Kilang Disyaki Punca Pencemaran Air


KILANG DISYAKI PUNCA PENCEMARAN AIR
KUALA SELANGOR: Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong, hingga menyebabkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan di Lembah Klang.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata siasatan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pula mengesan bau solven yang hampir sama dengan pencemaran di Sungai Gong, awal bulan lalu.
Katanya, tempat pencemaran kali ini berbeza berbanding bulan lalu dan masih awal untuk membuat kesimpulan punca sebenar pencemaran.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil sampel air tercemar dan menghantarnya ke makmal. Cuma kita sedang siasat dari mana punca pencemaran ini.
“Pencemaran kali ini tidak begitu serius, dan kita sudah mengenal pasti dua hingga tiga kawasan kilang yang akan menjadi fokus siasatan.
“Kementerian tidak akan berkompromi dengan pencemar ini dan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, kami yakin boleh mengambil tindakan terhadap penjenayah alam sekitar ini dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian.
Terdahulu, Air Selangor memaklumkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi, susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.
Ditanya sama ada kilang yang disyaki itu beroperasi secara haram, Tuan Ibrahim berkata, kilang yang dilesenkan oleh kementerian biasanya tidak terbabit dengan pencemaran kerana mereka dipantau.
Tuan Ibrahim berkata, pencemaran sungai kerap berlaku waktu tengah malam atau hujung minggu.
Walaupun anggota JAS beroperasi selama 24 jam, katanya, mustahil untuk memantau seluruh sungai sepanjang masa kerana membabitkan kawasan luas serta faktor geografi.
Katanya, kementerian itu memohon peruntukan dalam Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menambah kakitangan serta peralatan, meningkatkan sistem pemantauan dan loji.
“Kita akan menambah kakitangan dan bekerjasama dengan polis. Kita juga mohon peruntukan untuk tambah peralatan, sistem amaran awal serta menambah baik sistem pemantauan dan loji,” katanya. – BH
https://www.youtube.com/watch?v=uYcNEdjIinE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/kilang-disyaki-punca-pencemaran-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

4 Loji Air Sungai Selangor Ditutup 6 Kali Tahun Ini Akibat Pencemaran

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 462 hits
Terbaru 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau Isnin lalu yang menyebabkan 1 196 457 pemegang akaun Air Selangor di 1 292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air SHAH ALAM Empat loji rawatan air dikendalikan Air Se...
Ganjaran Rm20 000 Menanti Pemberi Maklumat Berhubung Pencemaran Air Sungai Selangor

Ganjaran Rm20 000 Menanti Pemberi Maklumat Berhubung Pencemaran Air Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 299 hits
RM20 000 Itulah jumlah yang bakal diterima pemberi maklumat berhubung kejadian pencemaran air Sungai Selangor yang boleh membawa kepada penangkapan pihak berkenaan Perkara itu dimaklumkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri S...
Penjara Mandatori Langkah Cegah Pencemaran Air Mb

Penjara Mandatori Langkah Cegah Pencemaran Air Mb

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 310 hits
SHAH ALAM 21 OKT Hukuman penjara ditetapkan bagi pesalah pencemaran berikutan ia merupakan kesalahan berat kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata hukuman itu akan menjadi faktor pencegahan bagi menghalang mana mana pihak m...
Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

Air Selangor Polis Terima Laporan Pencemaran Di Sungai Kundang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 455 hits
LUAS mengesan pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang ketika pemantauan secara 24 jam dalam Ops Statik Sungai Gong Rawang pada jam 10 45 pagi FOTO ihsan LUAS Shah Alam Polis Selangor sudah menerima laporan daripada Lembaga Urus Air...
Air Laut Pasang Besar Rekod Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Tahun

Air Laut Pasang Besar Rekod Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 402 hits
Fenomena air laut pasang besar di Selangor setakat hari ini direkodkan tertinggi sejak 20 tahun lepas apabila mencatat bacaan ketinggian paras air laut 5 8 meter pada 6 50 pagi tadi Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor nb...
Pendakwah Ebit Lew Sumbang 2 Lori Tangki Air Bantu Rakyat Terjejas

Pendakwah Ebit Lew Sumbang 2 Lori Tangki Air Bantu Rakyat Terjejas

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 342 hits
PETALING JAYA Pendakwah bebas dan dermawan Ebit Lew membeli 2 lori tangki air untuk diagihkan kepada penduduk di Lembah Klang yang terjejas dengan gangguan bekalan air akibat pencemaran bau di Sungai Selangor Katanya beliau keluar rumah sej...
Ebit Lew Sayu Lihat Susahnya Hidup Tanpa Air Sumbang 2 Lori Tangki

Ebit Lew Sayu Lihat Susahnya Hidup Tanpa Air Sumbang 2 Lori Tangki

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 320 hits
Pendakwah dan juga usahawan terkenal Ebit Lew sekali lagi muncul sebagai penyelamat kali ini buat penduduk Selangor yang berdepan masalah bekalan air Ebit Lew melalui hantarannya di Facebook berkata dia membeli dua lori tangki air semalam u...
Isu Air Di Selangor Bila Nak Selesai

Isu Air Di Selangor Bila Nak Selesai

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini pastinya mengundang marah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali dalam temp...
Target Rampung Tahun Depan Bendungan Leuwikeris Siap Pasok Air Baku Di 4 Kabupaten

Target Rampung Tahun Depan Bendungan Leuwikeris Siap Pasok Air Baku Di 4 Kabupaten

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 249 hits
Program pembangunan bendungan di berbagai daerah merupakan upaya Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat untuk mendukung ketahanan air dan pangan di Indonesia
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party