Kisah Iktibar Buat Yang Bahlol






 Seorang lelaki diamanahkan untuk menjaga 3 orang kanak-kanak yang berusia 10 tahun. Setiap bulan lelaki itu diberi peruntukan sebanyak RM10k untuk perbelanjaan 3 kanak-kanak tersebut seperti makan minum, pakai dan persekolahan mereka.


Lelaki itu tidak culas dalam memberikan keperluan kanak-kanak di bawah jagaannya. Makan, pakai semua terjaga. Tetapi dalam diam, dia ambil RM5k dari peruntukan itu untuk kegunaan sendiri tanpa diketahui oleh kanak-kanak tersebut.


Apabila kanak-kanak itu mahukan sesuatu selain makan dan pakaian, beg sekolah baharu misalnya, lelaki itu akan suruh kanak-kanak itu bekerja seperti ambil upah basuh kereta atau jual kuih. Daripada duit yang dikumpul itu nanti barulah dia belikan apa yang kanak-kanak itu minta.


Dalam masa yang sama, sejumlah RM5k daripada peruntukan kanak-kanak tersebut terus masuk ke dalam poket lelaki itu dan dibelanjakan. Sekarang, soalannya adalah, adakah kanak-kanak itu tidak berhak untuk berasa marah kerana sebahagian dari peruntukan mereka diambil oleh lelaki itu?


Bergantung, sebenarnya. Bergantung di mana kisah ini berlaku. Kalau berlaku di Malaysia, maka mereka tak berhak marah kerana lelaki itu, walaupun telah mencuri duit mereka, tetap dikira berjasa kerana telah jaga makan pakai mereka. Betul ke?


Kisah ini hanyalah kiasan. Kisah ini hampir sama dengan apa yang berlaku dalam kes Najib. Kerana ada sesetengah orang berkata, sungguh pun Najib mencuri, tapi dia berjasa kepada rakyat. Sedangkan itu bukan jasa sangat pun. Najib hanya jalankan tugasnya. Bahkan seperti lelaki dalam contoh ini, tugas yang dijalankan tidak sempurna.


Lelaki itu suruh 3 kanak-kanak itu cari duit untuk dapatkan sesuatu. Sedangkan kalau lelaki itu tidak songlap separuh dari peruntukan yang diberikan, kanak-kanak itu boleh dapat apa yang mereka mahu tanpa perlu lakukan kerja apa-apa.


Begitu juga Najib. Memang dia ada beri wang tunai kepada rakyat. Tapi dia dapatkan duit itu dengan mengenakan cukai yang tidak munasabah kepada rakyat. Harga petrol dan barangan asas yang lain naik. Walaupun diberikan wang tunai, hidup rakyat tetap terhimpit kesan cukai yang dikenakan.


Sedangkan, kalaulah Najib tak sakau duit negara, dia jalankan tugasnya dengan penuh amanah, duit yang dia curi boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat seperti subsidi dan juga pelaburan lain yang boleh mengukuhkan serta menstabilkan ekonomi.


Jadi apa yang berjasanya Najib kepada rakyat? Tak ada pun. Najib sebaliknya berhutang kepada kita. Nampak macam dia bantu tapi sebenarnya dia tak jalankan tugas sepenuhnya. Sebab apa yang rakyat boleh atau patut dapat, jauh lebih banyak daripada apa yang dia beri dan buat.


Kebajikan kita dicuri oleh Najib. Amat malang ada sesetengah manusia yang tak sedar diri mereka dirompak di siang hari. Bahkan dipujinya pula sang perompak. Unik sungguh rakyat Malaysia.


Difikirkan semula, memang Najib suka kalau rakyat kekal miskin. Kerana mahu wujudkan dependency syndrome. Rakyat susah, dia hulur duit kemudian rakyat akan rasa terhutang budi kepadanya. Dan nampaknya strategi itu berjaya. Hinggakan ada yang masih menyokong Najib walaupun jelas dia dibuktikan mencuri dana rakyat.


Kalau nak anggap Najib berjasa pun, terpulanglah. Nak kenang sampai bina tugu Najib di hadapan rumah pun, lantaklah. Tapi satu je. Jangan sampai halalkan perbuatan jahat yang dia telah lakukan. Salah tetap salah tak kira siapa pun yang lakukan. Berfikirlah dengan akal waras yang dipandu oleh iman. Guane boh?


 
Raja Gelap






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/kisah-iktibar-buat-yang-bahlol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Yang Mesti Korang Baca

Kisah Yang Mesti Korang Baca

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum hai semua Selamat petang Cikla nak share sebuah kisah teladan yang best dan wajib korang baca untuk ambil iktibar Jom baca sampai habis Kisah Nabi dengan buah limau Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kaf...
Kisah Ngeri Skandal Projek Rm6 Bilion Lcs

Kisah Ngeri Skandal Projek Rm6 Bilion Lcs

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 553 hits
Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir dibentangkan seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya bertanya Apakah perasaan anda Saya jawab Kami telah mengadakan 10 prosiding dengan satu lawatan tapak ke limbun...
Kisah Mudah Lsc Sakaw

Kisah Mudah Lsc Sakaw

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 463 hits
Cerita nya camnie Sales Agent datang bawa proposal jual 4 x 4 Dia bawa spec Dan harga Raptor Bila dah setuju antar order 6 biji Tetiba agent kata nak hantar HiLux TAPi masih harga Raptor Bayar duit utk 4 biji dulu TAPi deliver lambat sikit ...
Kisah Dato Harun Berlainan Dari Kes Anwar Ibrahim Walau Terpenjara Beliau Masih Punya Penyokong Yang Setia

Kisah Dato Harun Berlainan Dari Kes Anwar Ibrahim Walau Terpenjara Beliau Masih Punya Penyokong Yang Setia

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 244 hits
RECUSE Dulu nak khabor la Kes Rasuah Dato Harun Idris bekas Menteri Besar Selangor Kena dua tuduhan rasuah satu terima RM250k daripada Bank satu lagi tuduhan seleweng RM8juta ketika dia jadi Pengerusi Bank Rakyat Masa jatuh hukum beliau dip...
Hiburan Mengancam Betul Ruhainies Risteena Buat Video Bersama Tapi Netizen Kisah Benda Lain Pula

Hiburan Mengancam Betul Ruhainies Risteena Buat Video Bersama Tapi Netizen Kisah Benda Lain Pula

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 292 hits
Pelakon kecil molek baru baru ini ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama kakak pelakon Risteena sedang berjalan jalan di suatu tempat Tampil ceria kedua duanya Ruhainies dan Risteena sememangnya dikenali dengan keakrab...
Video Saya Rindu Ayah Saya Cikgu Ramai Seb4k Baca Kisah Pelajar Yang Baru Kehilangan Ayahnya Minggu Lalu

Video Saya Rindu Ayah Saya Cikgu Ramai Seb4k Baca Kisah Pelajar Yang Baru Kehilangan Ayahnya Minggu Lalu

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 230 hits
Pemerg1an insan tersayang yang pergi buat selama lamanya adalah pengalaman pahit dan sedih buat semua orang Tetapi itulah hakikat kehidupan iaitu setiap yang bernafas mesti akan pergi tidak kira cepat ataupun lambat kerana itulah lumrah keh...
Kegagalan Lcs Adalah Suatu Kisah Ngeri Pengerusi Pac

Kegagalan Lcs Adalah Suatu Kisah Ngeri Pengerusi Pac

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 257 hits
Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir dibentangkan seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya bertanya Apakah perasaan anda Saya jawab Kami telah mengadakan 10 prosiding dengan satu lawatan tapak ke limbun...
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian

Liga Super Tfc Jinakkan Penang Fc 3 0

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Adakah Saya Atau Fatima Menyondol Suaminya Difitnah Orang Terdekat Fazura Luah Rasa Terkilan

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis