Kisah Menarik Tok Ku Paloh


Siapakah Tok Ku Paloh dan apa yang anda perlu tahu tentang beliau

Latar Belakang
Nama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu


Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan 1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi

Ayahanda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Sayyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik)

Tok Ku Paloh ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III

Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Ketika meninggal dunia, beliau berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi

Keturunan Rasulullah SAW
Tokku Paloh adalah generasi ke-32 daripada Rasulullah SAW dan beliau datang dari kabilah Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah SAW

lbu Tokku Paloh, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayyid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar. Dengan itu nyatalah Tokku Paloh itu bukan saja berketurunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didikan dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama

Semua adik-beradiknya juga mempunyai keahlian dalam hal-ehwal agama dan di antara yang terkenal ialah Sayyid Zain (dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar), Sayyid Ahmad (bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh) dan Sayyid Mustaffa (seorang ulama yang juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri; merupakan seorang dari empat pembesar yang pernah diwakilkan memegang pemerintahan negeri sewaktu Sultan Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1896

Pendidikan
Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung

Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. 
Perjuangan Dakwah
Setelah Tok Ku Paloh pulang dari Mekah, beliau memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani

Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III

Kontroversi Syahadat Tokku
Amalan Syahadat Tokku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadap ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Haji Hussein Haji Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut

Tuan Haji Hussein tidak menolak kemungkinan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang-orang tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau-surau lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah

Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun 1950 itu, Haji Hussein bercerita:
"Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tokku ini."
Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Haji Hussein, sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini

"Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al-Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tokku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata: "Apa yang Tuan Haji baca itu ada pada saya"

"Rupa-rupanya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan Ratib Al-Hadad dan Syahadat Tokku. Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah-olahnya menggalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka oriang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira."
Begitulah peristiwa yang diceritakan oleh  Haji Hussein

Sehingga kini Haji Hussein terus mengamalkan Syahadat Tokku ini bersama-sama sahabat-sahabatnya, amalan yang pada setengah orang jahil dikatakan 'syahadat tambahan'.

Syahadat Tokku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur-unsur tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Allah.


Ertinya (Dalam Tulisan Rumi)

Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai Ia pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af’al-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang ‘ulwi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintah-Nya dan tiadalah jenis ‘itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya.

Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. (Mula menadah doa) Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih la akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin

Kegiatan Anti-Penjajah
Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu

Ada riwayat mengatakan Haji AbdurRahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah juga adalah murid Tok Ku Paloh

Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya:
"Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”
Mat Kilau Menguji Kepandaian Silat Tok Ku Paloh
Seperti apa yang dimaklumkan kepada Aki oleh salah seorang anak murid Tok Ku Paloh yang masih hidup sehingga tahun awal 90-an (Pok Leh) semasa beliau bertandang ke rumah Aki. Pahlawan Mat Kilau yang pernah berlindung di rumah Tok Ku Paloh pernah bermuzakarah perihal keagamaan dan persilatan

Mat Kilau ingin mencuba kehebatan persilatan Tok Ku Paloh dan kedua-duanya bersetuju sambil berdiri memegang sebilah keris. Apabila saat memulakan langkah, tiba-tiba Tok Ku Paloh ghaib dari pandangan mata Mat Kilau. Secara tiba-tiba juga Tok Ku Paloh mengunci Mat Kilau dari belakang dan meletakkan kerisnya ke leher Mat Kilau. 
Perlawanan silat mereka tamat dengan begitu pantas

Keramat Tok Ku Paloh
Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah dari Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tok Ku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya. Maksudnya Tok Ku Paloh yang lebih berhak membuat keputusan

Beberapa orang pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Setelah mereka tiba, dengan sombongnya mereka tidak mahu duduk atas lantai. Oleh itu Tok Ku Paloh memberi kerusi untuk mereka duduk

Dalam perbincangan tersebut, Tok Ku Paloh membenarkan pegawai Inggeris mengambil seberapa banyak tanah di Terengganu untuk dibawa pulang asalkan jangan ambil alih pemerintahan Terengganu. Pegawai-pegawai Inggeris yang marah dengan gurauan Tok Ku Paloh terus bangun. Akan tetapi punggung mereka telah melekat di kerusi

Lalu Tok Ku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."
Apabila Tok Ku Paloh tolong tarik kerusi barulah pegawai-pegawai Inggeris dapat pisahkan punggung mereka dari terus melekat. Kejadian lucu ini menyebabkan mereka sangat marah terhadap Tok Ku Paloh

Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tok Ku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamerkan kekuatan angkatan laut mereka yang mampu membedil pantai di Terengganu. Taktik ini dipanggil "Gunboat Diplomacy"

Tok Ku Paloh cuma menyengetkan serbannya ke kiri lalu seluruh kapal perang laut Inggeris turut senget ke kiri. Kemudian Tok Ku Paloh sengetkan serbannya ke kanan lalu kapal tersebut ikut senget ke kanan pula. Kejadian ini menyebabkan Inggeris takut tetapi semakin marah terhadap Tok Ku Paloh

Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut nak menjajah Terengganu selagi Tok Ku Paloh masih hidup

Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919 barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu

Source
Saiyid AbdurRahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus
Syahadah Tok Ku Paloh



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bebasperibadimu.blogspot.com/2020/02/kisah-menarik-tok-ku-paloh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maklumat Menarik Mengenai Pertemuan Agong Dengan Ahli Parlimen Petang Tadi

Maklumat Menarik Mengenai Pertemuan Agong Dengan Ahli Parlimen Petang Tadi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 748 hits
Seramai 90 orang Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam satu pertemuan hari ini Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mereka bagi penamaan calo...
3 Fakta Menarik Dewa 19 Yang Terbongkar Di Grand Final Indonesian Idol 2020

3 Fakta Menarik Dewa 19 Yang Terbongkar Di Grand Final Indonesian Idol 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 238 hits
Grand Final Indonesian Idol 2020 pada Senin serupa ajang reuni bagi Dewa 19 Ahmad Dhani dan Ari Lasso duduk bersama di barisan kursi juri Indonesian Idol 2020 Cerita cerita mengenai perjalanan Dewa 19 muncul di sela sela acara
Beberapa Trik Whatsapp Yang Menarik Untuk Dilakukan

Beberapa Trik Whatsapp Yang Menarik Untuk Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 687 hits
WhatsApp menjadi penghubung dan medium komunikasi paling popular di Malaysia Ia bukan kerana aplikasi ini mempunyai ciri yang banyak kerana kalau hendak dibandingkan dengan Telegram WhatsApp ketinggalan jauh Tetapi ia berjaya menjadi pelopo...
Menarik Di Cbs Sk 16 November 2019

Menarik Di Cbs Sk 16 November 2019

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 205 hits
Sertai kami di Carboot Sale Sungai Kantan Kajang Bermula jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu Hanya RM15 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu CBS SK pada 16 November 2019 ini akan diadakan pelbagai a...
9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 433 hits
Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan Nak bawa anak anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik yang sesu...
5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 378 hits
Apakah Pembelajaran Abad ke 21 Pembelajaran Abad Ke 21 adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid Beberapa elemen asas diterapkan iaitu komunikasi kolaboratif pemikiran kritis kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika Te...
Proton X50 Bakal Gugat Keluaran Suv Jenama Lain Atas Kelebihan Harga Yang Lebih Menarik

Proton X50 Bakal Gugat Keluaran Suv Jenama Lain Atas Kelebihan Harga Yang Lebih Menarik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 309 hits
Proton X50 bakal punya saiz yang lebih kecil dari X79 Ia yang disahkan bakal dilancarkan tahun ini dilihat bakal memberi saingan di kalangan pengeluar kereta SUV segmen B dan C Kesemua varian tersebut ditawarkan dengan enjin 3 silinder 1500...
10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Yang Menjadi Pilihan

10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Yang Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 368 hits
10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Menjadi Pilihan Ada yang nak bercuti tapi tak nak perjauh dari Kuala Lumpur Ada yang nak bercuti sambil bekerja bawa anak dan keluarga Kuala Lumpur ibukota Malaysia kalau nak tahu sebenarnya di KL banya...
Fenomena Artis Pakai Ritual Supaya Terlihat Menarik Ini Pengakuan Soimah

Fenomena Artis Pakai Ritual Supaya Terlihat Menarik Ini Pengakuan Soimah

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 203 hits
Beredar gosip gosip bahwa penyanyi Soimah Pancawati melakukan sebuah ritual sebelum merias wajahnya agar wajahnya semakin cantik
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip