Kisah Yang Hilang Di Dasar Tasik Kenyir Yang Menjadi Misteri Sehingga Ke Hari Ini




Kira-kira 33 tahun lalu, Tasik Kenyir merakam detik penting dalam sejarah apabila mula beroperasi sebagai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara setelah siap sepenuhnya pada tahun 1985 malah melenyapkan beberapa kisah dan sejarah kehidupan yang pernah tinggal di dasarnya.

Mungkin ramai tidak menyedarinya bahawa di dasar tasik itu menempatkan sembilan kampung dikenali sebagai Kampung Melur, Kelitok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing yang pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.

Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.

Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini ke Kampung Kuala Dura, di Kuala Berang untuk menemui Said Penghulu Abbas, 72, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan Kelitok di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.

Menurut Said, dia dan keluarganya berpindah dari Kampung Kelitok sewaktu berusia 13 tahun dan menetap sepenuhnya di Kampung Kuala Dura sejak 1959.

Katanya, sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai yang mana kampung ini dihubungkan dengan sungai dan perahu atau rakit sebagai pengangkutan utama.

“Penduduk tak ramai, cuma dalam 20 hingga 30 keluarga sahaja yang menetap dalam kampung dan kami bagaikan satu keluarga besar yang hidup bersama-sama.

“Kehidupan Kampung Kelitok jauh berbeza dengan kehidupan sekarang macam berada di dalam dunia yang tersendiri disebabkan kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan kami pada masa itu bergantung sepenuhnya pada sumber alam.

Said menunjukkan tanduk rusa berusia lebih seratus tahun yang merupakan peninggalan arwah bapanya yang berusia, satu-satunya tanda kenangan dari Kampung Kelitok.

Malah, untuk ke bandar Kuala Berang atau Kuala Terengganu ketika itu, penduduknya terpaksa menaiki perahu atau mendayung rakit yang mengambil masa dua hari perjalanan, sebelum terpaksa berjalan kaki hampir setengah hari untuk sampai ke pekan.

“Perjalanan menggunakan rakit buluh atau perahu sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu. Ada kala kami terpaksa berhenti untuk memikul perahu meniti batuan sehingga melepasi jeram sebelum mengayuhnya kembali ke pekan.

“Ketika itu, kita tak ada kenderaan lain selain berjalan kaki dan menggunakan perahu atau rakit buluh menyusuri sungai untuk ke kampung lain manakala perjalanan dari sebuah kampung ke kampung sebelah memakan masa paling singkat dua jam dan paling lama sehari suntuk. Bayangkan kami bertarung nyawa menaiki rakit buluh meredah arus deras untuk ke pekan untuk dapatkan bahan bekalan makanan seperti minyak, garam dan pakaian,”ujarnya yang kini mempunyai lapan orang anak hasil perkongsian hidup bersama Minah Othman, 70.

Tambahnya, penduduk kampung bertani dan bersawah untuk mendapatkan sumber makanan bagi meneruskan kesinambungan hidup di hutan belantara yang terpencil selama berpuluh-puluh tahun.

“Beras kami tak beli…kami tanam padi sendiri, ada ternakan sendiri seperti ayam atau berburu di hutan kalau teringin nak makan daging atau menjala ikan di sungai.Ini termasuklah tanaman sayuran … semuanya hasil tanaman sendiri. Hidup memang terasing, tetapi kami begitu rapat kerana kelompok kecil itu.

“Kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh kami mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an dan menyarankan penduduk supaya berpindah dan perpindahan pertama bermula pada 1950 secara berperingkat kerana ada yang tidak mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas,” ujarnya.

Menurut Said lagi, beliau juga sempat bersekolah di sekolah yang beratapkan daun dan berdinding kayu di kawasan perkampungan itu kerana ayahnya, Penghulu Abbas sangat mementingkan pendidikan walaupun terpinggir dari kehidupan Bandar.

“Sekolah Rendah Pasir Tekor merupakan sekolah pertama saya dan disitulah saya belajar mengenal huruf…walaupun muridnya tidak ramai tapi kami seronok bersama-sama.Cikgu-cikgu yang pernah mengajar pun masih ada lagi hingga sekarang seperti Cikgu Ghani yang kini tinggal di Kampung Bidur ,”ujarnya lagi.

Beliung atau alat membuat perahu yang digunakan sebagai salah satu senjata termasuk untuk menebang pokok oleh penduduk asal Tasik Kenyir masih tersimpan rapi bersama Said.

Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari ‘dasar’ Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.

Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.

Di tengah-tengah tadahan air seluas 370 kilometer persegi itu pula tersusun 340 buah pulau yang dahulunya adalah puncak-puncak gunung dan bukit tertinggi di situ.

Untuk rekod, empangan Kenyir yang dibina pada 1978 dan mula beroperasi pada 1985 itu adalah empangan hidro-elektrik terbesar di Asia Tenggara.

Ketika pembinaannya lebih 30 tahun lalu, stesen hidro-elektrik itu menjadi simbol kejuruteraan terhebat yang pernah dibangunkan di negara ini.

Sumber: Teganukita © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/kisah-yang-hilang-di-dasar-tasik-kenyir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Disebalik Tarikh 1 Mei Dipilih Sebagai Hari Pekerja Di Malaysia

Kisah Disebalik Tarikh 1 Mei Dipilih Sebagai Hari Pekerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 351 hits
Bagaimana gerakan pekerja di Malaysia berjaya menuntut 1 Mei sebagai Hari Pekerja Pada 20 Mei 1972 Kerajaan Malaysia telah mengumumkan persetujuan mereka terhadap tuntutan gerakan pekerja untuk menjadikan tarikh 1 Mei sebagai Hari Pekerja d...
Kisah Bayi Aliza Meninggal Di Usia 8 Hari Karena Sering Dicium

Kisah Bayi Aliza Meninggal Di Usia 8 Hari Karena Sering Dicium

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 363 hits
Bagi sebuah keluarga kehadiran buah hati adalah hal yang paling dinanti Sehingga tak jarang bagi pasangan suami istri kehadiran bayimenjadi sebuah sumber kebahagiaan Menciumi bayi yang baru lahir sebagai simbol kebahagiaan lazim dilakukan o...
Kisah Viral Anak Pemulung Berhasil Menjadi Polisi Modal 300 000 Dari Hasil Mulung Bareng Ibunya

Kisah Viral Anak Pemulung Berhasil Menjadi Polisi Modal 300 000 Dari Hasil Mulung Bareng Ibunya

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 373 hits
Kisah viralnya seorang anak pemulung berhasil menjadi polisi tersebut bernama M Ikram M Ikram anak pemulung berhasil menjadi polisi ini langsung dilantik Kapolda Kepri Irjen Andap Budhi Revianto di SPN Tanjungbatu Kepri Senin Setelah dilant...
Ucapan Sweet Aliff Aziz Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

Ucapan Sweet Aliff Aziz Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 573 hits
Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 25 menerusi Instagram Bella Astilla ada memuat naik video meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga The post appeared first on
Hampir Setiap Hari Pelajar Dipukul Ditampar Ditarik Telinga Cubit Sehingga Menangis

Hampir Setiap Hari Pelajar Dipukul Ditampar Ditarik Telinga Cubit Sehingga Menangis

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 323 hits
The ReporterBESAR harapan setiap ibu bapa ingin melihat anak anak berjaya di dalam kehidupan Ada ibu bapa yang sanggup berbelanja besar untuk anak anak demi memastikan anak anak memperoleh pendidikan yang sempurna Lantaran itu segalanya dis...
Sempena Hari Wanita Tgv Bagi Tiket Free Menonton Filem Captain Marvel

Sempena Hari Wanita Tgv Bagi Tiket Free Menonton Filem Captain Marvel

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 441 hits
Hari tu sempena hati wanita sedunia pihak TGV telah memberi tiket free untuk menonton filem Captain Marvel Aku tak pergi awal awal tapi saja saja singgah mana tahu kalau ada rezeki lagi petang tu Tak sangka ada Fuhh first time aku tengok se...
Wan Azizah Mulakan Lawatan Kerja 5 Hari Ke Paris

Wan Azizah Mulakan Lawatan Kerja 5 Hari Ke Paris

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 263 hits
Wan Azizah mulakan lawatan kerja 5 hari ke Paris nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 17 Mar 2019 7 50A
Potret Romantis Ryuji Utomo Dengan Presenter Cantik Di Hari Pernikahan

Potret Romantis Ryuji Utomo Dengan Presenter Cantik Di Hari Pernikahan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 335 hits
Kabar bahagia datang dari pemain timnas Indonesia Ryuji Utomo Pemain sepak bola yang membela klub Persija Jakarta ini menikahi seorang presenter cantik bernama Shabrina Ayu
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator