Kisah Sebenar Penutupan Tahfiz Kedah


Kisah Sebenar Di Sebalik Penutupan Pusat Tahfiz Amal
Di Kedah

Beberapa hari lalu viral sebuah video sedih tentang penutupan sebuah pusat tahfiz di kedah iaitu Pusat Tahfiz Amal yang mendapat perhatian ramai nitizen

Tonton 3 video sedih penutupan Pusat Tahfiz Amal di Kedah yang viral baru baru ini




Sekali lihat kepada video tersebut atau yang tidak tahu perkara sebenar di sebalik mengapa Pusat Tahfiz Amal yang berlokasi di Kedah ini di arah ditutup pasti membuat ramai rakyat Malaysia sedih dan dalam masa yang sama menaikkan kemarahan kepada kerajaan khususnya kerajaan negeri
Ini mungkin kerana Pusat Tahfiz tersebut berperanan membela dan memberi perlindungan kepada ramai anak anak yatim



Tetapi apa sebenarnya yang berlaku sehingga Pusat Tahfiz Amal tersebut di arahkan tutup
Di bawah adalah petikan daripada Harian Metro berkaitan isu penutupan Pusat Tahfiz Amal, Kedah

***********
KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007

Selain itu, katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.
“Pengusaha pusat tahfiz amal ini menggunakan taktik licik sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu setiap kali selepas tindakan diambil pihak berkuasa

“Ia menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras tindakan eksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk dan menggunakan agama, jadi saya minta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini

Semalam, tular dalam aplikasi WhatsApp satu video berdurasi 3 minit 37 saat yang antara lain memaparkan tulisan ‘211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan’ selain merakamkan keadaan kanak-kanak perempuan menangis apabila mereka kena berpindah keluar

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pusat tahfiz itu dikesan mengeksploitasi kira-kira 120 pelajarnya termasuk 11 anak yatim di situ dengan mengarahkan mereka meminta derma sambil menjual produk

Katanya, JKM akan mengambil 11 pelajar yang terdiri daripada anak yatim manakala 109 lagi yang semuanya berusia bawah 12 tahun diserahkan semula kepada ibu-bapa masing-masing

“Pusat tahfiz ini mula beroperasi pada 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah namun tidak berdaftar sebelum kita mengambil tindakan arah tutup

“Bagaimanapun, pusat terbabit masih beroperasi dan didapati menukar nama kepada Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari serta menjalankan kegiatan jualan seperti biasa

“Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat terbabit menghentikan operasi dan aktiviti jualan oleh pelajar namun mereka dikesan berpindah ke lokasi baharu di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan, terbaharu lokasi mereka di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani ” katanya

Notis Penutupan Pusat Tahfiz Amal Yang Di keluarkan Pada 2014
Sumber : Hmetro
Rakaman Video Sidang Media Khas Berkaitan Isu Pusat Tahfiz Amal, Kedah

*************
Pernah korang terjumpa budak budak yang jual jual barang seperti yang di perkatakan
Admin pernah jumpa.. 2 3 kali juga di stesyen minyak.. jual minyak angin. Antara 2.. Beli produk atau derma... kita yang kesian pasal diorang ni anak yatim, nampak pula macam betul siap ada resit menunjukkan pusat tahfiz diorang tu, hulur la setakat yang ada.. Rupanya... Adoii..

Tapi hebat juga para 'ustaz' dan 'ustazah' di Pusat Tahfiz Amal ni latih budak budak tu.. dalam video tu nangis nangis kalau yang tengok nya pun ikut nak nangis..

Pada video video yang di post di Facebook tersebut, ada beberapa individu yang menceritakan perkara sebenar berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni sebelum berita pendedahan ekploitasi kanak kanak oleh Pusat Tahfiz Amal ini di bongkar.. Tapi biasalah bila di Facebook, orang fokus pada post, tak fokus pada komen... Di bawah komen yang admin maksudkan..

*******************
SUSULAN VIDEO ANAK YATIM MERAYU SUMBANGAN -PENDEDAHAN BERANI OLEH USTAZ KAMARUDDIN

"HATI2 YA.....JANGAN KENA TIPU... "MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTERI

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA

Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2 yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak2 ini berasal dari negeri mana

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara

Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang* Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Ada 2 surat dari Jabatan Agama dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab

Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.
Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh Raja Azhar bin Raja Wahab. Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan

PERHATIAN :1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional2. Turun padang ambil tahu3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum sahkan4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan5. Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat. Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh
Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda)

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang
Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years

Sewa bulanan RM14,000 sebulan
Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only)
Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media social menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak mejawab perntanyaan saya, pejabat agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salianan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri

*SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB* 8603280292’
Hasil Siasatan Awam:Ustaz Kamaruddin Kassim,Presiden,Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia(UNGGAS MALAYSIA)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/03/kisah-sebenar-penutupan-tahfiz-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sebenar Di Sebalik Perkahwinan Antara Umno Dan Pas

Kisah Sebenar Di Sebalik Perkahwinan Antara Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 392 hits
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa kewujudan PAS ini adalah disebabkan oleh Umno yang tidak mahu melaksanakan agenda Islam Jika Umno bersetuju untuk melaksanakan agenda Islam maka PAS tidak diperlukan lagi PAS boleh...
Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi

Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 507 hits
Viral Video Pusat Tahfiz Kena Tutup Di Kedah Ini Rupa Rupanya Yang Terjadi Semalam telah viral satu video yang memaparkan seramai 211 orang anak yatim fakir miskin diarahkan kosongkan penempatan Sebenarnya tindakan pihak berkuasa mengarahka...
Apa Tujuan Sebenar Dap Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah

Apa Tujuan Sebenar Dap Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 521 hits
DAP parti rasis dan pemimpin2 utama DAP bersikap cauvenis Dan kebijaksanaan DAP ialah setiap kali melakukan kezaliman yang bertunjangkan sikap rasis mereka DAP akan dengan sengaja menimbulkan isu untuk mengalih perhatian umum Baru2 nie Ment...
Motif Sebenar Mengapa Lelaki Ini Meny Erang Masjid Di Dedahkan

Motif Sebenar Mengapa Lelaki Ini Meny Erang Masjid Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 859 hits
CHRISTCHURCH Seorang lelaki yang dipercayai penyer4ng di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm Sweden pada ...
Lelaki Melayu Beli Lauk Babi Di Restoran Cina Aksinya Sempat Dirakam Dan Rupanya Ini Niat Sebenar Beliau

Lelaki Melayu Beli Lauk Babi Di Restoran Cina Aksinya Sempat Dirakam Dan Rupanya Ini Niat Sebenar Beliau

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 429 hits
Kisah yang dipaparkan ini telah berlaku beberapa tahun lalu Mungkin ramai yang pernah membaca kisah yang telah tular di media sosial ini Memandangkan negara kita sekarang agak heboh dengan kisah perkauman yang sedikit sebanyak menggugat hub...
Prk Port Dickson Kayu Ukur Sebenar Sokongan Rakyat Kata Anwar

Prk Port Dickson Kayu Ukur Sebenar Sokongan Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 314 hits
Diterbitkan pada 11 March 2019Oleh R LoheswarDatuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson Oktober lalu dengan majoriti 23 560 undi dalam pertandingan enam penjuru Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR 11 Mac Kemenangan Barisan Nasion...
Siapa Kita Sebenar Agenda Politik

Siapa Kita Sebenar Agenda Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 279 hits
Di sebalik kartun ini ada mesej yang kita dapat tanpa kita sedari Ada pihak seronok bersama sama pihak kafir demi undi dan meninggalkan saudara se agama Pabila saudara se agama bersatu demi Ukhwwah mula suara sumbang berkumandang Walhal sua...
Jika Benar Benar Kamu Mahu Berhijrah Berhijrah Dengan Dengan Sebenar Benar Hijrah

Jika Benar Benar Kamu Mahu Berhijrah Berhijrah Dengan Dengan Sebenar Benar Hijrah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 361 hits
Jika benar benar kamu mahu berhijrah berhijrah dengan dengan sebenar benar hijrah SEBAGAI otai artis TV saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019 Dua isu dunia art...
Aliff Syukri Dedah Cerita Sebenar Wanita Hodoh Selepas Dikecam Teruk

Aliff Syukri Dedah Cerita Sebenar Wanita Hodoh Selepas Dikecam Teruk

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 492 hits
Selepas dikecam teruk oleh netizen selepas memanggil seorang penonton di konsert Gegar Vaganza 5 2018 baru baru ini dengan gelaran wanita hodoh Aliff Syukri mendedahkan cerita sebenar siapakah wanita yang dikatakan hodoh itu BACA Aliff Syuk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias