Sampai Bila Melayu Nak Terus Jadi Bangsa Pemalas



1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Negeri Melayu terima baik penjajahan British.

2. Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem Pemerintahan yang lebih baik dan Negeri-Negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan.

3. British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.

4. Dimanakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan Kerajaan sebagai kerani. Lebih kecil lagi ialah bilangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen.

5. Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.

6. Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India.

7. Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke Negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi.

8. Orang Cina biasanya berhijrah ke Negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke Negara-Negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke Negeri-Negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah.

9. Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah Negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari dimana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah-buahan bakul dan raga anyaman mereka. Perniagaan mereka tidak menjadi besar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja.

10. Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.

11. Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada Negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah.

12. Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.

TAK BEKERJA
6 Sep 2019
chedet.cc
DR MAHATHIR MOHAMAD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/09/sampai-bila-melayu-nak-terus-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkel Terpaksa Ditutup Kerana Sikap Bangsa Melayu Asyik Nak Murah

Bengkel Terpaksa Ditutup Kerana Sikap Bangsa Melayu Asyik Nak Murah

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 533 hits
The ReporterTerasa sedih dan sebak apabila membaca perkongsian si adik mengenai abangnya yang ditindas bangsa sendiri sehingga perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup KISAH bangsa yang membunuh bangsa dia sendiri Dah lama akak simpan ce...
5237 Orang Melayu Bukan Pemalas Seperti Yang Macam Tun M Pernah Kata Nothing To Hide Media 04 09 2019

5237 Orang Melayu Bukan Pemalas Seperti Yang Macam Tun M Pernah Kata Nothing To Hide Media 04 09 2019

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 518 hits
Jihad EkonomiModerator Faizan M Nor bersama tetamu jemputan Dato Dr Ma amor Osman Episod 272 NTH Media
Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 479 hits
PM berkata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan kerja
Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 409 hits
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan merancang untuk menghantar kru mereka ke permukaan bulan menjelang tahun 2024 Angkasawan NASA Nick Hague dan Drew Morgan telah menjalankan misi spacewalk pertama sejak beberapa lalu Angka...
Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1278 hits
Assalamualaikum Tun Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang orang Melayu Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja Tun juga masih bernostalgia...
Kenapa Bangsa Melayu Mangsa Stereotaip Di Bumi Sendiri

Kenapa Bangsa Melayu Mangsa Stereotaip Di Bumi Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 385 hits
Asyraf Farique Jika pemerintah jujur tak penting kuasa nasib Melayu takkan jadi beginiMELAYU distereotaip sebagai bangsa pemalas entah berapa peratus sahaja yang pemalas Melayu distereotaip sebagai suka penipu entah berapa peratus sahaja su...
Suami Jangan Pelik Isteri Asal Naik Kereta Je Tidur Itulah Masa Nak Rehat

Suami Jangan Pelik Isteri Asal Naik Kereta Je Tidur Itulah Masa Nak Rehat

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 639 hits
Dalam perjalanan di kereta suami memandu dan isteri jadi penumpang di sebelah Begitulah selalunya Tidak sampai 15 minit nampak si isteri sudah tertidur Perkara ini menjadi kebiasaan pada sesetengah wanita Wahai suami ketahuilah isteri bukan...
Nak Satukan Ummah Tapi Dr Mahathir Kowtim Dengan Kit Siang

Nak Satukan Ummah Tapi Dr Mahathir Kowtim Dengan Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 602 hits
Pada 13 dan 14 September 2019 In Sya Allah akan tercatat sejarah politik masyarakat Melayu Islam di Malaysia dengan termeterainya perjanjian kerjasama dan persefahaman antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam UMNO dan PAS dalam Himpu...
Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet

Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 442 hits
Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet Assalamualaikum dan salam sejahtera Selepas satu bulan lebih memegang amanah menanggung kerja rakan sepejabat yang sedang mengambil cuti bersalin akh...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g