Dituduh Guna Lambang Halal Palsu Syarikat Pembekal Daging Pengarah Mengaku Tak Bersalah


FMT Reporters
-December 30, 2020 3:20 PM
(Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka, awal bulan ini.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili pasangan suami isteri, Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan pemilik serta pengarah syarikat Raihanah Enterprise, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut tuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage didakwa menggunakan lambang halal yang tidak diperakui sedemikian oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.

Bagi tuduhan kedua pula, Rahman dan Raihanah, dituduh selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, membabitkan lori jenama Mitsubishi.

Kesalahan didakwa dilakukan Syarikat di premis perniagaan Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, di Taman Perniagaan Setia kira-kira 1 tengah hari, 1 Dis lepas.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan menghadapi hukuman maksimum denda RM200,000 bagi kesalahan dilakukan kali pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat, pula didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan kali pertama. Jika kesalahan berulang pula denda dihadapi adalah sehingga RM250,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T Ashvinii, yang memohon mahkamah mengenakan tertuduh masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin kes lambang halal mendapat liputan meluas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili pasangan itu, bagaimanapun, merayu jaminan dikurangkan dengan alasan syarikat itu masih beroperasi.

Menurutnya, syarikat itu memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri terbabit menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/dituduh-guna-lambang-halal-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 331 hits
Rosol Wahid menafikan laporan mendakwa aktiviti kartel daging haram berlaku hampir 40 tahun KUALA LUMPUR Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok keran...
Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

Syarikat 2 Pengarah Didakwa Guna Logo Halal Tanpa Diperakui

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 300 hits
JOHOR BAHRU Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa pada awal bulan ini Tertuduh Rahman Sheik Abdullah 44 dan...
Identiti Syarikat Kartel Label Daging Halal Palsu Didedah Tidak Lama Lagi

Identiti Syarikat Kartel Label Daging Halal Palsu Didedah Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 365 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid bercakap kepada media selepas lawatan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 di Publika Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kem...
Guna Logo Syarikat Pengeluar Daging Terkenal

Guna Logo Syarikat Pengeluar Daging Terkenal

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 303 hits
Terdahulu ketika menggulung usul di Dewan Negara Datuk Rosol memaklumkan Sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram telah disita dan dijangka akan didakwa di mahkamah esok Menurutnya siasatan mendapati modus operand...
Daging Halal Palsu Skandal Terbesar Tahun 2020

Daging Halal Palsu Skandal Terbesar Tahun 2020

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 400 hits
Bayangkanlah lebih 40 tahun kita dijamu dengan bangkai Sindiket ini sungguh bijak merasuah pegawai kerajaan yang lemah imannya Kesannya lebih 40 tahun kita tertipu Seperti yang dinyatakan oleh UZAR kesannya akan mempengaruhi juga kredibilit...
Restoran Terkenal Miliki Sijil Halal Jakim Disyaki Guna Daging Babi

Restoran Terkenal Miliki Sijil Halal Jakim Disyaki Guna Daging Babi

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 357 hits
RESTORAN TERKENAL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM DISYAKI GUNA DAGING BABI SHAH ALAM141120 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor menyerbu sebuah restoran terkenal di sini semalam kerana disyaki menggunakan bahan ment...
Syarikat Palsukan Logo Halal Bekalkan Daging Akan Didedah

Syarikat Palsukan Logo Halal Bekalkan Daging Akan Didedah

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 340 hits
Antara kotak kotak baharu yang ditemui di sebuah gudang kartel di Senai Johor dipercayai akan digunakan untuk tujuan pembungkusan semula daging sejuk beku yang diimport dari sumber negara yang tidak sah Kerajaan akan mendedahkan nama syarik...
Timbalan Menteri Nafi Daging Halal Palsu Wujud Sejak 40 Tahun

Timbalan Menteri Nafi Daging Halal Palsu Wujud Sejak 40 Tahun

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 300 hits
MOMOKAN terhadap daging import dengan cop halal palsu yang dikatakan berlaku sejak 40 tahun hanyalah dakwaan semata mata Laporan tersebut hanyalah bersifat bombastik oleh pihak tertentu yang dilihat boleh mencetuskan kebimbangan rakyat Mala...
Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

Kartel Daging Haram Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1027 hits
Pada 23 November 2020 portal Sinar Harian mendedahkan kegiatan syarikat ejen fret yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim Kegia...
The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Green Parks Spacious Homes Weekend Thrills Laman Sendayan 2 Has It All

Malaysia Harap Pbb Tenangkan Ketegangan Pakistan India

Pembantu Kedai Maut Ditikam Seorang Suspek Diberkas

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka

Marble Dining Tables For Malaysian Homes Choosing The Right Marble Dining Table For Your House

Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Moviepass Cuba Platform Fantasi Harian Untuk Peminat Filem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ujian Darah Termurah Di Pasaran

Wagyu Pizza By The Side Of The Road In A Mpv Anyone

Solve Gas Row With Sincerity Not Confrontation Says Shahril

We Ll Protect Commodities In Tariff Talks Says Johari

Virus Hfmd Serang Sekolah Panik Attack Mode On

Kenangan Dari Perak Ke Johor