Kisah Malang Tahun Duka 2020 Covid 19 Bayangi Rencah Kehidupan Dunia Sepanjang Tahun Ini


Kisah malang tahun duka 2020, mesej-mesej positif yang disampaikan figura penting Krismas Santa Klaus di media sosial telah menjadikan suasana yang suram lebih optimis dan mengujakan.
Santa merujuk perjuangan global untuk membendung penularan pandemik COVID-19 ketika ini sebagai ‘satu situasi yang sangat istimewa’.
Menerusi video berdurasi 43 saat dari Rovaniemi, Finland, Santa Klaus menyampaikan mesej kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang bimbang ketiadaan sambutan Krismas, dengan memberi jaminan kepada mereka bahawa persiapan di Arctic Circle di Lapland berjalan sangat lancar dan semuanya berkeadaan baik dan mematuhi peraturan penjarakan fizikal. Seperti yang diketahui ramai, Rovaniemi adalah kampung halaman ‘rasmi’ bagi Santa Klaus.
Sememangnya 2020 adalah tahun yang istimewa dari pelbagai segi. Pertamanya, ia telah menyedarkan kita tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri dan sanitasi.
Amat malang sekali dalam laporannya yang bertajuk ‘Hand Hygiene for All’, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tiga bilion orang – 40 peratus daripada penduduk dunia – di rumah mereka tidak mempunyai tempat untuk membasuh tangan dengan air dan sabun.
Tiga suku daripada mereka ini tinggal di negara-negara paling miskin di dunia dan merupakan antara golongan yang paling rentan: kanak-kanak dan keluarga yang tinggal di kawasan penerokaan haram, migran dan kem pelarian atau di kawasan yang sentiasa berkonflik.
Ini menjadikan kira-kira 1 bilion orang berdepan risiko dijangkiti COVID-19, hanya kerana mereka kekurangan atau tiada kemudahan asas seperti tempat untuk membasuh tangan.
Justeru, pandemik COVID-19 adalah peringatan yang jelas kepada kita bahawa satu daripada cara paling efektif untuk menghentikan penularan virus adalah amat mudah sekali iaitu kebersihan tangan. Ia bukan sahaja melindungi kita daripada dijangkiti penyakit tetapi juga mencegah penularannya kepada orang lain, demikian dedah laporan WHO tersebut.
Di Malaysia, pelaburan dalam sektor sanitasi bermula sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Walaupun masih ada cabaran yang perlu ditangani, seperti kekerapan gangguan bekalan air tidak berjadual dan pencemaran sungai, majoriti 32 juta penduduk di negara ini mempunyai akses kepada keperluan sanitasi asas.
Satu kajian pada tahun 2000 oleh WHO dan Pogram Pemantauan Bersama bagi Bekalan Air, Sanitasi dan Kebersihan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendedahkan bahawa 98 peratus daripada penduduk bandar dan 94 peratus daripada penduduk luar bandar mempunyai akses kepada sanitasi asas.
Keduanya, 2020 mengajar kita untuk lebih bersyukur.
Semasa komentar ini ditulis, kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka 100,000 ribu orang dengan 18, 773 kes aktif dan meragut 446 nyawa.
Antara kisah yang paling tragis adalah satu kes sekeluarga di Sarawak yang kehilangan tiga anggota keluarga akibat COVID-19 pada April dan kematian mangsa paling muda di Malaysia seorang budak perempuan berusia setahun di Sabah.
Sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi membendung penularan virus itu juga telah menjejaskan mata pencarian beribu-ribu orang di Malaysia.
Kadar pengangguran melonjak setinggi 5.3 peratus pada Mei. Walaupun kadar itu menyusut kemudiannya selepas aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dan pelbagai langkah rangsangan ekonomi dan inisiatif diperkenalkan kerajaan, tidak dinafikan bahawa sesetengah perniagaan dan pekerjaan masih terdedah kepada kesan daripadanya, terutamanya sektor penerbangan dan pelancongan.
Sehingga dan melainkan sempadan dibuka semula dan sekatan perjalanan ditarik balik, sektor ini berdepan cabaran yang sukar untuk pulih kembali. Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), syarikat penerbangan dijangka mengalami kerugian US$84.3 billion (US$1=RM4.07) tahun ini, menjadikannya tahun paling buruk dalam sejarah penerbangan dengan trafik udara dijangka hanya pulih sepenuhnya sehingga 2024.
Oleh itu, sekiranya anda berjaya mengharungi 2020 tanpa ada ahli keluarga ataupun rakan-rakan dijangkiti virus itu, kehilangan nyawa atau pekerjaan atau malahan terpisah disebabkan penutupan sempadan – anda seharusnya bersyukur.
Ketiga, 2020 jelas memperkukuhkan lagi hakikat bahawa rakyat Malaysia sememangnya berhati mulia.
Bagi rakyat Malaysia, tidak kira sama ada ia kedai mi bekas juruterbang, nasi lemak budak tanpa lengan, atau pelajar yang bergelut melawan kanser untuk meneruskan kehidupan ataupun warga emas yang membuat kerja penghantaran makanan – jika mereka memerlukan bantuan, rakyat Malaysia akan sentiasa membantu.
Suatu yang mengujakan apabila membaca pelbagai kisah segenap lapisan masyarakat yang memberi sumbangan bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi juga dari segi perlindungan dan sokongan emosi.
Pelbagai kumpulan sokongan masyarakat juga muncul ibarat cendawan sepanjang tahun ini. Antara yang terawal ditubuhkan adalah pada permulaan perintah kawalan pada Mac lepas dengan kira-kira 500 ahli dan membuka laman “caremongering” di platform media sosial Facebook, bagi membantu golongan rentan.
Ia menyeru golongan muda untuk membantu dengan memeriksa keadaan jiran-jiran mereka, terutamanya golongan warga emas, membeli barangan keperluan untuk mereka serta mendapatkan ubatan daripada farmasi semasa perintah kawalan pergerakan selama tujuh minggu itu.
Walaupun selepas perintah kawalan pergerakan ditarik balik, kumpulan itu masih meneruskan aktiviti mereka memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Perilaku ini mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap kemanusiaan dan rakyat Malaysia rata-ratanya sememangnya mempunyai hati emas.
— BERNAMA
The post Kisah Malang Tahun Duka 2020, COVID-19 bayangi rencah kehidupan dunia sepanjang tahun ini appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kisah-malang-tahun-duka-2020-covid-19-bayangi-rencah-kehidupan-dunia-sepanjang-tahun-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Mix And Match Tunik Berbahan Rajut Terbaik Sepanjang Tahun 2020 Mana Favoritmu

5 Mix And Match Tunik Berbahan Rajut Terbaik Sepanjang Tahun 2020 Mana Favoritmu

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 263 hits
Selain kemeja tunik berbahan rajut juga bisa menjadikan penampilanmu lebih rapi nan santun
Jadi Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Berikut 8 Fakta Yael Shelbia Model Asal Israel

Jadi Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Berikut 8 Fakta Yael Shelbia Model Asal Israel

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 824 hits
Yael berhasil mengalahkan kandidat lain dari berbagai belahan dunia seperti Lisa BLACKPINK dan Millie Brown
777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Sepanjang Tahun 2020

777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 337 hits
Orang kata nak berjaya kena ada mentor yang berilmu pasukan yang mahu sama sama berjaya dan usaha yang tak kenal lelah Bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan juga mustahil apa bila sekali lagi Richworks berjaya melahirkan 777 usahawan dengan...
Daftar 10 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia Sains Tahun 2020 Versi Nature Research Salah Satunya Peneliti Dari Ugm

Daftar 10 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia Sains Tahun 2020 Versi Nature Research Salah Satunya Peneliti Dari Ugm

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 318 hits
Selamat untuk Prof Adi Utarini dan sembilan tokoh lainnya atas pencapaian dan kontribusi kepada dunia sains di tahun 2020 ini
Resepi Paling Popular Dan Dicari Sepanjang Tahun 2020

Resepi Paling Popular Dan Dicari Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 489 hits
Resepi Paling Popular Dan Dicari Sepanjang Tahun 2020 Sumber dari Google mendedahkan resepi merupakan kata carian paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020 Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian makanan dan budaya serta rakyatny...
Wanita Dari Turki Ini Digelar Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020

Wanita Dari Turki Ini Digelar Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 323 hits
Hande Erc el seorang wanita dari Turki telah mendapat gelaran Wanita Tercantik Dunia 2020 seperti yang dinilai oleh Top Beauty World Memperoleh markah 9 168 daripada pelbagai sisi penilaian Ercel telah dinobatkan sebagai pemenang daripada b...
12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 262 hits
Kurang 4 jam sahaja lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirai dan 2021 bakal memulakan ceriteranya Setahun berlalu banyak pahit manis suka duka yang dirasa Ada kisah yang gembira tidak kurang juga mendukakan Awalannya kedatangan 2020 paling din...
10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020

10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 298 hits
10 Entry Blog Dengan Pageviews Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2020 hi there Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa sehari lagi Dan sepanjang tahun ini banyak kenangan suka duka yang dilalui aku dan aku yakin kamu semua juga begit...
Bongkar Kasus Narkoba Bnn Kaltim Ringkus 65 Orang Sepanjang Tahun 2020

Bongkar Kasus Narkoba Bnn Kaltim Ringkus 65 Orang Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 279 hits
Sepanjang tahun 2020 Badan Narkotika Nasional Provinsi Kalimantan Timur menangkap 65 orang terkait narkoba dan menjebloskannya ke penjara Dari pengungkapan kasus narkoba sepanjang tahun ini BNN menemukan fakta bahwa bisnis terlarang ini mas...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions