Kilafairy Saya Memang Degil






Kata orang, usaha tangga kejayaan. Selepas enam bulan sabar menanti, produk minuman suplemen milik pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan sudah pun dilancarkan baru-baru ini bertempat di Forest Valley Hall, Cheras Perdana.

Menurutnya, idea untuk menjalankan perniagaan tersebut mula disuarakan sejak tahun lalu hasil perbincangan bersama Kila bersama rakan kongsinya, Ashraf Khalid.

“Pada mulanya, Ashraf ingin buat produk kosmetik namun saya tidak mahu. Saya mahu buat produk yang lain daripada lain.

“Kemudian, Ashraf cakap kepada saya ingin buat produk atau ubat kurus, dari situ saya tidak ragu-ragu,” katanya ketika ditemui Kosmo! minggu lalu.

Mungkin ramai yang skeptikal dengan keberkesanan produk tersebut, namun ujar Kilafairy, perkara tersebut terbukti kerana masalah berat badan yang dialaminya diselesaikan dengan pengambilan Kilafit.

“Mungkin orang tidak nampak badan saya pernah kembang. Sebelum mengamalkan Kilafit, berat badan saya pernah mencecah 57 kilogram (kg). Buat orang lain mungkin biasa, tetapi buat saya, memang badan dan muka semua kembang.

“Sekarang berat badan saya berlegar antara 45kg hingga 47kg. Produk ini selamat untuk digunakan bukan sahaja kaum perempuan bahkan lelaki. Bahan yang digunakan semula jadi,” terangnya.

Lakonan

Lantaran kecenderungan yang dilihat ketara terhadap perniagaan, manakala kerjaya seni tiada perkembangan baharu, Kilafairy mengakui kurang terlibat dalam projek lakonan, sementelah cintanya lebih terarah terhadap muzik.

“Buat masa sekarang, saya fokus berniaga dan muzik dahulu. Lakonan memang agak perlahan. Bagaimanapun, kalau ada tawaran yang sesuai dan boleh diselitkan dengan jadual saya yang sangat padat, saya tidak mempunyai masalah untuk terlibat sama,” ulasnya.

Kilafairy juga tidak terkesan dengan pendapat segelintir pihak yang mengatakan walau dia mencuba sekuat mana untuk menonjol sebagai penyanyi, umum lebih mengenalinya sebagai pelakon.

“Saya tahu, sehingga sekarang, orang masih ada persepsi sama ada saya ini boleh menyanyi atau tidak.

“Disebabkan hal itu, saya ingin betul-betul memperkukuhkan kerjaya nyanyian supaya dapat membuktikan bahawa saya sebenarnya boleh berjaya sebagai penyanyi.

“Saya memang degil dan tidak mahu dengar cakap ibu. Sepatutnya, dari dulu lagi saya fokus dengan nyanyian namun sibuk berlakon. Kesannya, susah untuk orang terima saya seorang penyanyi,” dedahnya yang bakal muncul dengan single solo berbahasa Melayu awal tahun depan.

Kritikan

Menyelongkar rutinnya dalam Instagram yang sering berkongsi penampilan mencolok mata, anak kepada penyanyi ternama Rohana Jalil itu tidak mahu mengendahkan kritikan netizen terhadapnya.

“Saya buat dan pakai apa yang saya suka. Orang ingin kritik, silakan kerana tidak memberi kesan kepada saya.

“Lagi mereka kutuk, lagi meningkat motivasi saya untuk membuktikan tetap boleh berjaya dan masih berada di tempat sekarang.

“Keluarga dan teman-teman rapat kenal siapa saya. Asalkan ibu bapa saya tidak terganggu, saya okey sahaja. Namun kalau fesyen yang melampau, mereka ada juga tegur dan saya akan tunduk terhadap nasihat mereka,” katanya.

Disuakan tentang pertanyaan kontroversi dirinya berkongsi beberapa keping gambar menyarungkan pakaian bercorak kulit ular sawa baru-baru ini, Kila berkata, walaupun sudah ramai wartawan yang bertanyakan mengenai perkara tersebut, dia tidak mahu isu berkenaan terus dipersoalkan.

“Kadang-kadang saya merujuk kepada ibu bapa dalam soal pemakaian, tetapi biasalah saya ini degil orangnya, walaupun sudah dilarang, tetap pakai,” katanya.

Berkali-kali Kila bertegas, ibu bapa dan keluarga tahu apa dipakai dan dilakukannya.

“Saya tidak pernah mengendahkan komen netizen malah saya tidak pernah membaca komen mereka.

“Saya berbuat begini kerana tidak mahu sesuatu isu itu terus diperkatakan. Apabila saya mengambil langkah untuk tidak komen lebih-lebih, lama-kelamaan mereka akan diam,” getusnya.

Pendekatan sama turut dipraktikkan Kila saat berdepan tanggapan umum bahawa dirinya ditaja ‘sugar daddy’ apabila sering hadir ke majlis-majlis sosial di luar negara.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang sebab mereka tetap cakap apa dimahukan. Sebenarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri itu mewakili Malaysia. Saya ditaja syarikat yang menjemput saya hadir. ‘Sugar daddy’ nak selit pun dah tak ada tempat. Saya dah biasa dengan kritikan negatif dan terlalu biasa sangat sehinggakan saya hanya mampu gelak dan biarkan sahaja. Saya pejamkan mata dan telinga sahaja,” hujahnya sambil tergelak.

Muncul dengan produk minuman suplemen Kilafit, pelakon dan penyanyi Kilafairy menangkis tanggapan dirinya ‘dibela’ seseorang berstatus ‘sugar daddy’.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/kilafairy-saya-memang-degil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Sekolah Dengan Kesan Bengkak Budak Budak Sekarang Memang Dah Tak Makan Nasihat Ke

Balik Sekolah Dengan Kesan Bengkak Budak Budak Sekarang Memang Dah Tak Makan Nasihat Ke

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 816 hits
Hi Semua Waktu saya muat naik gambar gambar ni di Facebook mesti ada yang fikir saya ni nak hentam cikgu je Hahahaha Padahal tak de pun hentam cikgu dalam post tu Mesti ada jugak yang fikir ala sikit je Heh Meh anak kau aku cubit sikit samp...
Mereka Bertiga Memang Rapat Sejak Kecil 3 Sahabat Maut Dalam Perjalanan Pergi Bercuti

Mereka Bertiga Memang Rapat Sejak Kecil 3 Sahabat Maut Dalam Perjalanan Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 469 hits
Malang tidak berbau Itulah perumpamaan yang boleh dibuat menerusi kemalangan yang menimpa tiga sahabat yang tular sejak petang tadi Persahabatan yang akrab antara tiga sekawan ini akhirnya menemui nokhtah apabila mereka maut bersama dalam k...
Baju Lain Seluar Lain Suami Jaga Anak Apa Depan Mata Rembat Isteri Memang Taklah

Baju Lain Seluar Lain Suami Jaga Anak Apa Depan Mata Rembat Isteri Memang Taklah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 491 hits
Orang perempuan memang sensitif bab pakaian Bila ada anak lagilah Mesti akan bezakan mana baju sesuai di rumah baju berjalan dan baju untuk tidur Jika suami jaga apa yang ada depan mata itu yang dipakaikan asalkan siap Tapi bila isteri teng...
Wawancara Haziq Memang Memalukan Tapi Tiada Tindakan Daripada Azmin Lebih Lagi Memalukan

Wawancara Haziq Memang Memalukan Tapi Tiada Tindakan Daripada Azmin Lebih Lagi Memalukan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 548 hits
Meski begitu di sebalik mungkin ada yang mengecam Haziq kerana setuju memberikan kisah hidupnya untuk dikongsi secara terbuka sisi lain yang lebih memalukan ialah kerana Azmin sehingga ini tidak berbuat apa apa menangkisnya Jika wawancara d...
Bersalin Memang Sakit Tak Kira Anak Pertama Atau Seterusnya Bila Keluar Fuhh Leganya

Bersalin Memang Sakit Tak Kira Anak Pertama Atau Seterusnya Bila Keluar Fuhh Leganya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 520 hits
Sakit bersalin ni memang sakit Tak kisah la anak pertama kedua atau yang ke berapa sekali pun Normal atau ceaser lelaki atau perempuan Disebabkan itulah wanita yang melahirkan anak sebenarnya seorang yang kuat dan hebat Walaupun mulut cakap...
Mula Mula Kahwin Memang Serba Serbi Tak Cukup Bila Kumpul Rezeki Dengan Isteri Mesti Cukup

Mula Mula Kahwin Memang Serba Serbi Tak Cukup Bila Kumpul Rezeki Dengan Isteri Mesti Cukup

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 809 hits
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja Boleh dikatakan 80 pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh...
Memang Saya Marah Tapi Apa Pun Saya Minta Maaf Datin Nona

Memang Saya Marah Tapi Apa Pun Saya Minta Maaf Datin Nona

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 464 hits
Minggu lalu viral di media sosial klip video seorang wanita memarahi pekerja restoran The Chicken Rice Shop Alamanda Putrajaya kerana tidak mengambil pesanan mereka selepas menunggu 10 minit Ekoran kes itu tiga kakitangan pengurusan terting...
Wanita Itu Memang Beda Elok Banget

Wanita Itu Memang Beda Elok Banget

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 420 hits
WANITA ITU MEMANG BEDA ELOK BANGET Pagi ini GBP sengaja menghadirkan beberapa tokoh penting dalam sejarah Penyebaran Islam 1 Sayid Umar Sa id Kanjeng Sunan Muria 2 Wiku Lodhang sahabat Sunan Muria secara berkala mereka biasa bercengkerama u...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat