Sarawak Pay Cara Daftar Register Login Akaun Spay Global
SARAWAK PAY:CARA DAFTAR REGISTER LOGIN AKAUN SPay GLOBAL
Adakan anda telah daftar Sarawak Pay?Berikut adalah perkongsian tentang cara daftar,register & login Sarawak Pay.
Kepada penerima Bantuan BKSS 6.0,anda digalakkan untuk mendaftar bagi memudahkan urusan pembayaran.
APA ITU SARAWAK PAY?
Sarawak Pay adalah inisiatif sebagai salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sarawak.
Aplikasi ini membolehkan anda menyimpan wang anda secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang secara digital, dan mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill), meminta pembayaran dari rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan dan banyak lagi.
CARA DAFTAR AKAUN PENGGUNA SARAWAK PAY
Muat turun aplikasi SarawakPay seperti pautan di bawah :
Untuk pengguna android : http://bit.ly/sarawakpayandroid
Untuk pengguna apple : http://bit.ly/sarawakpayiOS
Anda boleh daftar terus di aplikasi SarawakPay. Hanya perlu masukkan maklumat seperti :
Nama penuh
No Kad Pengenalan (Untuk tujuan pengesahan)
Alamat emel yang sah
No telefon yang sah
Anda dibenarkan mendaftar ID anda HANYA SEKALI.
Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, anda perlu menggunakan ID tersebut. Ini kerana pengguna Sarawak ID sudah didaftarkan sebagai pengguna SarawakPay. *Bagi mereka yang sudah mendaftar e-Recruitment, anda dikira sudah mempunyai Sarawak ID.
Jika anda mempunyai masalah pendaftaran Sarawak ID (lupa kata laluan, ID, dll.), anda boleh layari PAUTAN INI.
CARA DAFTAR AKAUN PENIAGA SARAWAK PAY
Berikut adalah cara bagaimana untuk mendaftar akaun SarawakPay sebagai perniagaan:
CARA DAFTAR AKAUN SARAWAK PAY(Pemilik Milikan Tunggal)
Anda hanya perlu mendaftar melalui aplikasi SarawakPay. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari
Playstore ( Android ) : http://bit.ly/sarawakpayandroid
App Store ( Apple ) : http://bit.ly/sarawakpayiOS
Di aplikasi Sarawak Pay, pilih ‘Merchant Account’ dan terus isikan borang pendaftaran.
Sediakan dokumen sokongan
(a) Kad Pengenalan
(b) Lesen Perniagaan
(c) Gambar premis perniagaan
(d) Alamat e-mel yang sah dan emel ke :
[email protected]
Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak SarawakPay untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay anda.
Setelah pendaftaran anda berjaya, KOD QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran.
CARA DAFTAR AKAUN SARAWAK PAY (Syarikat Persatuan Organisasi)
Muat turun dan isikan borang aplikasi SarawakPay yang boleh didapati di : Klik di sini untuk daftar SarawakPay
Lampirkan dokumen sokongan seperti :
(a) Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / Borang SSM yang terkini (butir-butir pengarah), Borang 9, Lesen Perniagaan, dan penyata bank yang terkini
(b) Milikan tunggal/Perkongsian – ekstrak pendaftaran nama perniagaan, sijil pendaftaran, lesen perniagaan dan penyata bank yang terkini
(c) Salinan IC pemilik perniagaan, rakan kongsi, ataupun pengarah syarikat
(d) Logo syarikat beserta 1 atau 2 gambar perniagaan anda.
Hantarkan permohonan anda ke :
[email protected]
Sarawak Pay akan menghubungi anda melalui e-mel setelah permohonan anda berjaya.
Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Sarawak Pay di : 1-300-88-7246.
MUAT TURUN APLIKASI SARAWAK PAY
Anda boleh memuat turun aplikasi Sarawak Pay di Google Play Store untuk Android atau App Store di IOS.
Playstore ( Android ) : http://bit.ly/sarawakpayandroid
App Store ( Apple ) : http://bit.ly/sarawakpayiOS
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar:
Setelah memuat turun aplikasi, tekan New User Registration
Pilih warganegara anda (antara warganegara Malaysia atau Others)
Isi borang pendaftaran yang dipaparkan
Isi nombor telefon peribadi anda sebagai pengesahan
Tetapkan 6 digit pembayaran pin
Setelah selesai, anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat pembayaran anda!
Terma dan Syarat
Welcoming Reward hanya eksklusif untuk pendaftaran baru SarawakPay dalam masa 7 hari bekerja setelah pengesahan berjaya.
SNT berhak untuk mengubah, menarik, menangguhkan, memperpanjang atau menghentikan kempen ini sebelum berakhirnya tempoh kempen, sepenuhnya atau sebahagian, pada bila-bila masa. SNT akan menghantar notis perubahan tersebut di www.sarawakpay.gov.my.
Keputusan SNT mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kempen ini adalah muktamad. SNT tidak berkewajiban untuk memberikan alasan apa pun atau membuat surat-menyurat dengan orang lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kempen ini. Tiada rayuan dan / atau surat-menyurat dari mana-mana Pedagang atau Pengguna atau pihak ketiga akan dilayan.
SNT tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima liabiliti apa pun dan bagaimanapun timbul atau dialami oleh Pengguna atau Pedagang dan / atau pihak ketiga yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung dari kempen ini.
SNT berhak untuk mengubah, menambah, menghapus, menangguhkan dan / atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberikan versi terbaru di www.sarawakpay.gov.my.
Terma dan syarat ini akan diatur dan ditafsirkan sesuai dengan undang-undang Malaysia, Pengguna dan Pedagang bersetuju untuk tunduk kepada bidang kuasa pengadilan Malaysia yang tidak eksklusif.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda pertayaan,sila hubungi talian berikut:
1-300-88-7722
[email protected]
The post SARAWAK PAY:CARA DAFTAR REGISTER LOGIN AKAUN SPay GLOBAL appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/sarawak-pay.html