Kisah Eman Manan Abdul Hadi Kita Kekal Muafakat Insya Allah



\
HALAMAN HIBURAN
Eman Manan, Ayah Chik dan Atas Tol


KATANYA nama itu diberikan oleh Datuk Rahim Razali. Menggabungkan Embong, Darul Iman dan Manan. Di Kampung Atas Tol, beliau dikenali sebagai Manan oleh rakan-rakan lama beliau. Sememangnya beliau pandai bersilat, bukan dibuat-buat untuk lakonan. Amat diingati akan gerakan lincah beliau dalam penampilan pertama filemnya, Matinya Seorang Patriot pada tahun 1984. Orang Atas Tol dikatakan berpusu-pusu memenuhi pawagam. Berulang kali menonton, tanpa jemu. Di belakang beliau, majoriti saudara maranya adalah penyokong kuat Umno. Saudara dekatnya Allahyarham Mazlan Awang adalah bekas ADUN Bukit Payong mewakili BN. Rata-rata penduduk sekitar itu adalah Umno. PAS kurang kuat di situ. Tetapi agak lucu kerana adiknya, Ramli yang mengusahakan lembu sado itu adalah penyokong tegar PAS semenjak dahulu.Ketika saya mengikuti pasukan kempen YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi PRU13 pada 2013, ada penduduk Atas Tol yang tidak mahu menyambut sapaan atau kedatangan calon PAS. Kami berjumpa dengan seorang bekas guru. Dari kejauhan, YB sudah memaklumkan kepada saya, guru ini adalah penyokong tegar Umno dan minta saya perhatikan tingkah lakunya.Benar, dia cuba melarikan diri setelah melihat kumpulan kami menghampiri tempatnya. Tetapi tidak berjaya kerana dia terlambat. Dan akhirnya terpaksa dia bersalam dengan Ustaz Mohd Nor secara tergesa-gesa dan kemudiannya pergi. Tetapi bukan semua kawasan dikuasai Umno. Banyak juga PAS Cawangan yang aktif seperti di Kampung Sungai, Kampung Bawah.Apabila Eman balik ke kampung, beliau akan memastikan keadaan kampung selamat dari gejala-gelaja yang tidak bermoral. Ramai rakan-rakannya menyokong usaha itu. Menunjukkan beliau disegani. Setelah BN kalah di Terengganu, beliau dipilih menjadi AJK Umno Marang. Jika tidak salah saya, di bawah Dato’ Abdul Rahman Bakar.Dalam satu program bual bicara Eman bersama RTM, beliau telah berikrar mahu merampas kembali Terengganu dari tangan PAS. Dengan penuh bersemangat, sehinggakan pengacara turut terasa semangatnya. Rupanya benar, beliau tidak berlakon, Dato’ Man Bakar kemudiannya berjaya mengalahkan buat kali kedua Presiden PAS pada tahun 2004 di Marang. Terengganu jatuh kepada BN 28-4.Selepas itu, saya tidak melihat peranan beliau dalam Umno. Mungkin saya terlepas pandang, tetapi nampaknya, kehidupan Eman lebih tertumpu kepada bidang seni. Jadi beliau sering berada di Kuala Lumpur. Sehinggalah PAS kembali memerintah, beliau tidak dikesan dalam radar politik bukan sahaja di Terengganu, malah di Marang juga.




Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pula, mempunyai keluarga yang ramai sebelah ibunya di Kampung Atas Tol. Saya bertanyakan seorang saudara Eman Manan, adakah bertalian juga darah mereka dengan Presiden PAS. Beliau menjawab ya, tetapi jauh. Dengan keluasan pertalian keluarga inilah yang memberikan kelebihan kepada Presiden PAS memenangi Parlimen Marang.Dalam keputusan PRU di Marang, hampir semuanya menunjukkan jumlah undi Parlimen melebihi jumlah yang diperolehi DUN. Contohnya jika YB Ustaz Mohd Nor menang majoriti 600 bagi undi DUN, Presiden PAS mungkin menang 1,000 majoriti khusus di Bukit Payong bagi undi untuk Parlimen. Bermakna Presiden PAS mendapat undi lebih dari kalangan Umno atau atas pagar. Bukan di Bukit Payong sahaja, malah sama kejadian di semua DUN di Marang.Ini jelas menunjukkan rasa hormat kepada Presiden PAS adalah sangat tinggi dalam kalangan rakyat, walaupun tidak menyertai parti beliau. Ianya bukan mudah membina rasa hormat itu. Ia bukan datang dari ‘glamour’ tetapi dari istiqamah beliau dalam memperjuangkan agama Islam semenjak beliau pulang ke tanah air sehingga kini. Ia belum dapat ditandingi kerana beliau diakui alim dalam cabang agama, terutama politik yang sangat penting oleh cendekiawan dunia. Bahkan bangsa Arab juga meminta nasihatnya dalam politik.Apabila mendapat peluang, ramai yang akan cuba mencium tangan beliau, tanda hormat kepada ilmu beliau, bukan kepada dirinya. Eman Manan menunjukkan sikap menghormati yang sama. DS Razif juga sentiasa memeluk beliau ketika bertemu. Ketua Pemuda Umno, Johari Abu Bakar, pada waktu program bersama nelayan di Marang beberapa tahun lalu, turut tidak melepaskan peluang mencium tangan beliau. Foto-foto yang tersebar memberikan gambaran, kita boleh hidup aman damai dengan menghormati antara satu sama lain.Saya secara peribadi melihat kedatangan Presiden PAS ke kandang lembu sado keluarga Eman Manan, yang juga disambut beliau sendiri dan diketahui kecenderungan politik beliau, hanya untuk memberitahu semua Melayu-Islam agar bersatulah di bawah agama Islam. Eman boleh sahaja tidak hadir sebagai protes. Presiden PAS boleh juga memilih kandang lain. Tetapi ia tidak berlaku. Hanya dengan penyatuan di bawah Islam yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenarnya. Kita berpegang kepada tali Allah. Umur mereka berdua berbeza hanya 11 tahun. Kedua-duanya pernah menggegarkan dunia masing-masing pada awal 80-an. Pernah bermusuh atas dasar ideologi yang berbeza, mempunyai pertalian saudara, minat dalam mengusahakan ternakan. Dalam perbezaan itu, kini mereka bersatu di bawah Muafakat Nasional. Manakala persamaan mereka pula menguatkan lagi persaudaraan dari akar yang sama.Rakyat Terengganu perlu melihat akan kesungguhan pimpinan Umno dan PAS yang mahu menjernihkan suasana. Walaupun Eman bukan ikon kepimpinan Umno, namun beliau ada namanya sendiri yang boleh memberikan pengaruh kepada tindakan ataupun sokongan orang ramai. Ini adalah untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Jangan dihiraukan kepada beberapa kerat orang Umno yang berkelakuan seperti PH yang bencikan perpaduan Melayu-Islam itu. Di Kampung Atas Tol ini juga terdapat sebuah warung nasi dagang yang terkenal di tepi perkuburan. Dan di sini juga ketika PRU14, berlaku perebutan mahu menjadi calon PH yang salah seorangnya bekas orang kuat PAS yang kemudian bertukar jersi kepada PAN, dengan calon dari BERSATU. Yang mana akhirnya PH kehilangan deposit. Berebut kuasa semenjak dari dahulu lagi. PAS dan Umno, jauhilah perangai tidak sedar diri PH ini. Kita kekalkan muafakat kita selama-lamanya demi Islam insya-Allah.MOHD NASIR ABDULLAH
2 Julai 2020 – HARAKAHDAILY 2/7/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/kisah-eman-manan-abdul-hadi-kita-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Hadi Tinjau Lembu Sado Milik Eman Manan

Abdul Hadi Tinjau Lembu Sado Milik Eman Manan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 590 hits
Oleh Aziz HambaliMARANG 27 Jun Rutin turun bertemu rakyat bagi ahli Parlimen Marang Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kali ini sedikit istimewa dengan melawat Ladang Lembu Sado yang terletak di Kampung Atas Tol di sini Lebih menarik...
Cari Jodoh Melalui Gantung Poster Akan Kahwin Insya Allah

Cari Jodoh Melalui Gantung Poster Akan Kahwin Insya Allah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 314 hits
Lelaki lelong diri nikah lepas Aidiladha SELEPAS Aidiladha nanti saya akan berkahwin dengan pilihan hati saya kata Nooraziro Abdullah 35 yang sebelum ini menggantung poster untuk mencari jodoh Tindakan tukang rumah dari Kampung Gong Nangka ...
Video Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Ph Kekal Sepasukan

Video Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Ph Kekal Sepasukan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 179 hits
Datuk Seri Anwar memberi jaminan Pakatan Harapan kekal utuh biar pun ada sedikit perbezaan pendapat mengenai cara mengambilalih Kerajaan Persekutuan yang baharu Anwar menegaskan tidak timbul keketapan dengan menolak Tun Mahathir sebagai cal...
Ph Penting Kekal Bersatu Hadapi Pn Lawan Kerosakan Negara

Ph Penting Kekal Bersatu Hadapi Pn Lawan Kerosakan Negara

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 256 hits
Oleh Datuk Seri Ahmad Awang Negara dan Pakatan Harapan sedang berhadapan dengan suasana yang genting dan merisaukan Allah sedang menguji kita dengan satu ujian yang mencabar untuk melihat kejujuran dan kesabaran serta semangat setiakawan an...
Ph Kekal Kerjasama Hadapi Prn Sarawak

Ph Kekal Kerjasama Hadapi Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 267 hits
Meskipun di peringkat nasional keadaan Pakatan Harapan agak sedikit bergolak berikutan isu siapa bakal Perdana Menteri kerajaan PH Plus namun di Sarawak situasinya kekal tenang dan bekerjasama Malah PH Sarawak telah menggariskan beberapa is...
Vertonghen Kekal Di Spurs Hingga Hujung Musim

Vertonghen Kekal Di Spurs Hingga Hujung Musim

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 227 hits
PEMAIN pertahanan Tottenham Jan Vertonghen bersetuju melanjutkan kontraknya sehingga hujung musim ini umum kelab Liga Perdana itu hari ini Pemain kebangsaan Belgium dijadualkan meninggalkan Spurs pada 30 Jun Penjaga gol Michel Vorm yang tur...
Agenda Perundangan Syariah Kekal Jadi Harapan Pas

Agenda Perundangan Syariah Kekal Jadi Harapan Pas

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 206 hits
HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR PAS akan meneruskan langkah ke arah memartabatkan Undang undang Islam melibatkan hudud qisas dan takzir yang telahpun berjaya melalui beberapa proses berkaitan sebelum ini Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Moh...
Amanah Nafas Reformasi Kekal Setia Kepada Anwar

Amanah Nafas Reformasi Kekal Setia Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 191 hits
Dr Muhaimin Sulam ULASAN Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional pada hari Sabtu baru baru ini bermula jam 10 25 pagi dan tamat pada jam 2 35 petang Mesyuarat paling lama setakat ini Dan sudah tiga bulan kami terhalang bermesyuarat ...
Penyokong Liverpool Kekal Tenang Membilang Hari Gemilang

Penyokong Liverpool Kekal Tenang Membilang Hari Gemilang

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 223 hits
MERAK JALANAN Jika ikut perkiraan matematik Liverpool sepatutnya sudah menjulang trofi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi Tetapi malangnya ia hanya satu fantasi dan bukannya realiti Sebaik saja EPL kembali bersambung pertengahan minggu la...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan