Kisah Seram Penunggu Banglo Lama




Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Baru saja terasa mata hendak terlelap tiba-tiba kaki Auni seperti disentap sesuatu. Dijenguk pada hujung katil, tiada siapa. "

Kembali lagi dalam kisah seram minggu ini. Seperti biasa, kisah seram yang aku nak kongsi hari ini adalah mengenai penunggu banglo lama. Untuk mereka yang sukakan membaca sesuatu yang bersifat seram bolehlah teruskan membaca ya.


via GIPHY


Baca Juga : [ Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda ]

Tujuan Ain mengikut rakan baiknya bekerja di Taiping, Perak semata-mata mahu menimba pengalaman sambil mencari wang saku sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Idea itu memang tidak disenangi ayahnya, apatah lagi bekerja di pusat beli belah nun jauh dari Kuala Lumpur. Genap dua bulan, Ain (bukan nama sebenar) mengalah dengan permintaan ayah dan kembali ke Kuala Lumpur.


Memandangkan banyak lagi barang yang ditinggalkan di rumah sewanya di Taiping, kakaknya Auni bersetuju menemani mengambil barang-barangnya itu. Mereka menaiki bas jam 2 petang mengikut laluan lama dan tiba di Taiping pada jam 8 malam. Resam orang muda, apabila sudah berjumpa kawan lama, sudah tidak ingat perkara utama. Auni dan Ain dibawa rakan Ain bersiar-siar hingga lupa mendapatkan tiket balik ke Kuala Lumpur. Lebih malang lagi, semua tiket bas kehabisan dan yang ada hanya tiket bas untuk perjalanan esoknya pada jam 8 pagi.

Rancangan pulang ke Kuala Lumpur malam itu, tinggal impian. Hendak tak hendak, terpaksalah mereka menginap semalaman di Taiping. Kawan-kawan Ain mempelawa mereka bermalam di rumah sewa, tetapi Auni menolak kerana kurang selesa tidur di atas lantai. Ditambah pula, keadaan kesihatannya yang mudah diserang semput. Auni lebih rela menyewa bilik di sebuah rumah tumpangan di tengah bandar Taiping.


via GIPHY


Baca Juga : [ Sekolah Paling Seram di Malaysia ]
Namun idea itu kurang dipersetujui Ain dan rakan-rakannya. Entah mengapa, Auni sendiri kurang periksa. Suasana suram menyambut kehadiran mereka. Rumah tumpangan yang disangka Auni bangunan kedai, rupanya banglo lama dua tingkat yang dibina sejak zaman kolonial lagi. Selepas berurusan dengan kaunter mendaftar masuk, hanya tinggal satu saja bilik yang masih kosong di tingkat atas banglo berkenaan. Satu-satunya bilik yang ada pun, nun di tingkat atas. “Rezeki kami agaknya,” kata hati Auni.

Bukan saja sewanya hanya RM40 semalam tetapi ruangnya juga besar memuatkan dua katil bersaiz queen dan single. Peliknya, sebaik saja memberitahu Ain dan rakan-rakannya mengenai bilik sewaannya di tingkat atas, air muka mereka terus berubah. Masing-masing kelihatan cemas, pucat dan ketakutan. Sekali lagi seorang rakan Ain cuba memujuk Auni untuk melupakan saja hasrat menginap di sini tetapi Auni tetap berdegil. Auni mengajak Ain naik ke bilik, namun Ain tidak mahu, sebaliknya menyuruh Auni naik dulu dan berehat dengan memberi alasan mahu bersembang dengan rakan sebelum berpisah.

Tanpa mempedulikannya, Auni terus masuk ke bilik dan duduk seketika di meja tulis. Secara tiba-tiba, dia disentap rasa resah gelisah. Dia memandang kiri dan kanan, tetapi perasaannya tetap tidak tenteram. Anehnya, Auni masih tetap setia duduk di meja tulis itu. Sesekali terdengar bunyi tapak kaki seperti orang naik tangga menuju ke bilik tetapi Ain tidak muncul-muncul juga. Usahkan suara, bayang Ain pun tiada. “Ah, tidak ada apa-apa ni. Perasaan aku saja ni,” kata Auni, memujuk diri. Auni berasa mahu ke tandas yang terletak di hujung beranda.

Terpaksalah Auni menghayun langkah, keluar bilik untuk ke tandas. Sedang elok dia berjalan, tiba-tiba langkah kakinya terhenti melihat kelibat seorang wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuannya, berdiri di depan pintu tandas. Mujur dia sempat berhenti, kalau tidak mesti dia terlanggar wanita berkulit cerah itu dan agak pucat itu. Wanita yang mengenakan baju mengandung berwarna putih itu sempat pula melemparkan senyuman mesra kepada Auni.



via GIPHY
Sebaik membalas senyumannya Auni terasa semacam. Bulu romanya meremang secara tiba-tiba. Tetapi sempat pula merungut secara diam-diam: “Hai sewa bilik hotel pun kena kongsi tandas dengan tetamu lain ke...” Selepas keluar, wanita itu tidak kelihatan. Sebaik Auni kembali ke bilik, Ain pun naik. Dia tidur di katil single, Auni pula di katil queen. Baru saja terasa mata hendak terlelap tiba-tiba kaki Auni seperti disentap sesuatu. Dijenguk pada hujung katil, tiada siapa. Auni diamkan saja dan ambil keputusan buat tak tahu.

Sedang mereka mencuba sekali lagi untuk melelapkan mata, dua beradik itu dikejutkan suara tangisan bayi yang tidak henti-henti sepanjang malam. Bukan saja bunyi bayi menangis, bermacam-macam bunyi lagi yang datang dari arah sebelah. Auni sempat mengintai ke luar, nampak cahaya terang benderang. “Agaknya ada orang dengan anak kecil. Eh...tetapi ini kan satu-satunya bilik di tingkat atas,” katanya yang hanya menambah gelisah di hati. Ain makin resah gelisah dan tidak boleh tidur. Akibat ketakutan, Ain tidur sekatil dengan Auni.


via GIPHY


Pagi itu, seawal jam 6 pagi mereka sudah terjaga. Auni bingkas mengajak Ain cepat-cepat keluar dari situ. Syukur mereka mendapat tiket bas pagi ke Kuala Lumpur. Dalam bas, Ain mula bercerita mengenai pelbagai gangguan dan bunyi yang didengarnya sepanjang malam. Ceritanya, dia diberitahu banglo itu memang terkenal dengan pelbagai kisah seram

Katanya, dulu dipercayai seorang wanita sarat mengandung ditinggalkan suami buat seketika kerana tuntutan kerja. Ditakdirkan ketika ketiadaan suaminya dia sakit hendak bersalin dan akhirnya mati bersama bayinya di bilik itu. Sebaik saja Ain menyebut mengenai perempuan mengandung, Auni terus menjerit sehingga mengejutkan penumpang bas lain. Tubuhnya terus lemah longlai kerana dia sudah berdepan penunggu rumah tumpangan yang dimaksudkan itu - kelibat wanita hamil yang ditemui di depan pintu tandas.

Sekian
Baca Juga : [ Misteri Skuter Putih di Terowong Menora ]
Sumber : Berita Harian Suzan Ahmad [email protected] | Google Image | Giphy.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/07/kisah-seram-penunggu-banglo-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akak Saya Ni Kak Saya Datang Nak Ambikl Kunci Heee Heehee Kisah Seram Gangguan Wanita Mati Dibunuh

Akak Saya Ni Kak Saya Datang Nak Ambikl Kunci Heee Heehee Kisah Seram Gangguan Wanita Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 699 hits
Kisah ini bermula selepas kejadian seorang wanita mati dibunuh kerana ditikam dan diketar Dan yang lebih menyedihkan mayatnya ditemui tanpa seurat benang pun yang melekat di tubuhnya Menurut cerita yang disampaikan Perempuan ini dibunuh ole...
Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 823 hits
Kisah tu bermula masa saya masih menuntut di universiti Asalnya kampus ini dulu dekat Melaka tetapi atas sebab sebab nak menempatkan lebih ramai penuntut kami dipindahkan ke kampus lagi besar dekat Multimedia Super Koridor kat Selangor Nama...
Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 870 hits
Pelbagai kisah mistik yang boleh didengari apabila seseorang itu menceritakan pengalaman berdepan dengan entiti mistik ini Cerita yang menyeramkan ini sering kali dapat mencuri perhatian pemburu paranormal dengan berkunjung ke kawasan terse...
Gadis Yang Berambut Panjang Melepasi Bahu Kisah Dari Saleha Yang Telah Lama Meninggal Dunia

Gadis Yang Berambut Panjang Melepasi Bahu Kisah Dari Saleha Yang Telah Lama Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 520 hits
Kisah yang ditampilkan kali ini diceritakan oleh seorang rakan yang bekerja dalam industri media Namanya Razlan dan dia merupakan seorang jurugambar Pada suatu malam Razlan mengikuti majlis makan malam bersama sama rakan media yang diadakan...
Tersenarai Sebagai Tempat Berhantu Di Malaysia Ini Kisah Banglo 99 Pintu Yang Menyimpan 1001 Misteri

Tersenarai Sebagai Tempat Berhantu Di Malaysia Ini Kisah Banglo 99 Pintu Yang Menyimpan 1001 Misteri

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 801 hits
Bukan sahaja menjadi sebutan di kalangan penduduk Nibong Tebal ia juga tersenarai sebagai antara lokasi paling misteri di Malaysia Biasalah tempat yang selalu dikaitkan dengan alam mistik dan ghaib ini akan sentiasa menimbulkan banyak kisah...
Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 741 hits
Matanya merenung jarum yang tercucuk di tangan Pedih juga rasanya Begitu juga dengan luka pembedahan di bahagian abdomennya Sudah beberapa jam berlalu selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiksnya Hendak bergerak pun dia tidak larat...
Kisah Orang Kampungku Himbau Kenangan Lama Ibnu Hasyim

Kisah Orang Kampungku Himbau Kenangan Lama Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 364 hits
Muniandi Saya ingat dulu u kecik kecik suka lukis atas tanah bukan Aku Huyoo boleh ingat naMuniandi Masa saya datang moto saya sudah block u punya lukisan Saya undur belakang Tu kejadian 30 25 tahun yang lepas Tak sangka dia boleh ingat lag...
Kisah Seram Diganggu Selepas Kematian Nenek

Kisah Seram Diganggu Selepas Kematian Nenek

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1071 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam siri kisah seram Untuk kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua kisah seram berkenaan gangguan selepas kematian nenek Bagi aku kisah ini menarik nak tahu menarik ke tidak jom kita ba...
Video Saya Rasa Macam Sesuatu Terasa Dia Punya Seram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Video Saya Rasa Macam Sesuatu Terasa Dia Punya Seram Datuk Seri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 711 hits
Selepas membuat comeback dengan lagu Anta Permana penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil sekali lagi dengan lagu terbaru bertajuk Kekasihku Selamanya Lagu ini menjadi runut bunyi utama bagi filem Dendam P0ntianak yang bak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord