Marah Anak Menjerit Depan Orang Ramai Macam Mana Anak Tu Nak Jadi Anak Soleh


Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.

Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Ketagihan gajet
Dalam hal berkaitan gajet ini, terdapat percanggahan pendapat mengenai keperluan masa skrin untuk anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa yang melarang dan tidak langsung membenarkan anak untuk menggunakan gajet, ada ibu bapa yang mengehadkan masa skrin sehari dan terdapat juga ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk menghadap dan bermain gajet seharian. Anda berada dalam kelompok ibu bapa yang mana?
Tidak kira kelompok ibu bapa yang mana anda berada, pastinya anda mempunyai alasan yang tersendiri, bukan? Sebenarnya tidak salah untuk anak-anak menghadap skrin, sama ada televisyen, telefon pintar atau sebarang gajet. Tetapi ia haruslah mempunyai had masa yang tertentu.
Jangan sesekali memilih memberikan gajet sebagai cara untuk mengawal anak. Ini kerana tindakan ini mungkin akhirnya akan memakan diri anda sendiri dan menyebabkan anak anda menjadi ketagih dengan gajet.
Walau apa pun, sebagai ibu bapa pilihan berada di tangan anda. Anda yang akan menentukan corak kehidupan anak anda. Jika anda berasakan tiada masalah memberikan kebebasan penggunaan gajet dan masa skrin, terpulang. Jangan nanti menyesal di kemudian hari, okay?
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa tanpa sedar. Namun, masih belum terlewat untuk anda melakukan perubahan jika anda mahu si kecil membesar menjadi anak soleh yang boleh membanggakan anda suatu hari nanti. Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
The post Marah Anak, Menjerit Depan Orang Ramai. Macam Mana Anak Tu Nak Jadi Anak Soleh? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-anak-menjerit-depan-orang-ramai-macam-mana-anak-tu-nak-jadi-anak-soleh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 474 hits
Telatah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja Apabila melihat senyuman anak di rumah semua kekusutan dan kesibukan kerja boleh dilupakan Namun satu kisah kelakar yang dikongsikan oleh lelaki i...
Apa Dia Simptom Biasa Resdung Dan Macam Mana Nak Merawatnya

Apa Dia Simptom Biasa Resdung Dan Macam Mana Nak Merawatnya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 926 hits
Apa dia simptom biasa resdung dan macam mana nak merawatnya Kadang kadang ada orang tak tau pun yang dia sebenarnya mengalami resdung Kalau korang nak tau antara simptom resdung adakah seperti berikut Apa dia simptom biasa resdung dan macam...
Saya Orang Tua Macam Mana Nak Pertahankan Diri Nenek Cedera Teruk Dibelasah Cucunya Yang Mabuk

Saya Orang Tua Macam Mana Nak Pertahankan Diri Nenek Cedera Teruk Dibelasah Cucunya Yang Mabuk

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 878 hits
Saya orang tua macam mana nak pertahankan diri Nenek cedera teruk dibelasah cucunya yang mabukBaru baru ini viral di media sosial seorang wanita warga emas di Thailand ditemui di tepi jalan raya dalam keadaan cedera dipercayai didera Menuru...
Macam Mana Nak Atasi Masalah Sambungan Internet Yang Selalu Terputus Dan Perlahan Meh Baca Ni

Macam Mana Nak Atasi Masalah Sambungan Internet Yang Selalu Terputus Dan Perlahan Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 723 hits
Macam mana nak atasi masalah sambungan Internet yang selalu terputus dan perlahan Meh baca ni Rasanya zaman sekarang manusia dan Internet sukar untuk dipisahkan Mana taknya ada orang setiap hari wajib layari Internet nak check FB lah twitte...
Macam Mana Nak Tahu Kandungan Sihat

Macam Mana Nak Tahu Kandungan Sihat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 352 hits
Ceritakan sedikit mengenai MACAM MANA NAK TAHU KANDUNGAN SIHAT berdasarkan pengalaman yang Bella telah alami Kalau korang buat ujian kehamilan sendiri dekat rumah dan keputusannya adalah dua line Sama ada garisan itu terang atau pudar 98 ke...
Quot Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana Tapi Sangat Bersyukur Quot Eyra Hazali Sahkan Hamil

Quot Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana Tapi Sangat Bersyukur Quot Eyra Hazali Sahkan Hamil

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 365 hits
Hiburan Pelakon drama bersiri Puteri Yang Ditukar Eyra Hazali mengumumkan dirinya kini berbadan dua Eyra dalam perasaan terharu memberitahu dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan atas dasar itu juga dia telah menolak tawaran berlako...
Nak Anak Jadi Macam Apa Kita Mahu Bukan Sekadar Beri Arahan Tapi Ibu Ayah Tunjuklah Contoh Yang Baik

Nak Anak Jadi Macam Apa Kita Mahu Bukan Sekadar Beri Arahan Tapi Ibu Ayah Tunjuklah Contoh Yang Baik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 381 hits
Dalam mendidik anak anak memang ada cabarannya Dan yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk setiap anak Oleh yang demikian kita sering beritahu anak anak untuk menjadi orang yang Berjaya orang yang pandai orang yang baik dan se...
Tak Tahu Macam Mana Nak Lembutkan Hati Teman Wanita Dengan Huawei Ini Caranya

Tak Tahu Macam Mana Nak Lembutkan Hati Teman Wanita Dengan Huawei Ini Caranya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 358 hits
Hari Kekasih atau Valentine Day bakal tiba tak lama lagi Inilah masa yang sesuai untuk korang cari hadiah yang paling istimewa untuk orang tersayang Ya percayalah jika korang ada plan dari sekarang korang takkan hadiahkan barang last minute...
Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 692 hits
Dalam kehidupan berumah tangga pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang kala boleh menggoyahkan hubungan Salah satunya adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut