Hampir Setiap Hari Pelajar Dipukul Ditampar Ditarik Telinga Cubit Sehingga Menangis
The Reporter
BESAR harapan setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak berjaya di dalam kehidupan. Ada ibu bapa yang sanggup berbelanja besar untuk anak-anak demi memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang sempurna. Lantaran itu, segalanya diserahkan kepada tenaga pengajar untuk membimbing anak-anak mereka
Tetapi, aduan yang dikirimkan oleh seorang netizen membuatkan kita menarik nafas panjang apabila seorang tenaga pengajar yang bergelar ustaz melakukan perkara yang tidak sewajarnya kepada para pelajar di sebuah pusat tahfiz antarabangsa yang terletak di Kajang.
Difahamkan ustaz tersebut berasal dari negara Bangladesh
Netizen juga mendakwa tindakan merotan pelajar telah menjadi amalan di pusat tahfiz ini. Ustaz tersebut yang juga tenaga pengajar pelajar sekolah rendah dikatakan hampir setiap hari memukul, menampar, mencubit dan menarik telinga pelajar-pelajar tersebut. Pelajar-pelajar Tahun Satu juga dipukul sehingga menangis
Apa yang mengejutkan, seorang pelajar OKU juga turut ditampar hanya kerana terlupa bersalam dengan pelawat. Pelajar OKU ini merupakan pelajar Tahun Empat dikurniakan kelebihan telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Kerana keistimewaannya, pelajar ini sering ditonjolkan kepada pelawat
Turut dibongkarkan, ustaz ini bukan sahaja mendera para pelajar, malahan beliau turut meminta wang dari beberapa pelajar dan meminta mereka membeli air. Beliau juga berpesan supaya para pelajar ini tidak melaporkan perkara ini kepada ibu bapa mereka. Bagi tujuan ini, ada pelajar yang ditugaskan untuk mengutip wang sebanyak RM3.00 seorang.
"Telah menjadi amalan pusat tahfiz ini merotan pelajar. Seorang ustaz warga Bangladesh mengajar anak-anak sekolah rendah hampir setiap hari memukul, tampar muka, tarik telinga dan cubit. Pelajar tahun 1 yang kecil itu juga dipukulnya sehingga menangis.
"Ada seorang pelajar OKU baru tahun 4 tetapi dianugerah oleh Allah telah hafaz 30 juz Quran dan sering ditonjolkan pada pelawat. Walaupun nampak normal namun pelajar ini sebenarnya tidaklah seperti pelajar lain dan sangat menyedihkan apabila dia ditampar hanya semata-mata terlupa bersalam dengan pelawat.
"Ustaz ini juga minta duit dari beberapa pelajar, kadang-kadang minta dibelikan air dan siap pesan jangan beritahu ibubapa. Untuk tujuan ini ada pelajar yang ditugaskan kutip duit sebanyak RM3.00 seorang.
"Siasatan secara mengejut perlu diadakan, pelajar sekolah rendah dibawah kelolaannya wajar ditemuramah secara tertutup dan tindakan perlu diambil sebelum perkara ini menjadi lebih serius. Kesian kepada pelajar-pelajar yang masih kecil ini." - Sumber
Difahamkan juga, aduan telah dikemukakan kepada pihak yang berwajib, namun sehingga kini tiada tindakan yang dilakuan
March 16, 2019 at 09:47AM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2019/03/hampir-setiap-hari-pelajar-dipukul.html