Untuk sesiapa yang belum membacanya, di bawah ini disertakan pautan untuk kita sama-sama menilainya –https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/06/25/haziqMeski begitu, di sebalik mungkin ada yang mengecam Haziq kerana setuju memberikan kisah hidupnya untuk dikongsi secara terbuka, sisi lain yang lebih memalukan ialah kerana Azmin sehingga ini tidak berbuat apa-apa menangkisnya.Jika wawancara dan kisah yang diceritakan Haziq itu tidak benar, silalah nafikannya, buat laporan polis atau samanlah beliau dengan tuntutan berjuta-juta.Soalnya, kenapa Azmin hanya berdiam diri saja?Sukarkah menafikan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq jika semua yang diceritakannya dalam wawancara itu adalah tidak benar dan fitnah?Dalam hal ini, jika berterusan tiada sebarang penafian, apalagi laporan polis dan atau tindakan menyaman Haziq diambil, malah mungkin beliau akan terus memberikan wawancara dengan pelbagai media lain lagi selepas ini, yang terkepung dengan persepsi buruk ialah Azmin sendiri.Kepercayaan orangramai terhadapnya akan perlahan-lahan luntur dengan sendirinya.Maka, demi untuk tidak menyusahkan PH dan Perdana Menteri secara berterusan dalam isu ini, adalah lebih baik Azmin meletakkan jawatannya dengan segera.Beliau sudah semakin tiada harga dalam kerajaan dengan kedudukannya sekarang, jauh sekali untuk berharap menakuk jawatan yang lebih tinggi di masa depan.Segala-galanya sudah berakhir baginya. Tun Mahathir pun, jika setelah diberi laporan penuh oleh polis berkenaan ketulenan video dan pelaku-pelakunya, tentu juga tidak dapat berbuat apa-apa akhirnya.Sekurang-kurangnya dengan meletak jawatan dan mengundur diri, Azmin tidak lagi menyusahkan sesiapa dan keburukan lain mengenai dirinya akan tersimpan dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 25/06/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |