Kisah Di Sebalik Keling


Baru-baru ini, muncul kembali isu istilah ‘Keling’ dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Istilah berkenaan yang digunakan di bawah definisi ‘tambi’ sudah diubah kepada ‘India’ dalam kamus versi dalam talian selenggaraan DBP susulan kritikan masyarakat.

Dalam konteks penggunaan di Malaysia, istilah itu membawa konotasi negatif dan bersifat menghina. Bagaimanapun, eloklah juga jika latar belakang komuniti yang dikenali sebagai orang Keling diketahui serba sedikit. Kita akan terkejut apabila menyedari sumbangan besar orang Keling kepada negara ini sejak zaman dahulu.

Kerajaan Keling (atau Kalinga) dinyatakan dalam epik Mahabharata dan Sejarah Melayu. Kedudukannya meliputi wilayah (negeri) yang kini dikenali Odisha, Chhattisgarh dan bahagian utara Andra Pradesh. Maka, sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan komuniti Tamil yang berasal dari Tamil Nadu di selatan India.

Kerajaan Kalinga, sebuah empayar besar dan hebat diketuai pemerintah menggunakan gelaran Kalingadhipati (Raja Kalinga).

Secara mudah, Kalinga atau Keling adalah suatu rujukan yang sepatutnya dibanggakan kerana latar sejarah yang amat mengagumkan. Namun begitu, tentu ada sebab mengapa gelaran ‘Keling’ kini membawa konotasi negatif dalam konteks penggunaan di Malaysia.

Untuk memahami secara lebih mendalam, kita wajar merujuk beberapa kisah dalam Sejarah Melayu. Misalnya, kisah Raja Kassim yang menggunakan gelaran Sultan Mudzaffar Shah selepas menjadi Sultan Melaka menggantikan abangnya, Seri Parameswara Dewa Shah (Raja Ibrahim). Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak menyedari hakikat Raja Kassim menjadi pelopor kepada jurai keturunan kerabat diraja keturunan India-Muslim (Keling) di Melaka, Perak dan Johor.

CUCU
Suatu hal yang menarik, penggunaan istilah ‘Keling’ sejak zaman Kesultanan Mela­yu Melaka tidak merujuk secara umum kepada kaum India. Sebaliknya, merujuk secara khusus kepada orang India beragama Islam serta anak-anak yang lahir hasil perkahwinan orang India-Muslim dengan orang Melayu tempatan.

Kita sedia maklum, Tun Sri Lanang (Tun Muhammad Tun Ahmad) yang berketurunan Bendahara Melaka ialah pengarang Sejarah Melayu. Dalam karya itu dicatatkan Tun Sri Lanang merupakan cucu kepada Bendahara Seri Maharaja, cicit kepada Bendahara Tun Nara Wangsa dan piut kepada Bendahara Seri Maharaja. Beliau berketurunan India-Muslim dan berasal dari keturunan Mani Purindam, putera dari Kalinga.

Dalam Sejarah Melayu juga diceritakan kisah Mani Purindam datang sebagai saudagar kaya ke Melaka, lalu berkahwin dengan Tun Ratna Sendari. Maka, lahirlah Tun Ratnawati dan Tun Ali. Ratnawati dinikahi Sultan Muhammad Shah, lalu melahirkan Raja Kassim. Raja Kassim menjadi asas kepada kerabat diraja keturunan India-Muslim di Melaka, Perak dan Johor.

Sebelum Raja Kassim menjadi sultan, sudah timbul perebutan kuasa antara golongan Melayu dan India-Muslim. Pada 1444, susulan kemangkatan Sultan Muhamad Shah, penyokong Raja Ibrahim dan Raja Kassim mula berbalah.

Amat menarik kerana Raja Ibrahim yang berdarah Melayu dikhuatiri akan mengangkat kembali pengaruh Hindu di istana. Kerisauan ini menjadi nyata apabila sultan itu menggunakan gelaran Seri Parameswara Dewa Shah selepas naik takhta.

PORTUGIS
Raja Kassim berkahwin dengan Tun Kudu (Melayu). Jawatan Bendahara (perdana menteri) yang dipegang oleh Tun Ali (India-Muslim) diserahkan kepada kekanda Tun Kudu iaitu Tun Perak. Namun begitu, pengaruh golongan Keling masih penting dalam Kesultanan Melayu Melaka sehingga kejatuhannya kepada penjajah Portugis pada 1511.

Malah, selepas Tun Perak meninggal dunia, jawatan Bendahara dipegang bagi tempoh singkat oleh adiknya, Tun Puteh sebelum ‘kembali’ kepada golongan Keling iaitu Tun Mutahir. Perdagangan di Melaka serta laluan perdagangan di Selat Melaka mula didominasi golongan Keling (India-Muslim).

Apabila membaca Sejarah Melayu, kita akan bertemu beberapa watak Keling seperti Raja Mudaliar dan Si Kitol yang sering dikaitkan dengan konspirasi jahat sehingga membawa kepada kejatuhan Melaka. Malah, gelaran ‘kitol’ sering digunakan golongan politikus Melayu masa kini untuk merujuk kepada pengkhianat parti.

Maka, jelas ‘Keling’ bermula sebagai suatu gelaran yang dipandang tinggi dan dihormati. Istilah itu tidak merujuk kepada semua orang India tetapi khusus kepada golongan India-Muslim (mamak).

Konotasi negatif bagi gelaran ‘Keling’ nampaknya bermula sekitar 1444 susulan perebutan kuasa antara adik-beradik tiri Raja Ibrahim (Melayu) dan Raja Kassim (Keling).

Nama ‘Keling’ semakin tercemar dan dipandang negatif susulan tindakan Raja Mudaliar dan Si Kitol memfitnah Tun Mutahir.

Secara logik akal, apabila orang Melayu menggunakan gelaran ‘Keling,’ ia ditujukan bukan kepada orang India-Hindu tetapi India-Muslim. Namun, mengikut peredaran zaman, istilah itu mula digu­nakan secara umum apabila merujuk kepada kaum India.

Penduduk di Kedah, misalnya, sudah biasa menggunakan istilah ‘Keling’ apabila merujuk kepada kaum India tanpa sebarang konotasi negatif atau menghina.

Sayangnya, pengguna dan penutur generasi sekarang mungkin tidak mengetahui atau menyedari asal-usul gelaran ‘Keling’ sama ada berkaitan kerajaan Keling, perebutan kuasa Raja Ibrahim dan Raja Kassim atau kisah Raja Mudaliar dan Si Kitol.

Usah kita menafikan hakikat penggunaan gelaran ‘Keling’ dengan konotasi negatif dan menghina dalam kalangan masyarakat. Kita perlu memahami dan menghormati sensitiviti kaum India (sama ada India-Hindu atau India-Muslim). Bukankah lebih bagus dan terpuji jika perkara yang menyinggung perasaan orang dielakkan dan ditinggalkan tanpa cuba menegakkan benang yang basah?

Oleh: Uthaya Sankar SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/kisah-di-sebalik-keling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 435 hits
Dah masuk kuali pun sempat drama lagiDrama pendek ini hanyalah rekaan semata2 Tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia Sekiranya ada persamaan ianya hanyalah satu kebetulan Baru baru kahwin dekat dekat nak ber...
Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 204 hits
Ceritanya dramatis banget Dulunya untuk makan saja susah bahkan tanggal lahirnya aja nggak jelas kapan
Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 273 hits
LINKEDIN Platform Buat Freelance Pendapat saya sendiri platform LinkedIn bukan mudah untuk orang offer sebarang job menulis Betul Seingat saya tahun 2020 bulan puasa saya aktifkan diri di sana Masa tu saya menulis sahaja tanpa fikirkan job ...
Kisah Si Cantik Manis Portmeirion

Kisah Si Cantik Manis Portmeirion

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 448 hits
Assalammualaikum Dunia Cikbunga kan suka koleksi yang cantik cantik Back side Bunga tue yang cantik Bunga matahari Tapi tidaklah terlalu obses kan Kira nya ikut mana yang mampu iew Beautiful Cantikkk My happiness Senget lah plak Lovely Si c...
Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 251 hits
Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia Difahamkan anak lelaki kepada seorang wanita tel...
Kisah Hantu Janet Sarawak Korban Ritual Semah

Kisah Hantu Janet Sarawak Korban Ritual Semah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 772 hits
Hantu Janet adalah sebuah kisam seram yang sangat terkenal di negeri Sarawak sekitar tahun 70 an dan 80 an Sebuah kisah tentang hantu wanita yang sering dikatakan menganggu orang ramai di Kuching Sarawak Janet merupakan seorang gadis yang b...
Kisah Guru Hebat Macam Cikgu Saleh

Kisah Guru Hebat Macam Cikgu Saleh

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 334 hits
CERITA CIKGU SALEHApril 2005 sebulan selepas saya grad daripada USM saya cuba nasib sebagai guru ganti Add Math di sebuah sekolah Teknik di Perlis Memang tak dak ilmu langsung sekadar ikut style cikgu cikgu saya yang dulu plus sedikit curi ...
Kisah Lucu Ke 36 B Tuhan Menangis God Crays By Dr Mura

Kisah Lucu Ke 36 B Tuhan Menangis God Crays By Dr Mura

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 274 hits
KISAH LUCU KE 36 B TUHAN MENANGIS KARENA TIDAK MAMPU MEMBANTU ANAK TUNGGALNYA SENDIRI
Kisah Putera Jefri Bolkiah Dengan Kekayaan Melampau

Kisah Putera Jefri Bolkiah Dengan Kekayaan Melampau

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 432 hits
Putera Jefri Bolkiah adik kepada Sultan Brunei menjalani kehidupan mewah dengan koleksi kapal layar hotel 5 bintang dan lebih dari 2 000 buah kenderaan mewah dan dilaporkan membelanjakan RM200 juta sebulan tanpa sebarang masalah Malah belia...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa