Kisah Lelaki Bawa Lari Anak Usia 3 Tahun Ke Vietnam Selama 24 Hari Tanpa Bawa Isteri Jadi Tular




Kisah lelaki ‘bawa lari’ anak usia 3 tahun ke Vietnam selama 24 hari tanpa bawa isteri jadi tular | Bagi mereka yang gemar mengembara, rakan peneman sudah tentu dipilih daripada kalangan sahabat rapat atau 'sekepala' agar percutian yang dinikmati lebih seronok. Berlainan dengan seorang bapa, Mohd Faizil Muhamad, 33, yang selesa membawa anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Zayyan Nafis sebagai peneman dirinya untuk mengembara selama 24 hari ke Vietnam pada Julai lalu. Kata Mohd Faizil, dia tidak membuat perancangan terperinci sebelum berkelana ala 'backpacker' bersama anaknya itu kerana ingin meneroka setiap destinasi menarik yang terdapat di negara tersebut. "Saya memang suka bawa Ayyan (Muhammad Zayyan Nafis) mengembara cara macam ni. Kalau ajak kawan-kawan, tak ramai yang boleh ambil cuti selama itu. "Isteri saya pula bekerja, jadi saya bawa anak untuk teman saya. Cuma, bila 'travel' dengan budak ni, kita yang kena ikut masa dia dan pastikan dia dapat masa tidur secukupnya," katanya ketika dihubungi.



Mohd Faizil turut berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan mereka berdua berserta gambar sepanjang percutian itu di akaun Facebooknya. Menurut bapa kepada tiga anak lelaki itu, kembara tersebut bukanlah kali pertama dilakukannya secara berdua dengan anaknya itu. Kata Mohd Faizil, sebelum ini dia pernah membawa Muhammad Zayyan Nafis mengembara ke Bangkok selama lima hari dengan menaiki kereta api ketika anaknya itu berusia 11 bulan. Tambahnya, kali kedua pula mereka berdua mengembara selama 19 hari ke Osaka dan Tokyo iaitu sewaktu Muhammad Zayyan Nafis berusia setahun sembilan bulan.Bagi perunding kembara sepenuh masa di Gud Travel House itu, kelakuan anaknya yang tidak banyak meragam banyak melancarkan perjalanan mereka anak beranak dari utara ke selatan Vietnam. "Saya hanya perlu sentiasa pastikan Ayyan berada di depan mata kerana takut dengan kes penculikan kanak-kanak.


"Perjalanan kali ini memang lancar, cuma kenangan yang tak boleh dilupakan apabila beg galas Ayyan yang mengandungi botol susu dan dua keping lampin pakai buang hilang pada hari kedua tiba di Vietnam. "Jadi, nak tak nak, saya perlu beli botol susu baharu untuknya, lampin pula tiada masalah. Cuma hilang dua keping dan memang senang nak cari dekat sana," ujar Mohd Faizil.Jelas bekas jurugambar itu, dia membawa bekalan sebanyak lima pek susu minuman kanak-kanak untuk dibancuh sepanjang perjalanan mereka di negara tersebut. Tambahnya, cabaran lain yang dihadapi mereka adalah apabila terdapat tempat penginapan yang tidak menerima tetamu kanak-kanak di premis tersebut. Sebagai penyelesaian, Mohd Faizil terpaksa mencari bilik persendirian untuk mereka berdua. Menurutnya, kos keseluruhan pengembaraan tersebut termasuk tiket penerbangan pergi dan balik hanya sebanyak RM2,800. -Mstar






#percutian #tular



.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lulu-page.blogspot.com/2018/10/kisah-lelaki-bawa-lari-anak-usia-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beginilah Kisah Mengharukan Si Kembar Siam Yang Berbagi Tubuh Selama 70 Tahun

Beginilah Kisah Mengharukan Si Kembar Siam Yang Berbagi Tubuh Selama 70 Tahun

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 329 hits
Bagi sebagian orang tidak selamanya hidup dengan saudara selalu akur dan damai Ada kalanya sebuah pertengkaran terjadi terlebih ketika masih masa kanak kanak Nah ketika sebuah pertengkaran terjadi biasanya untuk menghindarinya dua saudara i...
Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 371 hits
Tamat sudah aktiviti melancong ke Vietnam 5 hari 4 malam memang awesome Ini kali pertama kali kami sini dan agak kelam kabut dari beberapa segi seperti pemilihan hotel harga barangan Vietnam serta beberapa hal yang perlu kamu ketahui semuan...
Jemaah Menteri Tidak Boleh Bawa Isteri Semasa Lawatan Kurang Tujuh Hari

Jemaah Menteri Tidak Boleh Bawa Isteri Semasa Lawatan Kurang Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 322 hits
nbsp MOHD YUNUS YAKKUB 12 Oktober 2018 5 51 PM SHAH ALAM Jemaah menteri tidak dibenarkan membawa pasangan mereka sekiranya melakukan lawatan kerja kurang daripada
Kasih Seorang Bapa Kembara Selama 18 Tahun Untuk Cari Anak Hilang

Kasih Seorang Bapa Kembara Selama 18 Tahun Untuk Cari Anak Hilang

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 374 hits
Lelaki Ini Kembara Selama 18 Tahun Untuk Cari Anak Hilang Seorang bapa berusia 45 tahun yang berasal dari China Guo Gantang sanggup menghabiskan masa selama 18 tahun di jalanraya demi mencari anak lelaki yang telah hilang semenjak 21 Septem...
Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

Kisah Rasulullah Menjadi Halimunan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1021 hits
Assalamualaikum w b t BismillahirahmanirahimPada suatu hari Rasulullah S A W mengumpulkan kaumnya dan baginda berkata Aku adalah utusan Allah kepada kamu sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih oleh itu selamatk...
Azmin Pm Sahaja Bawa Isteri Kurang Tujuh Hari Ke Luar Negara

Azmin Pm Sahaja Bawa Isteri Kurang Tujuh Hari Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 499 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggota jemaah menteri dibenarkan membawa pasangan masing masing sekiranya lawatan kerja itu melebihi tujuh hari Foto oleh Azinuddin Ghazali Projek MMSHAH ALAM 12 Okt Kabinet memutuskan untuk tidak membe...
Selama 19 Tahun Brader Tak Bayar Saman Trafik Rm8 730 Fuiyyo

Selama 19 Tahun Brader Tak Bayar Saman Trafik Rm8 730 Fuiyyo

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 455 hits
Star Online verified summonses were that of Anwar Social activist Anwar has 57 unpaid police summonses totalling RM8 730Mujahidin Zulkiffli said summons go back to February 1999also include period Anwar jailed April 99 Sept 04 and Feb 15 to...
5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 464 hits
Tak lama dah nak cuti sekolah lagi Masa ni berebut rebut lah mak ayah tengah cari pakej pakej ataupun tempat percutian menarik cuti sekolah untuk bawa ahli keluarga Family time la katakan Sama macam aku jugak cuti sekolah adalah waktu terba...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma