Kisah Kena Denda Di Zaman Sekolah
Hi peeps..........
Pagi Sabtu (minggu ke-3 di bulan September).
My buddy text me pagi tadi dalam jam 4.00 lebih....Dia risau sebab last week dia tuang kelas. Maybe dia risau kne denda berdiri atas kerusi sebab xdatang kelas. Hahaha..... Me reply mesej my buddy after me bangun la. Lewat sikit. Kelas Me hanya sekali atau 2 dalam sebulan. Nampak macam seronok je kan. Dalam semester hanya lima kali datang kelas. Tapi in between tu punya la banyak assignment yang dapat dari pensyarah.
Bila diingatkan balik.....Me penah rasanya kne denda diri atas kerusi. Masa sekolah rendah tak silap. Masa sekolah menengah ada kene denda jugak tapi xde la kena berdiri atas kerusi, just kena berdiri dalam kelas samapi kelas abis dan penah juga kena ketuk ketampi. Tapi berjemaah la. Hahaha..Both tak ingat kenapa kitaorg kene denda. Kene cubit dengan cikgu pun ada jugak masa sekolah menangah. Sebab masuk kelas lewat lepas rehat. Tu pun sebab temankan assistant monitor antar barang dekat kelas lain. Oh yeee....Me dengan beberapa orang kawan penah juga kena denda berdiri reramai kt badminton court sebab tak pergi surau solat asar masa di sekolah agama/petang. Tengah panas terik kena berdiri tu, kena lagi lecture dengan ustazah. Memang berpeluh-peluh dibuatnnya. Itu pun baru first time buat jahat dah kene tangkap. Hahahaha...
Satu perkara yang Me xfaham.
Me sekolah di sekolah yang ada asrama. Dalam kelas Me ramai jugak kawan yang duk asrama. Selalunya yang tido dalam kelas adalah mereka yang duduk di asrama. Xtau nape dorang ni ngantok dan nape tak cukup tido. Tapi xpenah plak kantoi. Nak dijadikan cerita, dalam kelas geografi Me cuba la nak tido. Kantoi plak. Kene basuh jep lepas tu duk tegak je dalam kelas. Me ada niat nak duduk asrama, tapi my dad cakap masa nk daftar masuk tu cikgu cakap asrama dah penuh. (Me rasa my dad buat cerita je. Sebab tak nak Me duduk asrama kot sebab sekolah takde la jauh sangat dari rumah).
Denda ketuk ketampi
Denda berdiri di perhimpunan
Denda pial telingaTapi nak cakap, zaman sekolah memang banyak pengalaman kena marah dan kena denda. Tapi masa tu xde pun ibubapa yang buat komplen or pape. Kalau kena denda kat sekolah seboleh-bolehnya tak nak parent tau. Karang tak memasal kena marah lagi. Kat sekolah kena, kat rumah pun kena. Kalau kena marah dengan cikgu memang kecut perut dan memang nak menjawab tu jauh sekali. Lepas kena marah datang jumpa personally dekat cikgu tu minta maaf. Kalau nak banding zaman sekarang dengan zaman terdahulu memang banyak perbezaan. Terlalu banyak!
okeh cukup tu, so today, im sure my buddy tengah dok dalam kelas, Me plak duk di umah ngadap laptop. Tengahari nanti kne bawa my parents ke kenduri kawen. My ofismate's wedding pun hari ni. Xtau nak pegi mana satu dulu or sempat atau tak nak attend both majlis.
So far tu je la aktiviti Me for today.
Tak ada apa yang menarik nak update arini. Cuma semalam cerita yang menggemparkan sikit la. Ketika umat Islam sedang berjemaah solat jumaat di Masjid Negara. Datang sorang mamat ni datang dekat dengan imam dan menampar imam tu yang sedang mengimamkan soalt jumaat... Whattttt????? My buddy bagi link rakaman CCTV kejadian tu. Rasanya video tu dah viral di internet sekarang ni. Mujur tiada sebarang kecedaraan. Cuma mama yang tampar imam tu kne pukul dengan orang sekeliling. Tapi dari yang Me tangok xde nampak pertumpahan darah. Menurut polis, siasatan mendapati suspek kelihatan seakan mengalami gangguan mental kerana dilihat bercakap seorang diri.
Okay, nak bersiap ke kenduri kawen.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://buddiestravelogue.blogspot.com/2015/09/kisah-kena-denda-di-zaman-sekolah.html