Kini Mohon I Lestari Tanpa Daftar I Akaun Kwsp
Hai rakyat Malaysia, ada berita baik buat anda. Bagi anda yang tiada i-akaun(ahli) untuk memohon i-Lestari, kini KWSP telah menyediakan satu web khas untuk anda. Cara ini sangat cepat serta mudah dan selamat.
Apa itu i-Lestari?
i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
Jumlah maksimum RM50 dan maksimum RM 500 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Syarat- syarat i-Lestari
Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.Amaun yang layak dikeluarkan
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut
Cara - cara Memohon i-Lestari Tanpa mendaftar di i-Akaun(ahli)
Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti. Langkahnya adalah;
Langkah 1layari laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/Langkah 2klik permohonan baru
Langkah 3 & 4Lengkapkan borang dan pastikan yang bertanda * wajib di isi. Anda juga harus memasukkan nombor akaun bank milik anda sendiri.tandakan di bahagian terma & syarat
Langkah 5Pastikan permohonan anda tepat dan muktamad. Kemudian klik HANTAR
Langkah Terakhir
taraaaaa!!!! Permohonan anda berjaya dihantar.
Cara semak permohonan | LULUS ATAU GAGAL
Anda akan mengetahui permohonan anda lulus atau gagal dalam masa 2 hari. Bagaimana hendak menyemaknya
Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang anda telah daftar. Kemudian klik "Saya bukan robot" dan Semak.
Status Permohonan akan keluar dan sekaligus memberitahu sama ada anda lulus atau gagal.
Bagaimana? Senang bukan cara nak memohon dan semak. Tunggu apa lagi. Jom Mohon sekarang!!!!
sumber : KWSP
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahrissaziela.com/2020/04/kini-mohon-i-lestari-tanpa-daftar-i.html