Tersenarai Sebagai Tempat Berhantu Di Malaysia Ini Kisah Banglo 99 Pintu Yang Menyimpan 1001 Misteri
Bukan sahaja menjadi sebutan di kalangan penduduk Nibong Tebal, ia juga tersenarai sebagai antara lokasi paling misteri di Malaysia. Biasalah, tempat yang selalu dikaitkan dengan alam mistik dan ghaib ini akan sentiasa menimbulkan banyak kisah dari pelbagai sisi. Biarpun beratus tahun berlalu, lagenda sebuah cerita tidak akan pernah berhenti, ia akan terus tersebar dari mulut ke mulut.
Kisah tentang sebuah rumah agam lama yang dibina pada tahun 1840 milik seorang ahli perniagaan British di Seberang Perai. Menyimpan seribu satu rahsia dalam satu tragedi yang menimbulkan spekulasi. Terletak di tengah ladang kelapa sawit dengan senibina Inggeris, rumah besar dua tingkat ini mempunyai 10 bilik, balkoni, dewan tari menari, ruang tamu dan dapur.
Gambar: Penang Kini
Ia digelar sebagai Banglo 99 pintu oleh kerana susunan lima hingga enam pintu di setiap bilik.
Gambar: Penang Kini
Rumah mewah yang terletak di Ladang Bryam ini kemudiaannya menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun, Malah ia didakwa dijadikan tempat tentera Jepun untuk menyeksa penduduk yang tidak memberikan kerjasama kepada mereka. Ia juga pernah dimiliki oleh syarikat Penang Estate. Sehingga kini, rahsia tentang tragedi yang menimpa pemilik rumah ini masih menjadi tanda tanya.
Lalu, seorang pengguna Twitter telah memuatnaik satu ciapan di laman twitternya berkongsi mengenai kejadian yang didakwa pernah terjadi di banglo 99 pintu ini. Menurutnya:
Pembunuhan Di Anak Tangga
Dulu rumah agam ni owner dia orang British, Ramsden family. Rumah ni dibina pada tahun 1800. Diorang ni bekas owner ladang pokok getah. Diorang dapat keuntungan yang banyak sampailah kaya dan mampu membina rumah agam besar yang mempunyai banyak pintu ni.
So, ada satu tragedi berlaku pada tahu 1948 kat rumah tuh dan membuatkan rumah agam 99 pintu ni terkenal. Apa jadi? Ha cucu kepada Tuan Ramsden ni kena bunuh secara kejam. Nama dia John St. Maur Ramsden. Dia kena tembak kat kepala dua kali. Dua kali!
Gambar: Twitter
Jadi dah boleh agak apa jadi kalau tembak kat kepala dua kali kan? Cucu kepada Tuan Ramsden ni kena bunuh kat tangga rumah agam tuh. Jadi pembunuhan tu dinamakan sebagai “Murder on the staircase”. Pembunuh dia pulak tidak diketahui dan dijumpai sampai sekarang. Case Unsolved.
Motif pembunuh ni pun tidak diketahui jugak tapi ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa kes pembunuhan ni adalah kerana cemburu di atas kekayaan keluarga si Ramsden ni. Tapi ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa ada seorang askar Jepun yang bunuh cucu si Ramsden dan satu keluarganya. Kemudian, semua harta mereka dirampas oleh tentera Jepun.
Gambar: Penang Kini
Sekarang, rumah ni pun terbiar selama 50 tahun lebih. Tapi rumah agam ni dah jadi tempat aktiviti-aktivti paranormal. Malah, orang kampung yang berdekatan kat situ boleh dengar bunyi gendang, orang menjerit mcm kena pukul dan bunyi seakan akan “serigala jadian”.
Lebih menarik, kisah mengenai banglo 99 pintu ini bukan sahaja popular di Malaysia malahan di negara jiran. Ramai Youtuber dan ahli paranormal yang telah datang ke sini untuk menyaksikan sendiri bangunan yang berusia ratusan tahun ini. Seorang Vlogger dari Malaysia, Naem juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke Nibong Tebal semata-mata untuk pergi merasai pengalaman berada di dalamnya
Rujukan
[1] PHT. (2012). Dipetik dari Mystery of Rubber Estate Manager’s Murder’ Penang Heritage Trust pada 18 Julai 2019
[2] David Tan. 2006. Dipetik dari 99-door Mansion Left to Rot. pada 18 Julai 2019
Sumber: Naem JD, Manap & Ainul Nurnanaa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/19/tersenarai-sebagai-tempat-berhantu-di-malaysia-ini-kisah-banglo-99-pintu-yang-menyimpan-1001-misteri/