Sumbangan Kembali Ke Sekolah Oleh Top Kepada Pelajar Orang Asli


SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH OLEH TOP KEPADA PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA.Assalamualaikum, hai semua. Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa tentang Sumbangan Kembali ke Sekolah Oleh TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana bagi tahun 2020. Bagus kan ada sumbangan macam ni. Dapat jugak meringankan beban dan menceriakan anak-anak  yang memerlukan.


Sumbangan Kembali ke Sekolah oleh TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana.Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli ini telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang eksentif. Sumbangan dari TOP ini  merangkumi pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat senu dan kraftangan serta alat muzik


Selain dari tu, TOP juga telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pendalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan ini murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan yang lengkap, jugak dapat meringankan kewangan keluarga mereka

Kempen ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025(1) yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli dengan kerjasama pihak kerajaan swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan

Menurut kata Ketua Pengarah JAKAO, Prof Dr Juli Edo kempen ini banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli juga memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah

"Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah kepada bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA pada para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru" kata Prof Dr Juli Edo lagi


Untuk info hangpa lagi TOP ni dah menjalanakan kempen ni selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan serta boleh meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Setakat ni, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaat ni taw hangpa. Bagus kan ada kempen macam ni.
Selain tu TOP yang terkenal dengan cucian Micro Clean Tech™ ni dengan rangkaian Anti Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih

TOP jugak telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai kepada kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah


"Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin kepada kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan semua pelanggan. Bersama-sama kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini", kata Cik Ling

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, juga adakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai

"Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan kepada satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati" kata Cik Ling lagi


Selain tu, Tok Batin Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah

"Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilih untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP!" katanya lagi

Selain tu Tok Batin Ayof bin Eka dari Kampung Parot Gong yang jugak seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ni cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya

"Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan senu dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli," katanya lagi

Di bawah ni aku sertakan senarai penerima sekolah Orang Asli, lokasi dan jumlah pelajar:

No.SekolahBilangan Pelajar Orang Asli
 SK Pos Musoh, Perak70
 SK Pos Lemoi, Pahang84
 SK Pos Bersih, Perak147
 SK Putra, Negeri Sembilan110
 SK Pos Tenau, Perak79
 SK Sg Mas, Pahang79
 SK Sg Mok, Pahang105Jumlah674
Untuk maklumat lanjut tentang program TOP  ni, hangpa boleh dapatkan di :
Website - www.southeenlion.com.my
No Tel - 1-800-88-0133

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syuhainaatikah.com/2020/02/sumbangan-kembali-ke-sekolah-oleh-top.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Pendidikan Negeri Pualu Pinang Siasat Dakwaan Pelajar Bunuh Diri Akibat Tekanan Di Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Pualu Pinang Siasat Dakwaan Pelajar Bunuh Diri Akibat Tekanan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 518 hits
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah Pengarahnya Abdul Rashid Abdul Samad berkata pihaknya sedang...
Berkelahi Dengan Teman Sekolah Pelajar Smp Di Dairi Tewas Kena Tendangan Lutut

Berkelahi Dengan Teman Sekolah Pelajar Smp Di Dairi Tewas Kena Tendangan Lutut

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 579 hits
Samuel Pandapotan Nainggolan pelajar kelas 9 SMP HKBP Sidikalang meninggal dunia dalam duel tangan kosong dengan teman satu sekolahnya Santoso Ompusunggu Rabu Samuel terkena tendangan lutut khas seni bela diri Muay Thai di bagian ulu hati S...
Bajet Gengster Tunggu Polis Datang Kutip Kau Netizen Bengang Pelajar Dilempang Pembuli Di Sekolah

Bajet Gengster Tunggu Polis Datang Kutip Kau Netizen Bengang Pelajar Dilempang Pembuli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 539 hits
Kurang ajar weh demikian reaksi netizen yang kebanyakannya geram melihat seorang pelajar membuli mangsanya di dalam kelas Video kes buli itu kini sedang tular di media sosial dan tidak diketahui lokasinya secara tepat Namun berdasarkan perc...
Lewat Datang Sekolah Pelajar Dihukum Solat Dhuha

Lewat Datang Sekolah Pelajar Dihukum Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 679 hits
Gambar HiasanTiba tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp Bergenang pula kelopak mata ni Katanya pelajar pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran pe...
Kpm Arah Siasatan Kes Murid Gantung Diri Akibat Tekanan Oleh Guru Di Sekolah

Kpm Arah Siasatan Kes Murid Gantung Diri Akibat Tekanan Oleh Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 503 hits
BUKIT MERTAJAM Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini membunuh diri kerana tekanan di sekolah Pengarah JPNPP Abdul Rashid Abdul S...
Seorang Pelajar Sekolah Dibuli Sehingga Menangis

Seorang Pelajar Sekolah Dibuli Sehingga Menangis

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 461 hits
Sumber Gambar Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni Baru baru ini telah tersebar satu video seorang pelajar sekolah dibuli di SMK Anderson Ipoh Video yang dirakam oleh salah seorang pelajar di kelas tersebut menunjukkan mangsa menangi...
Ilo Peran Perempuan Indonesia Akan Tergantikan Oleh Teknologi Digital

Ilo Peran Perempuan Indonesia Akan Tergantikan Oleh Teknologi Digital

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 244 hits
Organisasi Buruh Internasional di bawah naungan PBB memperkirakan 56 persen pekerja menghadapi risiko tergantikan oleh otomatisasi di Indonesia
Jangan Tembak Pembawa Utusan Rekod Rekod Yang Didedahkan Oleh Sprm Adalah Untuk Kepentingan Awam

Jangan Tembak Pembawa Utusan Rekod Rekod Yang Didedahkan Oleh Sprm Adalah Untuk Kepentingan Awam

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 361 hits
By Feb 2020MACC chief Latheefa KoyaPada 8 Januari 2020 pada satu sidang akhbar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiarkan rakaman sembilan perbualan rahsia Rakaman tersebut dikatakan adalah perbualan antara pegawai kerajaan yan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri