Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok


BernamaRosol Wahid (kiri) menafikan laporan mendakwa aktiviti kartel daging haram berlaku hampir 40 tahun.KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.
Katanya, tindakan itu sekaligus menafikan dakwaan kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat terlibat dalam perkara yang menimbulkan keresahan umat Islam.
“Bukan kita tidak mahu mendedahkan syarikat terlibat, namun masalahnya perkara ini dilakukan sebuah syarikat pengumpul daging, yang kemudiannya menggunakan logo syarikat lain (mangsa) yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi untuk memasarkan produk itu.
“Kalau kita mendedahkan nama syarikat jadi mangsa itu, ia akan mencalarkan imej syarikat berkenaan, sedangkan itu bukan salah mereka,” katanya pada sesi penggulungan usul kartel daging haram oleh Senator Asmak Husin.
Lebih sembilan senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan isu itu, selepas Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim membenarkan usul itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1).
Rosol menjelaskan kerajaan tidak pernah memandang remeh isu itu dan mengambil beberapa tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Ia termasuk membekukan aset syarikat bernilai RM1 juta itu, merampas 24 “rubber stamp” syarikat jenama yang mempunyai permintaan tinggi, menyita 5,000 keping pelekat halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan 2,428 kotak daging beku dianggarkan bernilai RM738,640.
Pada masa sama, beliau menafikan laporan mendakwa aktiviti kartel daging haram itu berlaku hampir 40 tahun.
“Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun sebab siasatan kementerian mendapati syarikat terlibat baru mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017.
“Pada masa sama, ujian Jabatan Kimia terhadap sampel daging beku yang diambil daripada gudang simpanan itu mengesahkan ia bukan daging kuda, kangaroo serta babi, dan ini memberikan kelegaan kepada kita.”
Untuk mengelak perkara sama berulang, Rosol berkata, sebuah jawatankuasa perundangan dan penguat kuasa halal ditubuhkan bagi menyelaras tindakan serta isu penguatkuasaan halal dalam negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/isu-kartel-daging-syarikat-guna-logo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Identiti Syarikat Kartel Label Daging Halal Palsu Didedah Tidak Lama Lagi

Identiti Syarikat Kartel Label Daging Halal Palsu Didedah Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 365 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid bercakap kepada media selepas lawatan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 di Publika Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kem...
Dituduh Guna Lambang Halal Palsu Syarikat Pembekal Daging Pengarah Mengaku Tak Bersalah

Dituduh Guna Lambang Halal Palsu Syarikat Pembekal Daging Pengarah Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 347 hits
December 30 2020 3 20 PMJOHOR BAHRU Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka awal bulan i...
Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

Siasatan Isu Kartel Daging Menyalahgunakan Pengesahan Logo Halal

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 445 hits
SIASATAN ISU KARTEL DAGING MENYALAHGUNAKAN PENGESAHAN LOGO HALAL POLIS DIRAJA MALAYSIA MENGESAHKAN TELAH MENERIMA LAPORAN POLIS DAN SEDANG MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING IMPORT YANG MENGGUNAKAN LABEL HALAL PALSU UNIT SIASA...
Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 300 hits
JOHOR BAHRU Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa pada awal bulan ini Tertuduh Rahman Sheik Abdullah 44 dan...
Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1026 hits
Pada 23 November 2020 portal Sinar Harian mendedahkan kegiatan syarikat ejen fret yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim Kegia...
6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 409 hits
27 DIS Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 397 hits
Kerajaan perlu melihat semula rancangan menggubal Akta Halal susulan pendedahan isu kartel daging haram baru baru ini Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan dalam satu sidang media hari iniS...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi