahawa tidak mungkin virus ini akan lenyap atau hilang begitu sahaja dalam tempoh terdekat. Hakikatnya, kita perlu akui Covid-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, iaitu kekal serta menjadi sebahagian daripada kehidupan harian manusia sebagaimana virus lain seperti selesema. Maka persoalannya, bersediakah kita untuk hidup bersama virus ini yang masih…

Ketahui maksud Endemik, Epidemik dan Pandemik. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth SELEPAS hampir dua tahun mendepani penularannya, negara kita dijangka memasuki fasa endemik Covid-19 pada penghujung Oktober ini apabila 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin.

Endemik merujuk kepada kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat.

Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes pada kadar yang stabil serta rendah. Contoh lain, denggi adalah penyakit endemik di negara ini.

Malah, penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu umpamanya antara endemik yang mengancam dunia.

3 negara di dunia yang merekodkan penyakit endemik paling tinggi ialah Republik Congo, Madagascar dan Peru.

Memetik kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin, peralihan pandemik kepada endamik di negara ini perlu disusuli dengan langkah-langkah untuk 'hidup bersama virus' ini.

"Kita harus menerima hakikat bahawa sekali pun kita berjaya mengawal pandemik ini, akan tiba masanya nanti Covid-19 menjadi endemik dan kita mesti mengambil langkah untuk hidup bersama virus ini.


"Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) dan usaha mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus Covid-19," katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 negara ini di Putrajaya, baru-baru ini.

Konsep 'hidup bersama virus' tidak bermakna kita sudah boleh menarik nafas lega sebaliknya ia memerlukan kerjasama, kepekaan dan keprihatinan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Setiap orang perlu ingat bahawa Covid-19 belum lenyap sepenuhnya selain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Kehidupan tidak akan kembali kepada keadaan biasa sebelum berlakunya penularan Covid-19.

Persediaan 'hidup bersama virus' bermakna kita perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk kelangsungan hidup seterusnya.


Perubahan dalam cara hidup bukan lagi satu pilihan sebaliknya keperluan. Teruskan mengamalkan norma baharu dengan mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19.

Pemakaian pelitup muka (pemakaian berganda amat digalakkan) di kawasan awam tertutup, menjaga penjarakan fizikal dan semestinya perlu menitik beratkan aspek kebersihan dengan penggunaan pensanitasi tangan sebagai rutin.

Pada masa sama, anda perlu mendaftarkan diri dan keluarga (bagi yang layak menerima vaksinasi) untuk segera mendapatkan temu janji vaksinasi Covid-19.

Vaksin mengandungi antigen yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya dikenal pasti sebagai kontak kasual, individu bawah pengawasan (PUS), kes suspek atau kes yang disahkan.

Kuarantin kendiri juga perlu dilakukan selepas menjalani saringan Covid-19 sehingga keputusan diperoleh atau menjadi kontak rapat dan masih menunggu panggilan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Begitu juga situasinya jika anda dikesan positif Covid-19 dan sedang menunggu panggilan PKD melainkan perlu rawatan kecemasan, kuarantin kendiri harus dilakukan.

Di samping itu, amalkan pemantauan kendiri di rumah melalui Kit Penilaian Kediaman (HAT) sebelum mendapat arahan selanjutnya daripada PKD dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dan peka keadaan kesihatan pesakit Covid-19 sepanjang kuarantin di rumah.

Manfaatkan teknologi komunikasi bagi memantau kesihatan ahli keluarga atau rakan yang sedang kuarantin di rumah.


Individu didapati Covid-19 perlu segera menjalani pemeriksaan jika mengalami demam berpanjangan, sukar bernafas, sakit dada, tiada selera makan dan minum, kelesuan bertambah teruk, perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan, batuk, muntah dan cirit-birit yang semakin teruk, kurang kencing, bibir atau jari kebiruan dan ketepuan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Mereka yang bergejala diminta segera menghubungi CAC atau talian 999 untuk kecemasan.

Meneruskan 'hidup bersama virus' menjadikan budaya bekerja dari rumah sebagai rutin biasa baik sektor awam mahupun swasta. Ia dilihat sebagai cara kerja masa hadapan yang amat signifikan dan memenuhi keperluan dunia pekerjaan.

Sektor ekonomi juga antara segmen yang cukup terjejas dek penularan Covid-19.


Peniaga kecil terutamanya daripada kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah golongan yang sangat terkesan dan hilang punca pendapatan secara total.


Jadi, cara berniaga turut berubah daripada kaedah tradisional kepada norma baharu iaitu perniagaan dalam talian. Norma baharu ini tentunya berterusan biar pun dalam fasa 'hidup bersama virus.'

Serangan Covid-19 turut menyebabkan sektor pendidikan negara juga menerima kesan langsung. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) misalnya menerima perubahan yang cukup drastik apabila guru dan murid berinteraksi secara maya melalui pelbagai platform digital.

Ia bukan lagi janggal dan pastinya menjadi rutin biasa sebaik 'hidup bersama virus' dijalani.


Tiada yang menafikan bahawa 'hidup bersama virus' juga menuntut kita untuk lebih berhemah dan mencorak perbelanjaan mengikut keperluan, bukannya kehendak.

Ingatlah, risiko penularan Covid-19 tinggi apabila situasi 3S bergabung. Ia membabitkan situasi sesak dengan orang ramai, ruang sempit, tertutup dengan sistem pengudaraan yang tidak baik dan bersembang pada jarak yang dekat.

Ayuh kita terus berganding bahu sepenuhnya bersama memerangi Covid-19. Kita mesti menang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/endemik-bersediakah-kita-hidup-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Pola Makan Sehat Untuk Hidup Bersama Covid 19 Dengan Lebih Aman

Jaga Pola Makan Sehat Untuk Hidup Bersama Covid 19 Dengan Lebih Aman

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 171 hits
Menurut Menkominfo selain terus memakai masker dan melengkapi vaksinasi proteksi diri dari paparan virus juga dapat dilakukan dengan cara gaya hidup sehat
Covid 19 Malaysia Masuk Fasa Endemik Hujung Oktober Khairy

Covid 19 Malaysia Masuk Fasa Endemik Hujung Oktober Khairy

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 155 hits
Fareez AzmanSeptember 1 2021 Khairy berkata rakyat perlu menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID 19 Gambar failPUTRAJAYA Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID 19 bermula hujung Oktober ini ka...
Kita Mungkin Hidup Selamanya Dengan Covid 19

Kita Mungkin Hidup Selamanya Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 123 hits
BULAN Ogos sepatutnya menjadi bulan kebanggaan Inilah bulan kemerdekaan dan bulan kebangsaan yang setiap tahun disambut dengan penuh meriah Ia menjadi satu bulan yang makin mengeratkan rukun rakyat Malaysia Namun krisis penyakit tiga serang...
Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 235 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN MASIDI MANJUNKOTA KINABALU Sabah hari in mencatatkan 41 kes kematian iaitu paling banyak direkodkan sejak pandemik Covid 19 melanda negara Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kematia...
Design Poster Covid 19 Rt Pcr Swab Test Home Visit

Design Poster Covid 19 Rt Pcr Swab Test Home Visit

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 456 hits
Design PosterCovid 19 RT PCR Swab Test Home Visit Don t worry We Travel to You We covered Penang Island MainlandCall Book Now017 410 0665014 903 2611 Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat foto...
Covid 19 22 597 Cases 10th Day In Two Weeks Above 20k Cases

Covid 19 22 597 Cases 10th Day In Two Weeks Above 20k Cases

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 236 hits
COVID 19 The number of Covid 19 infections today was 22 597 cases This marks the 10th day out of the last 14 that there have been more than 20 000 new cases The Klang Valley has just slightly under 7 000 cases a level it has hovered around ...
Khairy Must Reset Healthcare System Covid 19 Strategy

Khairy Must Reset Healthcare System Covid 19 Strategy

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 215 hits
MP SPEAKS First and foremost I would like to congratulate Khairy Jamaluddin on his recent appointment as the 23rd health minister of Malaysia His appointment comes at a pivotal time especially to bring fresh perspective in leading our Malay...
Long Covid Bekas Pesakit Alami Simptom Susulan Melebihi 4 Minggu

Long Covid Bekas Pesakit Alami Simptom Susulan Melebihi 4 Minggu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 231 hits
pesakit COVID 19 ketika tinjauan di wad rawatan Foto BERNAMA Memahami Long COVID 19 KUALA LUMPUR Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID 19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom sus...
Kontak Rapat Kes Positif Covid 19

Kontak Rapat Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 316 hits
Catatan Nota COVID 19 Siapa KONTAK RAPAT Mereka yang berkongsi persekitaran yang sama dengan kes POSITIF COVID 19 iaitu 1 Tinggal serumah 2 Bekerja dalam jarak dekat 3 Berkongsi pengangkutan Apa yang perlu dilakukan jika anda kontak rapat U...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri