Kim Swee Tidak Setuju Luqman Diserap Terus Ke Skuad Kebangsaan


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menggesa semua pihak bertenang dalam meraikan peningkatan prestasi pemain muda negara ketika ini terutama tonggak skuad B-18, Luqman Hakim Shamsudin.
Cadangan segelintir pihak yang mahu penjaring terbanyak Kejuaraan B-16 AFC 2018 itu terus diserap ke dalam skuad senior kebangsaan sebagai alternatif menguatkan jentera serangan tidak dipersetujui Kim Swee.
Pengendali berusia 48 tahun itu yang pernah membimbing Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, ingin melihat perkembangan prestasi Luqman serta beberapa pemain muda berpotensi negara yang lain secara berperingkat.
“Biar Luqman dan barisan pemain B-18 yang lain melalui kelayakan Kejuaraan B-19 AFC, kita jangan ganggu persiapan mereka kerana ia lebih penting di mana kalau layak ini akan memberi peluang yang lebih baik untuk mereka bersama skuad Sukan SEA sebagai permulaan.
“Saya tak setuju kalau kata Luqman terus pergi beraksi dengan skuad kebangsaan, biar dia naik secara berperingkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di sini, semalam.
Bagi Kim Swee, tumpuan meluas mengaitkan barisan pemain B-18 negara bersama skuad B-22 dan skuad kebangsaan bukan sahaja akan memberi tekanan kepada mereka, tetapi juga akan menjejaskan fokus menjelang pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 di Kemboja bermula 2 Nov ini.
Menurut beliau, kelompok pemain skuad B-18 negara kini merupakan pemain yang bakal bersama skuad B-22 kendaliannya dalam misi mengintai peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
“Saya tahu semua pemain mahu bermain dalam Sukan SEA tetapi kelayakan Kejuaraan B-19 AFC itu perlu menjadi keutamaan di mana skuad B-16 dan B-23 kita telah gagal, jadi sekurang-kurangnya kita mahu satu pasukan negara untuk layak.
“​​​​​​Mereka ini juga akan jadi pemain generasi seterusnya yang akan berjuang dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 jadi kalau mereka layak ke Kejuaraan AFC B-19 2020 ia menjadi platform pendedahan yang sangat bermakna,” tambah Kim Swee.
Luqman merupakan antara 34 pelatih generasi pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah NFDP dan muncul pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga Profesional Belgium, KV Kortrijk.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/23/kim-swee-tidak-setuju-luqman-diserap-terus-ke-skuad-kebangsaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Luqman Hakim Perlu Diserap Ke Senior

Adakah Luqman Hakim Perlu Diserap Ke Senior

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 461 hits
Minggu ini pemain muda negara Luqman Hakim berjaya dinobatkan sebagai salah seorang dari Artikel ini telah menimbulkan persoalan samada Luqman patut atau tidak diserapkan ke pasukan senior kebangsaan apatah lagi selepas kegagalan skuad nega...
Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 615 hits
Diterbitkan Hari ini 12 34 tengahariPolis Diraja Malaysia akan terus menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan susulan jika terdapat sebarang bukti mengaitkan pemimpin DAP dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan Ketua Penolong Pen...
Zamani Terus Memukau

Zamani Terus Memukau

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 227 hits
Usia 48 tahun bukan halangan buat Zamani mempamerkan persembahan cemerlang bagi menghiburkan peminat di Petaling Jaya Selangor baru baru ini Selepas dua minggu mendirikan rumah tangga Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim muncul meneru...
Joker Terus Kuasai Carta Box Office As Tambah 178 7 Juta Dolar Seluruh Dunia

Joker Terus Kuasai Carta Box Office As Tambah 178 7 Juta Dolar Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 368 hits
Walaupun disakiti Joker terus menguasai carta box office Amerika Syarikat apabila menambah 55 juta dolar pada minggu kedua tayangan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan domestik sebanyak 192 7 juta dolar Untuk pasaran antarabangsa filem so...
Digelar Di Kaki Gunung Festival Lembah Ijen Banyuwangi Terus Pikat Wisatawan

Digelar Di Kaki Gunung Festival Lembah Ijen Banyuwangi Terus Pikat Wisatawan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 174 hits
Atraksi ini digelar di sebuah amfiteater terbuka yang berada di Taman Gandrung Terakota di kawasan Jiwa Jawa Resort Kawasan ini berada di ketinggian dataran Banyuwangi tepatnya di Desa Tamansari Kecamatan Licin Banyuwangi yang berada di kak...
Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 521 hits
Kadang kala yang baru pertama kali bergelar ibu tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka Dalam hal ini episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau Kebanyakan kes jahitan terbuka boleh berlak...
Terus Lari Ke Tu Kepala Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Axia

Terus Lari Ke Tu Kepala Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Axia

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 261 hits
Kepala seorang penunggang motosikal nyaris digilis tayar kereta Perodua Axia selepas berlaku kemalangan di antara dua belah pihak Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 40 Selasa 8 Oktober 2019 di Shah Alam motosikal dan kereta itu bergesel...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Binatang Apa Paling Berdisiplin Be Like

Kos Sara Hidup Di Malaysia 2025 Punca Kesan Cara Atasi

Gempar Di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui Di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku

Tips Menjadi Mentua Yang Baik

Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

Semoga Jodohmu Adalah Seseorang Yang Boleh Menjadi Pendamping Hidup Dalam Urusan Agama Dunia Dan Akhirat