Motif Sebenar Mengapa Lelaki Ini Meny Erang Masjid Di Dedahkan
CHRISTCHURCH: Seorang lelaki yang dipercayai penyer4ng di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.
Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.
Dua buah masjid yang menjadi sasaran tersebut adalah Masjid Al Noor di Deans Ave dan Linwood Masjid di Linwood Ave.
Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan temb4kan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.
Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keg4nasan itu.
Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.
Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kem4tian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbonuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.
Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.
BBC yang memetik beberapa saksi melaporkan serangan di Masjid Al Noor itu mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.
“Pada mulanya kami menyangka ia adalah bunyi kejutan elektrik tetapi kemudiannya semua orang melarikan diri.
“Saya masih ada rakan dalam masjid tersebut. Saya takut sekiranya mereka ditemb4k,” kata saksi, Mohan Ibrahim.
Seorang lagi saksi berkata dia melihat kanak-kanak ditemb4k tanpa belas kasihan.
Menurutnya, puluhan orang dit3mbak oleh seorang lelaki yang memakai seragam tentera bertopi keledar, yang mengosongkan sekurang-kurangnya dua magazine senapang.
“Dia mempunyai senjata besar dan banyak peluru dan dia datang dan mula menembak semua orang di masjid. Mereka perlu memecahkan pintu dan kaca dari tingkap dan dari pintu kecil untuk menyelamatkan diri dan keluar,” katanya.
Makkumat awal:
Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.
Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Traagedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:
Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi maangsa serangan
Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya
Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch
Belum ada angka kem4tian rasmi
Maklumat awal mengenai penyerang: berkulit putih, dipercayai berusia 30-an atau 40-an dan ekstr3mis berhaluan kanan
Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid
4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan
PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai ‘hari paling gelap buat NZ’
Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.
“Saya tak pernah menjangkakan apa-apa seperti ini berlaku di Christchurch, saya tidak pernah menjangka kejadian seperti ini berlaku di New Zealand,” katanya.
“Saya mendapat mesej dari seluruh negara, dan dari seluruh dunia, saya tahu semua orang terkejut.”
sumber: hmetro
The post Motif sebenar mengapa lelaki ini meny erang masjid di dedahkan appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/motif-sebenar-mengapa-lelaki-ini-meny-erang-masjid-di-dedahkan/