Kisah Melayu Malas Dan Salahkan Bangsa Lain




*LUAHAN HATI ANAK MELAYU KUALA KEDAH......SENARIO YG MGKIN JUGA BERLAKU D KUALA² LAIN D NEGARA MALAYSIA TERCINTA....*

*Harga ikan segar di Jeti Kuala Kedah pun dah melambung mahalnya*

*Tuan Puan semua yang dikasihi Allah swt, dirindui Rasulullah saw sekalian, part cerita ikan jadi tua tunggu nelayan kita pi tangkap depa tu, saya setuju dengan Tun M*

*1 spot jeti ikan di Kuala Kedah sini, dulu ikannya murah dan pelbagai. Nelayan Melayu dapat permit & atur bot sendiri ke laut untuk tangkap hasil. Kemudian mereka jual melalui persatuan yang diketuai oleh geng isteri nelayan di situ.*

*Namun sekarang, situasi berubah sejak setahun lalu. Semua permit disewakan pada Cina. Mereka dapat imbuhan tetap tiap bulan RM3k setiap permit dari Cina. Tak perlu ke laut lagi, bahkan dapat duit tetap tiap bulan.*

*Kemudian Cina atur bot dengan pekerja asing & anak Melayu termasuk anak owner permit. Dapat ikan, dijual semula pada persatuan. Kini persatuan kena ikut harga pembekal. Ikan jadi mahal sekali ganda. Mahu tak mahu, kena jual juga. Jarang sangat aktiviti sedekah ikan atau lebih kurang kira berlaku sekarang. Semua kira ikut timbang betul-betul, harga biasanya tiada kompromi.*

*Ada sekali tu kami tanya Acik penjual minta kurang sikit harga sambil bagitahu ikan sekarang dah mahal, tak macam dulu-dulu. Balas Acik, "Dik, ni Acik bagi harga ni dah takdak untung. Ikan sekarang beli dari Cina. Melayu dapat permit bagi sewa kat Cina. Cina tangkap ikan jual balik kat Melayu. Depa control harga. Kami dapat untung buat makan kuah ja la ni".*

*Di sini ada 2 spot jeti nelayan Melayu yang besar dan sentiasa sibuk dengan aktiviti jual beli kerana sentimen Melayu support Melayu dan ikan segar dari bot. Kini hanya tinggal 1 saja spot yang masih kekal begini. 1 sudah diambilalih Cina di sini.*

*Ini sikap sesetengah nelayan Melayu pemilik permit yang sangat memalukan dan teruk di sini. Saya cakap begini bukan kerana nak ikan murah, walau saya suka ikan harga rendah. Biasa saya beli untuk keluarga 6 ~ 8 kg, bukan 1kg atau sepinggan ikan temenung.*

*Saya katakan ini kerana ada sesetengah orang Melayu yang ada mindset suka makan atas angin dan nak ambil mudah atas sesuatu perkara penting tanpa fikir masa depan bangsa sendiri. Akhirnya nak patah balik tak boleh.*

*Biasa berlaku selepas 1 ~ 2 tahun, Cina yang sewa permit akan pergi jumpa jabatan, beritahu permit sudah 2 tahun sewa dari Melayu. Nelayan Melayu malas tak mahu turun laut, semua nak makan atas angin. Mereka lobi untuk permit diberi terus kepada mereka.*

*Akhirnya jabatan akur kerana permit diberi bukan kerana bangsa. Ia untuk orang yang mahu usahakannya. Akhir cerita, Cina dah dapat permit sendiri, Melayu dah tak dapat permit & dengan duit sewa pun hilang serta merta.*

*Kini mata pencarian hanya tinggal jual ikan yang ambil dari Cina sejak 2 tahun lalu, itupun hanya tinggal margin 'makan kuah' saja. Terpaksa teruskan jual untuk pendapatan keluarga & jika tak teruskan, keluarga terus tiada pendapatan. Dapur tak berasap. Cina akan lobi pula ambil alih pasar jual ikan dari persatuan Melayu.*

*Mula dengan beberapa Cina jual ikan masuk sebagai penjual, penjual yang diberikan harga sedikit rendah dari penjual ikan Melayu. Buang harga untuk peniaga Cina, ambil balik margin dari jualan kepada peniaga Melayu.*

*Akhirnya peniaga Melayu susah nak survive hanya dengan 1 kerja jual ikan, terpaksa buat 2 kerja dan kemudian jual spot jual ikan kepada Cina lain kerana kerja lain lebih banyak income dari jual ikan. Maka habis pasar ikan Melayu pula diambil alih Cina.*

*Apa yang tinggal untuk Melayu?*

*Tanah pusaka hampir habis dijual kepada bangsa lain, terutamanya bila para pewaris bergaduh dan susah nak sefahaman tentang harta pusaka.*

*Kini pasar dan laut juga sedang tergadai pada bangsa lain, akibat fikir nak senang duduk dapat duit yang sedikit.*

*Siapa rugi?*
*Siapa salah?*
*Siapa tanggung?*

*Tolong ubah cara kita berfikir.*
*Kita kena ubah cara kita berfikir dan berdikir.*
*Kena usahakan jalan penyelesaian, bukan sekadar bincang dan sembang kencang dalam media sosial.*

*Firdaus Kedah,*
*Melihat depan mata bangsa Melayu semakin laju diratah sedikit demi sedikit, akibat sikap dan cara fikir yang salah*aku copy dari group sebelah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/kisah-melayu-malas-dan-salahkan-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Sakit Hati Dengar Bebelan Dr Mahathir Pasal Melayu Malas

Netizen Sakit Hati Dengar Bebelan Dr Mahathir Pasal Melayu Malas

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 504 hits
Cukup Jangan kecam abang abang dan adik adik saya sebagai pemalas Siang malam mereka bekerja keras untuk cari nafkah Sakit hati saya bila mendengar Demikian luahan hati seorang netizen dipercayai tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun Dr M...
Hentikanlah Stereotaip Melayu Malas

Hentikanlah Stereotaip Melayu Malas

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghina bangsa Melayu sebagai malas bekerja tatkala bangsa lain memerhati adalah satu tindakan yang tidak boleh ditoleransi Apatah dakwaan yang berulang kali dibuat oleh Perdana Menteri itu lan...
Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

Kenapa Lagi Persefahaman Politik Umno Pas Tidak Disokong Sepenuhnya Oleh Melayu Lain

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 299 hits
Kenapa sebahagian pemimpin PAS dan UMNO tidak kelihatan Pertambahan sokongan yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya ada akar umbi PAS lari ke AMANAH Apa fatwa Hadi tentang ini Mereka tidak Islamic Kesilapan Mahathir kerana terlalu baik de...
Nasi Ayam Keropok Dan Melayu Malas

Nasi Ayam Keropok Dan Melayu Malas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 274 hits
September 17 2019 8 18 AM Kalau Pak Dik kenangkan balik masa mula mula dulu malu rasa nak cerita pada orang Sehari jual 2 ekor je ayam bila habis tu habislah Cerita pak menakan saya satu hari semasa kami bersembang tentang sejarah kedai nas...
Dr Mahathir Hina Melayu Malas Lagi Sebab Tak Sokong Dia

Dr Mahathir Hina Melayu Malas Lagi Sebab Tak Sokong Dia

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 869 hits
Bila baca tweet Dr Mahathir nie termenung panjang memikirkan kenapalah orang tua yang rumah kata pergi kubur kata mari nie tak habis habis nak hina bangsa Melayu Apa sebabnya apa puncanya Bak kata orang tua tua mati bersebab sakit berpunca ...
Melayu Malas Aku Buat Empat Kerja Tau

Melayu Malas Aku Buat Empat Kerja Tau

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 295 hits
MALAYSIAKINI Pengarah dan penulis lakon layar Al Jafree Md Yusop berkata dia sudah bosan mendengar ungkapan Melayu malas yang sering didendangkan pihak tertentu Sedangkan kata Al Jafree sebagai orang Melayu dia sendiri melakukan lebih darip...
Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 334 hits
PM berkata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan kerja
Sampai Bila Melayu Nak Terus Jadi Bangsa Pemalas

Sampai Bila Melayu Nak Terus Jadi Bangsa Pemalas

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 376 hits
1 Semasa saya berumur belasan tahun saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star Masa itu Negeri Negeri Melayu sedang dijajah oleh British Negeri Negeri Melayu terima baik penjajahan British 2 Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sis...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru