Pemandu Pelancong Kongsi Kisah Penantian 2 Tahun Sampai Sempadan Dibuka


 
Masih ada harapan untuk kumpulan pemandu pelancong mencari rezeki, walaupun sempadan negara dibuka pada bulan Ramadan, menurut Nadira Muhamad Mohsin.PETALING JAYA: Selepas dua tahun hilang punca pendapatan, pengumuman kerajaan membuka semula sempadan negara pada 1 April lepas membuatkan kalangan pemandu pelancong mengalirkan air mata kesyukuran, kongsi seorang wanita yang turut bekerja dalam bidang berkenaan.
“Dua tahun kami tunggu akhirnya sempadan dibuka. Masih ada harapan untuk kami cari rezeki, walaupun ia dibuka pada bulan Ramadan,” luah Nadira Muhamad Mohsin, 34, kepada FMT.
Katanya, mengikut kebiasaan sebelum pandemik Covid-19 melanda, bulan Ramadan selalunya tidak ada tempahan perjalanan dibuat, bagaimanapun pemandu pelancong tetap menaruh harapan akan ada tempahan ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Yang paling awal terkesan kami. Dulu artis dan gim bising, musim pandemik tak ada kerja. Tapi lepas itu mereka dah boleh kerja seperti biasa. Tapi kami, sampai sekarang tak boleh lagi,” ujarnya kepada FMT.

Nadira bersama kumpulan pelancong ketika berada di Batu Caves, Selangor.Nadira berkata, kali terakhir dia mendapat “trip” membawa pelancong dari Indonesia pada Mac 2020, sebelum negara mengumumkan sekatan pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.
Sejak itu, dia hilang sumber pendapatan sehingga artikel ini disiarkan, hari ini.
Ujar Nadira, walaupun dua tahun negara dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), pemandu pelancong tetap diwajibkan untuk memperbaharui lesen dengan Tourism Malaysia. Jika tidak, mereka akan dikenakan kompaun.
Setiap kali perbaharui lesen mereka perlu menyediakan anggaran kasar RM1400 untuk tempoh dua tahun.
“Bayangkan, dalam waktu PKP pun kami kena perbaharui lesen? Kami tak ada sumber pendapatan. Ada bantuan ‘one-off’ dari Tourism Malaysia RM500. Tapi lepas lesen saya mati, saya sudah tak dapat apa-apa bantuan.
“Kenapa saya nak perbaharui lesen sedangkan saya tak boleh bekerja pun waktu itu?,” soalnya.
Nadira kemudiannya mempersoalkan sistem perbaharui lesen seliaan Tourism Malaysia yang disifatkannya sebagai menyusahkan pemandu pelancong, yang terkesan dengan pandemik.
Nadira ketika bertugas sebagai pemandu pelancong di Vietnam.“Pada tahun 2020, saya tak perbaharui lesen sebab tak boleh kerjakan? Jadi saya perbaharui lesen saya pada Oktober 2021. Ia ambil masa dua bulan untuk siap.
“Bila dah siap saya pergi ambil lesen saya. Saya terkejut sebab sistem, perbaharui lesen saya bermula tahun 2020. Jadi bulan April 2022 nanti, lesen saya sudah tamat. Pandemik ke…tak pandemik ke, sistem tetap perbaharui lesen kita ikut tahun, bukan ikut tarikh kita mohon,” katanya dengan nada kesal.
Nadira memberitahu bayaran yang diterima pemandu pelancong agak memuaskan di mana dia sendiri pernah mendapat bayaran sekitar RM8,000 hingga RM11,000 sebulan pada setiap hujung tahun.
Namun tambah beliau, harus diingat sektor pelancongan lumpuh sepenuhnya selama dua tahun, dan pemandu pelancong antara yang paling terkesan.
“Tak ada pengecualian ke untuk kami? Paling kurang Tourism Malaysia lanjutkan tempoh lesen kami jadi kami tak perlu perbaharui lesen ketika pandemik.
“Saya pernah tanya pegawai di Tourism Malaysia dan jawapannya sistem mereka akan perbaharui lesen ikut tahun. Kami pemandu pelancong harap sistem ini akan dinaik taraf,” katanya.
Kerajaan pada 1 April memutuskan membuka sempadan negara berikutan Malaysia kini sedang dalam fasa peralihan ke endemik. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/pemandu-pelancong-kongsi-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegiatan Pelacuran Aktif Semula Selepas Pintu Sempadan Dibuka

Kegiatan Pelacuran Aktif Semula Selepas Pintu Sempadan Dibuka

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 205 hits
Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka Aktiviti persundalan pada harga serendah RM45 di daerah Seremban dipatahkan pihak berkuasa selepas dipercayai aktif semula susulan pembukaan sempadan negara Difahamkan dua hotel ...
Kisah Pemuda Bernama Uzair Yang Mati Selama 100 Tahun

Kisah Pemuda Bernama Uzair Yang Mati Selama 100 Tahun

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 282 hits
Dalam al Quran Allah menyebut tentang nama seorang lelaki bernama Uzair Hanya sekali nama ini disebut iaitu dalam Surah al Taubah ayat ke 30 iaitu Dan orang orang Yahudi berkata Uzair putera Allah Siapa Uzair Kenapa orang Yahudi sangat meng...
Genap 3 Tahun Hilang Tanpa Jejak Abang Mula Kongsi Sesuatu Mengenai Acap

Genap 3 Tahun Hilang Tanpa Jejak Abang Mula Kongsi Sesuatu Mengenai Acap

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 315 hits
Hari ini sudah genap 3 tahun kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu saudara Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap
Baem Anak Limited Edition Datin Shahida Kongsi Kisah Anak Ketiganya

Baem Anak Limited Edition Datin Shahida Kongsi Kisah Anak Ketiganya

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 192 hits
Setiap anak pasti ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam hati mama kan Sama juga seperti jutawan kosmetik Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang kini mempunyai lima cahaya mata Anak pertama dengan anak kedua tak sama perangainya sama j...
Kongsi Berita Gembira Kim Kwanggyu Dapat Beli Rumah Sendiri Pada Usia 55 Tahun

Kongsi Berita Gembira Kim Kwanggyu Dapat Beli Rumah Sendiri Pada Usia 55 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 278 hits
Seronok tak terhingga apabila kita dapat memiliki rumah di bawah nama sendiri kan Sama seperti pelakon veteran popular iaitu Kim Kwang gyu Menerusi sedutan I Live Alone terbaru lelaki itu telah berkongsi berita gembira berkenaan buat semua ...
Warga Singapura Datang Curi Minyak Bersubsidi Selepas Sempadan Dibuka

Warga Singapura Datang Curi Minyak Bersubsidi Selepas Sempadan Dibuka

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 153 hits
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Najib Razak PETALING JAYA Pembukaan semula sempadan dua hari lalu nyata melegakan perantuan khususnya mereka yang telah terperangkap di negara orang sejak lebih dua tahun Bagaimanapun ada segelintir pe...
Dia Tak Pernah Datang Mijoo Kongsi Kisah Bekas Kekasih Sebab Putus Cinta

Dia Tak Pernah Datang Mijoo Kongsi Kisah Bekas Kekasih Sebab Putus Cinta

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 222 hits
Mi joo LOVELYZ telah menceritakan kisah tentang bekas kekasihnya dan juga berkongsi sebab mereka putus cinta Pada siaran 27 Mac bintang idola yang kini aktif dalam rancangan hiburan iaitu Mi joo LOVELYZ telah menjadi tetamu dalam program My...
Remaja 16 Tahun Di Dakwa Atas Pertuduhan Membunuh Kanak Kanak 11 Tahun Di Kuantan

Remaja 16 Tahun Di Dakwa Atas Pertuduhan Membunuh Kanak Kanak 11 Tahun Di Kuantan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak kanak lelaki berusia 11 tahun bulan lepas Remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An Nad...
Happy Anniversary Sa 13 Tahun Dengan Malakoff Corporation Berhad

Happy Anniversary Sa 13 Tahun Dengan Malakoff Corporation Berhad

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Hi korang Ikutkan SA lupa tau hari ni anniversary SA dengan Malakoff Corporation Berhad tapi ada FB memories kan terus ingat hahahaha ye la macam mana nak ingat korang ada wedding anniversary engagement anniversary SA takde ...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Masa Bergerak Terlalu Pantas

Video Gelagat Anak Raja Ilya Beri Ucapan Raya Netizen Terhibur Comel Sangat Ni

Kl Tower Tiba Tiba Tutup Sementara Pengunjung Dihalau

Rupanya Hrithik Roshan Tak Boleh Menari Bina Badan Kerana Doktor Sahkan Masalah