Kilang Biskut Guna Logo Halal Tanpa Kelulusan Diserbu


Oleh NOR AINNA HAMZAH PEGAWAI KPDNHEP Negeri Sembilan dan JHEAINS melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis pembuatan roti dan biskut yang dipercayai mengunakan logo halal Jakim tanpa kelulusan di Taman Seremban Jaya dalam Operasi Penguatkuasaan Halal, dekat Seremban hari ini.SEREMBAN: Sebuah premis yang dipercayai mengunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kelulusan di Taman Seremban Jaya dekat sini diserbu dalam Operasi Penguatkuasaan Halal, dekat sini hari ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan pada pukul 11.15 pagi itu disertai sepasukan empat pegawai dari KPDNHEP Negeri Sembilan diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Tarmimi Rashid dan lima orang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Serbuan dijalankan di sebuah premis pembuatan biskut dan roti yang disyaki menggunakan logo halal Jakim pada produk makanan tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak JHEAINS. 
Menurutnya, tindakan berkenaan adalah hasil daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan JHEAINS selama seminggu. 
“Premis tersebut merupakan sebuah perusahaan pembuatan makanan iaitu biskut dan roti. 
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sijil pengesahan halal untuk produk yang dimiliki oleh perniagaan ini telah digantung pada 23 September tahun lalu dan seterusnya telah ditarik oleh JHEAINS pada 12 Oktober tahun lalu.
“Namun begitu, logo halal JAKIM masih digunakan pada paket-paket pembungkusan produk keluaran perniagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ain Arjuna berkata, sebanyak 687 unit paket produk makanan keluaran perniagaan berkenaan disyaki menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada berkuasa telah disita dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 834.80. 
Menurutnya, kesemua barangan tersebut di sita di bawah Perkara 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Perkara 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011. 
“Jika sabit kesalahan, bagi suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000. 
“Bagi individu, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Tambahnya, pihak KPDNHEP Negeri Sembilan akan terus menjalankan operasi yang sama ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan logo halal pada mana-mana produk makanan dan barang-barang tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa iaitu Jakim dan JHEAINS. 
“Peniaga dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan  oleh KPDNHEP dalam menjalankan perniagaan dan perdagangan masing-masing,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kilang-biskut-guna-logo-halal-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Salah Guna Logo Halal Kali Ini Syarikat Roti Biskut

Lagi Kes Salah Guna Logo Halal Kali Ini Syarikat Roti Biskut

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 370 hits
687 paket produk disita bakal berdepan tindakan undang undang BANGI 23 Jamadilawal 1442H Khamis Kedegilan sebuah syarikat pembuat makanan roti dan biskut di Taman Seremban Jaya Seremban yang disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran Ja...
Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 291 hits
JOHOR BAHRU Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa pada awal bulan ini Tertuduh Rahman Sheik Abdullah 44 dan...
Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 319 hits
Rosol Wahid menafikan laporan mendakwa aktiviti kartel daging haram berlaku hampir 40 tahun KUALA LUMPUR Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok keran...
Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 996 hits
Pada 23 November 2020 portal Sinar Harian mendedahkan kegiatan syarikat ejen fret yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim Kegia...
Pusat Pelacuran Guna Kad Loyalty Untuk Beri Ganjaran Diserbu Polis

Pusat Pelacuran Guna Kad Loyalty Untuk Beri Ganjaran Diserbu Polis

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 255 hits
Serbuan ke atas pusat pusat pelacuran di negara kita sering sahaja dilaporkan di dada dada akhbar dan kebanyakan serbuan ini akan menemukan sekumpulan wanita serta bapa ayam atau individu individu bertanggungjawab menguruskan mereka Tetapi ...
Jakim Perjelas Isu Merry Christmas Di Produk Logo Halal

Jakim Perjelas Isu Merry Christmas Di Produk Logo Halal

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 500 hits
Oleh AMREE AHMAD ABDUL AZIZ JUSOHPUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesahkan tiada peruntukan mengenai isu perayaan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ...
Guna Logo Syarikat Pengeluar Daging Terkenal

Guna Logo Syarikat Pengeluar Daging Terkenal

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 279 hits
Terdahulu ketika menggulung usul di Dewan Negara Datuk Rosol memaklumkan Sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram telah disita dan dijangka akan didakwa di mahkamah esok Menurutnya siasatan mendapati modus operand...
Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 433 hits
SIASATAN ISU KARTEL DAGING MENYALAHGUNAKAN PENGESAHAN LOGO HALAL POLIS DIRAJA MALAYSIA MENGESAHKAN TELAH MENERIMA LAPORAN POLIS DAN SEDANG MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING IMPORT YANG MENGGUNAKAN LABEL HALAL PALSU UNIT SIASA...
Dituduh Guna Lambang Halal Palsu Syarikat Pembekal Daging Pengarah Mengaku Tak Bersalah

Dituduh Guna Lambang Halal Palsu Syarikat Pembekal Daging Pengarah Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 332 hits
December 30 2020 3 20 PMJOHOR BAHRU Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka awal bulan i...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti