Kisah Motivasi Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kisah Motivasi - Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk | Tabiat buruk, jika tak menyusahkan orang dan merunsingkan kepala mak bapak takpe kan... Tapi kalau sampai menyusahkan orang... memang tabiat tu kena buang. contohnya suka melepak waktu malam... suka kacau anak dara orang...

Kena buang, dan usaha untuk buang...

Tapikan.. nama pun tabiat kan.. maknanya dah jadi habit... dah biasa... payah nak buang...

Tapi kalau rasa nak buang juga, meh baca kisah ini... ada caranya nak buang tabiat buruk.


Kisah Motivasi - Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk.

Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir.
Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan.
Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ.

Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan akarnya.

“Sekarang, tariklah pohon yang itu,” kata Profesor Hisyam sambil menuding jarinya kea rah semak di hadapan mereka. Maka, dengan menggunakan seluruh kekuatannya, remaja itu menariknya keluar.

“Sekarang tarik yang ini pula,” kata profesor itu sambil menunjukkan sepohon jambu batu. Remaja itu tercengang dan kebingungan.

Sarjana mengulang lagi saranan yang sama; meminta remaja itu memeluk batang pohon tersebut dan cuba untuk menariknya.

“ Buat betul-betul, tarik bersungguh-sungguh,” tekan profesor itu lagi. Remaja itu membuat seperti yang diminta. Namun, walaupun ia menggunakan seluruh tenaga, pohon tersebut tidak juga bergerak.

“Kuat lagi dan jangan mudah berputus asa!” kata Profesor Hisyam.

“Ini mustahil,” kata remaja itu tercungap – cungap keletihan selepas berusaha sehabis tenaga.

Sarjana itu memang menunggu saat-saat keemasan ini untuk mendidik remaja tersebut mengenai tabiat buruknya. “ Maka ia juga seperti tabiat buruk,” kata sarjana itu, “Apabila ia masih baru, maka ia senang untuk dibuang. Tetapi apabila sudah berakar umbi, maka susah untuk dicabut.”

Kata-kata yang ringkas dan tepat itu melekat pada minda remaja itu. Ia sedar akan maksud yang tersirat dan faham bahawa aktiviti sebentar tadi merujuk kepada beberapa tabiat buruknya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Profesor Hisyam, anak hartawan Kuala Lumpur itu bertekad untuk mengubah kehidupannya.


Moral of the story Pepatah Melayu ada menyebut “meletur buluh semasa rebungnya,” Ia amat bertepatan sekali dengan paparan di atas. Apa-apa jua tabiat; buruk atau baik lebih mudah dipupuk atau dihakis semasa ia masih di peringkat awal.

Namun, apabila ia sudah bertapak sekian lamanya pada seseorang, tabiat tadi menjadi perkara biasa. Si pelakunya tidak memerlukan apa-apa tenaga atau inisiatif untuk melakukannya.

Seseorang pencuri yang telah lama mencuri menganggap bahawa mencuri sebagai perkara biasa. Dia akan mencuri sebaik ada peluang.

Seseorang yang berbuat baik dan suka menolong orang, tidak akan berasa aman sekiranya peluang menolong seseorang di hadapannya tidak direbut.

Apabila kebiasaan itu (baik atau buru ) berdarah daging pada seseorang, ia sudah menjadi sebahagian daripada orang itu. Pada ketika itu, apa-apa jua perubahan bukan sahaja sukar, malah akan berhadapan dengan tentangan. Justeru, makin sukar untuk diperbaiki.

Ya, sebarang perubahan dan tabiat baik yang mahu dipupuk perlu dibuat semasa seseorang itu masih kanak-kanak lagi.

Sementara itu, apa-apa jua usaha untuk mencegah melaratnya tabiat seseorang mestilah diiktiarkan semasa ia masih di peringkat awal.

Kredit: http://www.klinikmotivasi.com , google images

Ceritakan kisah ini buat anak kita yang ada tabiat buruk. 
dan kisah ini juga pengajaran buat ibu bapa... nak didik anak biar dari kecil. 
umpamanya... bab sampah... 
didiklah anak buang sampah di tempat yang betul sejak kecil... atau.
basuh pinggan selepas makan...  kemaskan mainan selepas main... 
Insha Allah, jika latih dan latih dan usaha untuk didik jadi baik.. baiklah jadinya... kalau tidak akan jadi sebaliknya. 
Kalau dah sebati... contoh.. dah biasa buang sampah merata-rata... itu akan jadi tabiat... maka susah dah nak bentuk.. 
Kalau dah biasa pandu kereta tak bagi signal... maka terbiasalah begitu hingga menyusahkan orang lain... kannn... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2018/12/kisah-motivasi-cuba-buat-macam-ni-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur

Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 486 hits
Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang suka tengok telefon bimbit atas katil sebelum tertidur Melayan media sosial video youtube baca artikel per...
Aiskrim Milo Sedap Sama Macam Yang Dibeli Jom Cuba Sendiri

Aiskrim Milo Sedap Sama Macam Yang Dibeli Jom Cuba Sendiri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 845 hits
Aiskrim milo sedap Sama macam yang dibeli Jom cuba sendiri Assalamualaikum wbt Anak cikla kalau pergi kedai mesti minta belikan aiskrim Diaorang ni memang suka sangat makan aiskrim lebih lebih lagi si kakak Farisya Kalau ke kedai mesti aisk...
Aircooler Sejuk Macam Portable Aircond Ke

Aircooler Sejuk Macam Portable Aircond Ke

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1007 hits
Sejukkan bilik dengan aircooler Aircooler Sejuk Macam Portable Aircond ke Soalan yang selalu bermain dikepala Waktu mula mula bekerja Ada bilik sendiri Mesti nak beli macam macam kelengkapan bilik tempat kita diam Macam aku ini selalu berpi...
Tukar Perempuan Macam Tukar Baju Lelaki Ini Bongkar Perangai Player Safawi Rashid

Tukar Perempuan Macam Tukar Baju Lelaki Ini Bongkar Perangai Player Safawi Rashid

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 2150 hits
Walaupun mempamerkan aksi perlawanan yang hebat aksi pasukan Malaysia tetap mendapat kritikan Aksi Tendangan ke langit oleh Safawi Rashid yang dikritik netizen telah menyebabkan seorang pengguna Twitter ini mendedahkan sifat player pemain i...
Macam Ni Jer Gaya Pengarah Strategik Umno Bagi Idea Hahahaha

Macam Ni Jer Gaya Pengarah Strategik Umno Bagi Idea Hahahaha

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 286 hits
Macam manalah UMNO boleh pilih dia jadi pengarah strategik Nilai RM40 dengan gaji RM2000 dia buat perbandingan seolah terlalu besar untuk graduan membayar ptptn Apakah dia lupa ptptn membuat potongan menggila pada penjawat awam tempoh hari ...
Kerajaan Malaysia Tabur Janji Tipu Pelajar Genius Macam Saya Adi Putra

Kerajaan Malaysia Tabur Janji Tipu Pelajar Genius Macam Saya Adi Putra

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 474 hits
Kerajaan Malaysia Tabur Janji Tipu Pelajar Genius Macam Saya Adi Putra Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan Genius Matematik Adi Putra Abd Ghani bukan nama baru yang perlu diperkenalkan malah beberapa tahun lepas beliau mengg...
Kenapa Macam Dah Takde Iman Orang Kita Ni Padah Mencuri Pisang Lelaki Ini Dibelasah Sehingga Mati Oleh Orang Kampung

Kenapa Macam Dah Takde Iman Orang Kita Ni Padah Mencuri Pisang Lelaki Ini Dibelasah Sehingga Mati Oleh Orang Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 507 hits
Kerana mencuri setandan pisang seorang lelaki menemui ajal apabila telah dibelasah beramai ramai oleh orang kampung dalam kejadian di Kampung Tebakang Bukit Payong Terengganu semalam Lelaki dalam lingkungan usia 30 an itu ditemui dalam kead...
Rangup Macam Keropok Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy Mudah Sihat

Rangup Macam Keropok Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy Mudah Sihat

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 457 hits
Rangup Macam Keropok Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy Mudah SihatRangup Macam Keropok Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy Mudah Sihat
Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu

Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 873 hits
Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu Assalamualaikum Siapa pernah makan sarang madu lebah Ana first time makan baru baru ni angkara terjebak dengan satu video ASMR tengah makan sarang madu tu Tak tunggu la...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik