Kids Activity D Flat Music Academy
Assalamualaikum
Nak tau tak cara untuk dapat FREE lesson music class dekat D-Flat Music Academy ni? Kalau nak tau, baca sampai habis ok? Promise
Music lessons made easy
December hari tu kitorang ada attend perasmian D-Flat Music Academy dekat Sunway Geo Avenue, Subang Jaya. Memang dalam planning kitorang tahun ni nak start expose Qaireen dengan music selain agama dan swimming class. Lagi pun Qaireen minat main piano mainan tu. Jadi cadangan kami nak enroll class piano dekat dia nanti
D-Flat Music Academy- We organise the world of music education, and make it accessible to children age 4 and above.
- As a leading music school in Malaysia, our goal is to have your child achieve their musical dreams, understand their soundscape and appreciate the musical things in life.
- Adults are not forgotten too.
Dekat D-Flat Music Academy ni ada 8 buah kelas yang tertutup, sound proof dan setiap bilik tu ada ada different musical instrument dan juga bilik vocal. Decoration dan warna setiap bilik sangat warm dan fresh. Jadi senang la nak belajar nanti. Budak aman tenteram boleh follow instruction cikgu diorang
Jangan ingat bebudak je boleh join music class ni tau. Kita dewasa ni pun boleh jugak ok
Special untuk korang yang berminat nak enroll anak-anak or diri sendiri ke untuk belajar music ni, D-Flat Music Academy sangat berbaloi dan patut menjadi pilihan korang. Sebab apa
Sebabnya... Kalau register sekarang untuk mana-mana kelas di D-Flat Music Academy sebelum JUNE 2019, korang akan dapat FREE class lessons for SECOND MONTH tau
Website : www.dflat.com.myFacebook : https://www.facebook.com/dflatmusicacademy/Instagram : @dflatmusicacademyContact Number : +60122393873Address: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya
Petaling Jaya, 15 Disember 2018 - Belajar bermain alat muzik diakui memberi pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. Secara saintifik, ia telah dibuktikan membantu otak kanak-kanak berhubung sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka. Bermain alat muzik juga meningkatkan keupayaan mendengar kanak-kanak, yang merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa. Ia memupuk disiplin dan kesabaran, menyuntik jati diri di samping menyediakan saluran kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan harian. Hasilnya, ia melahirkan individu yang mempunyai asas yang teguh dan kukuh, bersedia untuk menawan dunia
Ketika membicarakan manfaat yang bagaikan tidak bertepi daripada pembelajaran muzik, ramai juga kanak-kanak yang hilang minat begitu cepat dan menjadi kurang tertarik. Ini kerana, kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata. Namun, D-Flat Music Academy mengenengahkan muzik mereka secara berbeza
“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. “Kami menumpukan kepada DUA perkara penting - pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca - melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. “Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio, sebuah akademi muzik terulung di Singapura
Akademi Muzik tersebut melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue hari ini. Dengan lokasinya yang strategik, di tengah-tengah kawasan kediaman yang ideal, D-Flat Music Academy yakin jenamanya yang unik itu akan diterima baik dalam kalangan komuniti
“Kami berasakan bahawa pelajar muzik di sini kurang mendapat pengetahuan sewajarnya. Kebanyakan sekolah muzik hanya mengutamakan gred dalam peperiksaan tanpa membenarkan pelajar meneroka genre seperti jazz dan pop.“Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” kata Goh.
Ketika ditanya mengenai matlamat dan hala tuju syarikat pada masa depan, Goh mengakui, syarikat mempunyai matlamat untuk mewujudkan komuniti ahli muzik yang sentiasa teruja untuk memupuk minat mereka dalam muzik pada masa lapang, yang mana muzik akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, untuk melangkah alam dewasa dengan lebih baik , sebagai mana mereka mengejar karier mereka. Dengan beliau sendiri berpengalaman lebih 21 tahun dalam industri tersebut khususnya dalam aspek pengajaran dan persembahan, Goh ternyata amat mencintai dan menjiwai senitersebut. “Muzik adalah darah daging saya,” jelasnya.
Dalam memastikan jenama tersebut sinonim dengan pengajaran yang berkualiti dan dan penuh jiwa, D-Flat Music Academy mengehendaki guru-gurunya memiliki kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar. Dengan cara ini, ibu bapa diberi jaminan bahawa pendidikan muzik kanak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Goh menambah, pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura merupakan testimoni terbaik bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang mereka miliki. Sebahagian pelajar-pelajar cemerlang di Singapura terbabit dalam persembahan-persembahan terkenal seperti Child Aid (2017), Forbidden City (2016), Monkey Goes West (2014), Hansel & Gretel (2012), The Sound of Music, (2016) dan The Lion King (2011). Bagi meningkatkan lagi kecemerlangannya, D-Flat Studios serta mereka yang bekerja di bawahnya, telah menerima pelbagai anugerah di Singapura, antaranya 10 Akademi Muzik Terbaik Singapura (theasianparent.com), Anugerah Straits Times Life! Theatre - Pencalonan AktresTerbaik 2015, Pembantu Aktres Terbaik Supporting 2016 & 2017 (dianugerahkan kepada Frances Lee - guru vocal dan muzikal dari akademi tersebut).
D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vocal dan Teater Muzikal kepada kedua-dua, kanak-kanak dan dewasa. Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang luas bagi melengkapkan lagi pembelajaran anda. Pelajar juga berpeluang mempelajariteori muzik melalui platform e-pembelajaran yang ketika ini berkembang pesat, yang meningkatkan lagi proses pembelajaran.
Sementara itu, bagi pendaftaran sebarang kelas sebelum Jun 2019, akan memperoleh pembelajaran percuma pada bulan kedua. Dalam pada itu, majlis pelancaran diakhiri dengan petikan daripada Nietzche oleh Goh kepada tetamu yang berbunyi, “Tanpa muzik, hidup satu kesilapan.”
For more information tentang D-Flat Academy, contact list di bawah ni
Website : www.dflat.com.myFacebook : https://www.facebook.com/dflatmusicacademy/Instagram : @dflatmusicacademyContact Number : +60122393873Address: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hudaluna.com/2019/01/kids-activity-d-flat-music-academy.html