Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah



SOALAN:
Semasa saya mengerjakan tawaf ketika umrah keadaan saya berdekatan dengan Kaabah. Bolehkah saya pegang dinding Kaabah ketika tawaf?

JAWAPAN:
Tawaf merupakan salah satu daripada rukun haji dan umrah. Terdapat pelbagai jenis tawaf seperti Tawaf Ifadhah, Tawaf Umrah, Tawaf Wida’ dan selainnya.

Menurut istilah syarak, tawaf melakukan pusingan mengelilingi al-Bait al-Haram. Ibadah tawaf dilakukan dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan berserta rukun dan wajibnya. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.” (Surah al-Hajj: 29)

Syarat-Syarat sah Tawaf

Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:

1. Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf seperti mana syarat sahnya solat.

2. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat.

3. Kedudukan Kaabah mestilah di sebelah kiri.

4. Permulaan ibadah tawaf bermula dari Hajar Aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di Hajar Aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya.

5. Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.

6. Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.

7. Mestilah diluar kawasan Kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan Kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)

Tawaf di Luar Kawasan Kaabah

Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan Kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan Kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)

Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan: “Mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan Kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding Kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara Kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)

Ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.Anha, sabda Nabi SAW:

صَلِّي فِي الْحِجْرِ إِذَا أَرَدْتِ دُخُولَ الْبَيْتِ فَإِنَّمَا هُوَ قِطْعَةٌ مِنَ الْبَيْتِ
“Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (Kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah).” [Riwayat Abu Daud (2028)]

Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan Kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan Kaabah.

Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: “Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan Kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan Hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan Kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya.” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang Kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang Kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan Kaabah.

Ini seperti yang dinyatakan di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah bahawa tidak sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan Kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-pegang-kaabah-ketika-tawaf-umrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Minta Kembali Cincin Dan Gelang Hantaran Ketika Bercerai

Hukum Minta Kembali Cincin Dan Gelang Hantaran Ketika Bercerai

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 389 hits
SOALAN Apa hukumnya suami minta semula cincin dan gelang yang telah diberi dipakaikan ketika akad nikah semasa perceraian Duit maskahwin telah diberi asing mengikut kadar ketetapan negeri Apakah status pemberian barang kemas tersebut Bukank...
Wanita Maut Rentung Dalam Rumah Dipercayai Telefon Meletup Ketika Dicas Waktu Tidur

Wanita Maut Rentung Dalam Rumah Dipercayai Telefon Meletup Ketika Dicas Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 659 hits
Seorang wanita rentung dalam kebakaran apabila telefon bimbit yang sedang dicas dipercayai meletup ketika tidur Perkara tersebut menyebabkan rumah kayu yang didiaminya musnah dijilat api Ketika kejadian dia dikatakan sedang tidur bersama su...
Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak

Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 474 hits
Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak Majoriti besar daripada anda semua mesti pernah mengisi kereta ataupun motosikal di pam minyak seperti di Shell dan Petronas kan Mengisi minyak dalam k...
7 Makanan Yang Seharusnya Di Hindari Ketika Perut Kosog

7 Makanan Yang Seharusnya Di Hindari Ketika Perut Kosog

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 546 hits
Sebelum menjalani aktiviti kebanyakan orang mengambil makanan terlebih dahulu Namun jangan mengambil makanan sesuka hati Seperti dikutip dari web GeniusBeauty ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong 1 PisangBu...
Ketika Hendak Sujud Sahwi Apakah Kita Harus Niat

Ketika Hendak Sujud Sahwi Apakah Kita Harus Niat

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 208 hits
Selain dua sujud dalam setiap rakaat shalat terdapat pula sujud yang dilakukan di akhir shalat sebelum salam karena sebab tertentu yaitu yang disebut dengan sujud sahwi Ketika kita hendak melakukan dua sujud shalat dalam setiap rakaat kita ...
Begini Cara Cegah Munculnya Biduran Ketika Suhu Udara Menurun

Begini Cara Cegah Munculnya Biduran Ketika Suhu Udara Menurun

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 339 hits
Memakai pelembap dapat mencegah timbulnya biduran Ketika memakai pelembap sel kulit akan lebih tebal kuat dan tidak mudah iritasi sehingga kamu akan terbebas dari biduran
Otak Dibersihkan Ketika Tidur

Otak Dibersihkan Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 209 hits
Manusia mungkin tahu betapa pentingnya tidur pada waktu malam namun para saintis masih tidak tahu mengapa Kini para penyelidik dari University of Rochester di New York mengemukakan satu teori baru Teori ini dikemukakan hasil kajian mereka k...
Maut Ketika Bermain Papan Selaju

Maut Ketika Bermain Papan Selaju

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 231 hits
SEORANG remaja Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid dilaporkan maut semasa bermain papan selaju di Townsville Queensland Australia Ibu remaja berusia 16 tahun itu yang dikenali sebagai Natasha ketika dihubungi Bernama pagi ini mengesah
Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Buku Kecil Ramadan Panduan Ramadan Puasa Dan Tarawih

Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Datuk Dan Cucu Dilanggar Warga Asing Yang Memandu Laju Meninggal Di Tempat Kejadian

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raikan Makan Malam Bersama Dapur Sambal

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

T24d22 Aidan Wheezing Tengah Malam

Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Drama Haluan