Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur


Dalam kehidupan berumah-tangga, pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang-kala boleh menggoyahkan hubungan. Salah satunya, adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati.
Seperti kisah realiti yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui facebook, mengenai seorang suami yang tergamak mengherdik isterinya di kaunter ketika mereka sedang berbaris untuk membayar barang yang dibeli.
Mujurlah, beberapa orang yang berada di situ tampil ‘menyekolahkan’ lelaki berkenaan dan membantu membayar barangan isterinya kerana ketiadaan wang. Moga menjadi iktibar kepada para suami agar lebih menghargai isteri yang telah berkorban segalanya demi keluarga.
Suami tinggi suara, tengking isteri dan anak “Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”
“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.
Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju.
Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.
Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,
“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”
Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”
“Diamlah, mulut tu belajar diam.”
”Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan” Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”
Semua diam.
Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.
“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung.
Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.
Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.
Orang ramai bantu bayar di kaunter Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”
Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.
Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.
Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.
Lelaki, jadilah suami yang bertimbang rasa Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.
Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.
Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.
Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.
Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,
“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”
Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.
Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.
Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.
Begitulah.
Rata-rata netizen yang turut terkesan dengan kejadian tersebut, memuji tindakan pantas mereka yang berada di kaunter kerana membantu wanita berkenaan.
Malah, ramai yang mendoakan supaya lelaki tersebut insaf akan perbuatannya yang dianggap keterlaluan dan menjatuhkan maruah isteri di khalayak umum.
Tabik hormat pada mak cik dan geng barisan kaunter
Semoga kejadian ini menginsafkan suami
Puas hati bila lelaki tu kena
Adegan begini selalu di klinik ibu dan anak
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
The post “Kita Jugak Kena Jaga Anak?,” Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai, Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/17/kita-jugak-kena-jaga-anak-suami-tengking-isteri-depan-orang-ramai-tak-nak-bagi-duit-beli-barang-dapur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 538 hits
Gambar Sekadar HiasanPesanan buat para suami janganlah terlalu berkira dengan anak anak dan isteri Selagi boleh berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri Ini kerana ...
Anak Nak Makan Kudap Kudap Tak Payah Beli Cuba Biskut Jejari Kurma Dan Kentang 4 Bahan Ni Je

Anak Nak Makan Kudap Kudap Tak Payah Beli Cuba Biskut Jejari Kurma Dan Kentang 4 Bahan Ni Je

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 571 hits
Di antara waktu makan tengahari dan makan malam bayi tetap memerlukan makanan sebagai kudapan mereka sepanjang masa Sambil bermain main biarkan sahaja anak memegang sesuatu untuk merangsang deria mereka Makanan berbentuk finger food adalah ...
Marah Anak Menjerit Depan Orang Ramai Macam Mana Anak Tu Nak Jadi Anak Soleh

Marah Anak Menjerit Depan Orang Ramai Macam Mana Anak Tu Nak Jadi Anak Soleh

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 356 hits
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh mendengar kata dan bijak Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh Adakah ia sukar untuk dilakukan Sebenarnya untuk menjadikan anak ...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 639 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 399 hits
Isteri bekerja isteri berniaga isteri ada pendapatan sendiri NAFKAH TETAP KENA BAGI Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri tak kis...
Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Amalkanlah Zikir Ini Besar Manfaatnya

Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Amalkanlah Zikir Ini Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 340 hits
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara Kedua dua nama seakan akan sama maknanya jika dibaca selapis Namun apabila digabungkan ketika dalam doa ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia...
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 878 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Jangan Lokek Beri Isteri Gaji Suami Susah Duit Itulah Yang Dihulur

Jangan Lokek Beri Isteri Gaji Suami Susah Duit Itulah Yang Dihulur

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 492 hits
Pemberian gaji untuk seorang isteri itu ibarat penghargaan suami untuk kerja keras isterinya menguruskan rumah tangga Penghargaan sebeginilah buatkan hati isteri bahagia Bila isteri bahagia rumah tangga pun sejahtera Ini bukan perumpamaan y...
Abang Ada Tak Duit Seringgit Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang Lelaki Ini Kongsi Tentang Nafkah Isteri

Abang Ada Tak Duit Seringgit Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang Lelaki Ini Kongsi Tentang Nafkah Isteri

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 1322 hits
Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing masing Dan berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungannya Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025