Impak Pengesahan Iccpr Kepada Bangsa Melayu Agama Islam


Sudah jadi kebiasaan bagi mana-mana negara berusaha menaikkan prestij mereka di mata dunia dalam pelbagai segi seperti politik, ekonomi dan sosial. Dan bagi Malaysia pula, salah satu aspirasi kerajaan baru hari ini ialah cuba menonjolkan diri mereka sebagai jaguh hak asasi manusia seiring dengan hak-hak yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi apakah berbaloi jika yang dikorbankan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam?
Ini sesuatu yang merungsingkan ramai terutama selepas mendengar ucapan P. Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) di Parlimen baru-baru ini. Semasa membahaskan usul dasar hala tuju dasar luar Malaysia Baru, beliau mendesak Kementerian Luar mengesahkan semula beberapa konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang termasuk dalam International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR). Pengesahan konvensyen ini dijangka akan dibuat menjelang Semakan Berkala Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia PBB Sesi Ke-31 yang dijadual berlangsung pada 8 November 2018 di Geneva, Switzerland.
Ada yang kata pengesahan ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Tetapi hakikatnya, kesannya terlalu dahsyat. Contoh, saya ingin petik Artikel 2, The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I:
States Parties condemn racial discrimination and undertake to pursue by all appropriate means and without delay a policy of eliminating racial discrimination in all its forms and promoting understanding among all races, and, to this end:
(a) Each State Party undertakes to engage in no act or practice of racial discrimination against persons, groups of persons or institutions and to en sure that all public authorities and public institutions, national and local, shall act in conformity with this obligation;(b) Each State Party undertakes not to sponsor, defend or support racial discrimination by any persons or organizations;(c) Each State Party shall take effective measures to review governmental, national and local policies, and to amend, rescind or nullify any laws and regulations which have the effect of creating or perpetuating racial discrimination wherever it exists;
(d) Each State Party shall prohibit and bring to an end, by all appropriate means, including legislation as required by circumstances, racial discrimination by any persons, group or organization;
(e) Each State Party undertakes to encourage, where appropriate, integrationist multiracial organizations and movements and other means of eliminating barriers between races, and to discourage anything which tends to strengthen racial division.
States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case entail as a consequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.
Secara ringkas, maksud artikel berkenaan ialah sebarang bentuk keistimewaan yang diberi kepada mana-mana individu atau kaum mengatasi individu atau kaum yang lain tidak patut wujud dan harus dimansuhkan. Ini kerana ia merupakan satu bentuk diskriminasi di mana manusia itu seharusnya dilayan sama rata tanpa mengira warna kulit atau bangsa. Nampak baik dari segi teori tetapi jika diaplikasikan dalam situasi negara hari ini, ia sudah pasti akan merugikan orang Melayu. Antara perkara yang akan hilang jika ia diteruskan:
MARA ditutupMRSM ditutupUiTM ditutupRizabTanah Melayu hendaklah dihapuskan.Askar Regimen Melayu adalah mendiskriminasi.Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.Syarat bumiputera dalam tender dan lesen dihapuskan.(Kecualilah dipinda lain dari tujuan asalnya)
Jadi, bolehkah kita meletakkan reservasi (pengecualian) terhadap konvensyen tersebut? Secara praktikal boleh tetapi tiada makna kalau kita meratifikasikannya. Kenapa? Di dalam perlembagaan sebarang diskriminasi adalah menyalahi undang-undang kecuali sekiranya ia sudah termaktub di dalam perlembagaan seperti Artikel 153. Kesemua perkara yang disenaraikan di atas adalah disebabkan atau dibenarkan oleh artikel 153.
Tujuan utama ratifikasi adalah untuk meneutralkan Artikel 153 dan sebarang bentuk pengecualian sama sekali tidak akan memberi kesan ke atas konvention tersebut. Malah, bersiap sedialah jika ada negara luar yang mengkritik langkah pengecualian sedemikian.
Kedua, lihat Artikel 18, The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) dan Artikel 14, Convention on the Rights of the Child (CRC):

Artikel 18: Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.
Artikel 14: States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.
Secara ringkas, ia bermaksud manusia mempunyai hak menukar agama atau kepercayaan mengikut kebebasan mereka termasuk membabitkan anak-anak. Jika anda perasan, ia sebenarnya boleh menjurus kepada peningkatan gejala murtad jika ia diluluskan.
Ini kerana hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu lebih terarah kepada kebebasan penganut dalam mengamalkan dan mengembangkan agama masing-masing di Persekutuan serta turut perlu dijelaskan bahawa terdapat sekatan bagi penyebaran agama selain Islam di Persekutuan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Hal tersebut adalah selaras dengan keutamaan agama Islam dalam Persekutuan menurut Perkara 3 (1) dan seseorang penganut Islam adalah tetap tertakluk kepada undang-undang Islam sebagai undang-undang diri yang mengikat mereka melalui Senarai Negeri (Senarai II) Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan.
Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing-masing.
Dan jika ia tetap diteruskan, ia seolah-olah mencabar kuasa Mahkamah Syariah berkenaan soal ini. Bagi kesalahan percubaan murtad contohnya di Sabah, ia menyatakan kesalahan berkaitan murtad dengan istilah “percubaan murtad” seperti yang dicatatkan di dalam Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah:
Jika tiga perkara ini tetap diteruskan, ia seolah-olah mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan. Belum lihat lagi apa impak konvensyen-konvensyen lain jika ia diteruskan juga kerajaan hari ini. Kita semua tahu apa yang cuba dilakukan ini semata-mata untuk memenuhi manifesto ke-26 kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod ‘hak asasi’ manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa.
Tetapi apakah ia berbaloi mengetepikan hak sesebuah bangsa majoriti dan agama rasmi negara atas nama ‘pengiktirafan dunia’ dan sebuah kertas bernama manifesto? Percayalah, ia takkan berbaloi sebab berdasarkan pengalaman, ia hanya satu falasi bertopengkan propaganda sahaja.
Jangan lupa juga untuk tandatangan petisyen bagi menentang sebarang bentuk ratifikasi yang akan memakan HAK 153 ORANG MELAYU!!!
Tolong sign petition ini di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
SUMBER
Nasri, Mohd Sabree dan Shiddeq, Mohd Sopiee. (2016). Kolej Universiti Islam Melaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia. MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA.United Nations. Universal Declaration of Human Rights. https://ift.tt/2ytPXLNUnited Nations Human Rights. International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. https://ift.tt/2yXAO4A fbclid=IwAR1QgD0lbjP__YIpzevqXuupkP9dA9uOXZPkUsFzpG4cX0PJnff-gP7fdF4
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/10/impak-pengesahan-iccpr-kepada-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Kehormatan Agama Dan Bangsa Khabib Rela Pertarungannya Dengan Mc Gregor Tak Dibayar

Demi Kehormatan Agama Dan Bangsa Khabib Rela Pertarungannya Dengan Mc Gregor Tak Dibayar

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 311 hits
Khabib Nurmagomedov tak mengambil uang dari pertandingannya melawan Conor McGregor pada Ahad Habib mengatakan uang tersebut boleh ditahan demi menjaga kehormatan yang telah ia perjuangkan Kalian dapat menyimpan uang saya yang kalian tahan K...
Bangsa Melayu Patut Malu Dengan Bangsa Sikh

Bangsa Melayu Patut Malu Dengan Bangsa Sikh

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 789 hits
Perang mulut antara blogger Raja Petra Kamaruddin dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berakhir dengan dari RPK pada komuniti Sikh Tapi apa yang menarik perhatian kita ialah ke...
Tanpa Mengira Agama Hormati Hukum Islam Mufti

Tanpa Mengira Agama Hormati Hukum Islam Mufti

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 299 hits
HARUSSANI Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara Gambar failSHAH ALAM Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana ia agama bagi persekutua...
Islam Bangsa Politik Indonesia 8402

Islam Bangsa Politik Indonesia 8402

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 260 hits
Islam Bangsa Politik Indonesia Juga tidak lekang dari serangan dakyah dan doktrin yahudi laknatullah yang sememangnya cemburu Umat Islam bersatu padu Ojo mandek ojo ngedok negakno Syiar Islam Usah alfa dan lalai Untuk beroleh keberkatan dan...
Sejarah Bangsa Orang Melayu

Sejarah Bangsa Orang Melayu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 320 hits
orang melayu adalah bangsa yang menerima islam secara baik orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar kubur sihat mati mayat dan lain2 lagi k...
Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 355 hits
Mahathir has reinstated the oil royalty not just to Terengganu but to Kelantan as well Tapi DAP pulak tak nak bagi duit tu
Meneroka Dizaman Batu Bangsa Melayu Dahulu

Meneroka Dizaman Batu Bangsa Melayu Dahulu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 305 hits
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia ad...
5 Bukti Ketaatan Khabib Nurmagomedov Terhadap Agama Islam

5 Bukti Ketaatan Khabib Nurmagomedov Terhadap Agama Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 559 hits
Pemain UFC Khabib Nurmagomedov menjadi sorotan dunia setelah mengalahkan rivalnya Connor McGregor lalu di T Mobile Arena Las Vegas Selang kemenangannya menaklukan McGregor ternyata ia menimbulkan kerusuhan di luar arena Ia terlibat adu mulu...
Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 405 hits
MEMPELAJARI ADAB ADAB MELAYU ADALAH PENTING BAGI MENTERI PUSAT JANGAN BERCAKAP IKUT SUKA NAFSU KAMU DENGAN BERMUSLIHAT POLITIKSEPATUTNYA KAMU PERLU FAHAM ADAT DAN BUDAYA ORANG MELAYU SEBENARNYA RAMAI ORANG MELAYU MENILAI BAHASA KAMU SEPERTI...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024