Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya 9536



Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya
http://drmaza.com Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sepanjang Ramadhan sehingga kini Syawwal, berbagai soalan dihantar kepada saya berkaitan dengan hukam-hakam itu dan ini. Saya sering katakan, pada asasnya Islam begitu luas dalam soal kehidupan umum atau muamalat, tetapi ketat dalam soal ibadah. 

Ertinya, dalam soal kehidupan Islam membuka pintu keharusan, atau keizinan seluas-luasnya sehinggalah adanya dalil dari al-Quran atau Sunnah yang melarangnya. 

Jika dikaitkan dengan hari raya, maka soalan berhubung dengan hukum menghantar kad raya, atau email raya, membuat ketupat dan rendang, dodol dan lemang, atau kena pakai baju melayu atau jubah dan seumpamanya adakah bid’ah atau dibolehkan?. 

Sudah pasti itu semua termasuk dalam urusan umum kehidupan yang mana kreativiti manusia untuk hidup dan bergembira diberikan ‘lesen’ yang besar oleh Islam selagi tidak melanggar prinsip-prinsipnya seperti membazir, sombong, menyerupai agama lain secara khusus, memudaratkan diri sendiri atau orang lain, menyakiti fizikal atau mental orang secara langsung dan lain-lain prinsip. 

Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal. 

Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan. 

Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya. 

Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam. 

Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini. 

Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!. 

Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s.. 

Berbagai-bagai upacara baru dalam gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta. 

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3).

Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):“Sesiapa yang mengadakan-adakan perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Main Mercun

Ada yang bertanya saya tentang hukum main mercun. Sebenarnya main mercun pada hari raya bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang mesti dijelaskan. 

Pertama sekali, tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya. 

Jika kepercayaan ini ada, ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. 

Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat. 

Kedua, permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram. 

Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. 

Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.

Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya. 

Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.

Nabi s.a.w menyebut dalam hadis: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.

Kisah Malam Raya

Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. 

Kononnya fadhilatnya begitu hebat. Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan. 

Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan. 

Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Puasa Enam

Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. 

Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh. 

Kesimpulan dari jawapan saya dalam Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis. 

Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”. 

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. 

Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. 

Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. 

Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan. 

Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah. 

Shamsul Rahman Mohamed Kutty · Universiti Teknologi Petronas 
Adakah amalan duit raya ni harus di tinggalkan? atau boleh di amalkan ustaz?
Mohd Ali Tajuddin
http://drmaza.com/home/?p=1220

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak. 

Mizu Dean · Works at Akademi binaan malaysia (cidb)
kkkikkkkkkk
Liana Suhaimi · Works at MaKAN tIDo MaKan TiDO sDn. BhD ·
mengapa kebnyakn org tidak berapa galak untk bertakbir hari raya sebelum atau selepas bulan syawal?
Mohd Masri Mohd Ramli · Top Commenter · Corporate Affair Officer, Corporate Social Responsibility Unit (CSR) at Al-Ikhsan Fan ·

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ ".

Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput untuk makan, sedangkan dia berpuasa. Hendaklah dia berkata, sesungguhnya aku berpuasa.. [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Orang Yang Puasa Di ajak makan, no: 1947].

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ فَلْيُجِبْ ، فَإِنْ شَاءَ طَعِمَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ ".

Jabia ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput untuk makan, penuhilah jemputan itu. Jika engkau mahu, engkau makan, jika tidak, tinggalkan (tidak perlu makan). [Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Suruhan Memenuhi Jemputan: 2591.

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ ".

Abu Hurairah ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang kamu dijemput, penuhilah jemputan itu. Jika berpuasa, maka doakanlah (kepada tuan rumah), jika tidak puasa, makanlah. [Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Suruhan Memenuhi Jemputan:2592].

عن أبي سعيد قال " دعا رجل إلى طعام ، فقال رجل : إني صائم ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : دعاكم أخاكم وتكلف لكم ، أفطر وصم يوما مكانه إن شئت ".

Abu Said al-Khudri ra berkata: Seorang lelaki menjemput untuk majlis makan. Berkata seorang lelaki: Sesungguhnya aku puasa. Lalu berkata nabi saw: Saudara kamu telah menjemput kami, dan telah bersusah payah untuk kamu. Berbukalah, dan puasalah pada hari lain sebagai ganti jika engkau mahu. [AT-Thabrani di dalam al-Awsat. 

Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Sanadanya terdapat perawi dhaif, tetapi hadis ini mempunyai penguat (Fathul Bari:Kitab Nikah, Bab Memenuhi Jemputan Kahwin dan Selainnya, 4884

Berkaitan:

http://peceq.blogspot.com/2013/07/1131-tidak-halal-bagi-seorang-muslim.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/kisah-dan-hukum-pada-musim-raya-9536.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kritik Soal Banjir Hotman Paris Bandingkan Wibawa Hukum Indonesia Dengan Singapura

Kritik Soal Banjir Hotman Paris Bandingkan Wibawa Hukum Indonesia Dengan Singapura

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 179 hits
Pengacara kondang Hotman Paris Hutapea mengungkapkan keprihatinannya karena hujan deras yang mengguyur Jabodetabek dari Selasa sore kemarin hingga hari Rabu membuat sebagian wilayah terkena dampak banjir
Mufti Wpkl Jawab Hukum Pertandingan Tampar Muka

Mufti Wpkl Jawab Hukum Pertandingan Tampar Muka

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 271 hits
Mungkin dianggap pelik dan dahsyat namun menampar muka dijadikan sebagai sukan di luar negara terutamanya di Rusia yang memperlihatkan berlakunya pertarungan yang sengit di antara kedua dua pencabar Perkara itu menarik perhatian netizen di ...
Kapal Asing Curi Ikan Ri Desak China Jelaskan Dasar Hukum Batas Laut Di Natuna

Kapal Asing Curi Ikan Ri Desak China Jelaskan Dasar Hukum Batas Laut Di Natuna

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 245 hits
Pemerintah RI melalui pernyataan Kementerian Luar Negeri kemarin kembali menegaskan Indonesia dengan tegas menolak klaim historis China atas ZEEI
Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 340 hits
SOALAN Adakah boleh digunakan lafaz istirja pada makhluk lain selain orang Islam contohnya orang kafir dan juga haiwan haiwan Mohon pencerahan JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu d...
Hukum Perempuan Naik Lif Sendirian Dengan Lelaki Ajnabi 2 Situasi Menurut Mufti

Hukum Perempuan Naik Lif Sendirian Dengan Lelaki Ajnabi 2 Situasi Menurut Mufti

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 312 hits
Pernah alami situasi menaiki lif berdua duaan dengan lelaki dan perempuan sahaja tanpa orang lain Hal ini mungkin sering kali berlaku kepada mereka yang menghuni di kediaman pencakar langit dan memiliki waktu bekerja pada lewat malam atau d...
Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 264 hits
SOALAN Saya bekerja di syarikat pest control Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja kerja pembasmian makhluk perosak di gereja dan pekerja saya semua Muslim Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawai...
Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah

Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 362 hits
SOALAN Semasa saya mengerjakan tawaf ketika umrah keadaan saya berdekatan dengan Kaabah Bolehkah saya pegang dinding Kaabah ketika tawaf JAWAPAN Tawaf merupakan salah satu daripada rukun haji dan umrah Terdapat pelbagai jenis tawaf seperti ...
Hukum Harta Bayi Yang Meninggal Dunia

Hukum Harta Bayi Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 282 hits
SOALAN Anak saya yang berusia 2 bulan baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas Semasa hayatnya arwah ada menerima hadiah berupa wang sewaktu kelahirannya semasa hari raya juga sedekah selepas meninggal daripada saudara mara dan kenalan ka...
Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 508 hits
SOALAN Saya tinggal dan bermastautin di Subang Jaya tetapi bekerja di Putrajaya Adakah dibolehkan untuk saya solat Jumaat di masjid kariah lain JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai orang orang yang beriman Apabila diserukan az...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner