Sajian 3 Benua Dari Sg Academy Kl Luar Biasa Sedapnya


Bila sebut sajian Asia, korang pernah makan tak sajian Filipina ? Bagaimana pula resipi dari Jerman dan Russia. Kalau nak teroka sajian baru ni barisan chef yang diketuai oleh Faribusz dan rakan-rakan tenaga pengajar Sg. Academy ada resipinya.
Dari kiri Faribusz Anak Kandau, Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’arani dan Wan Noraini Syuhada Mohamad
Bahan-bahannya agar banyak sedikit, tapi rasanya amat lazat sekali. Berbaloi dengan tenaga dan masa yang diluangkan. Banyak istilah baru dalam dunia kulinari antarabangsa ni. Cuba lah ya…
1.GERMAN SPAETZLE SAUBIAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
240gm tepung gandum1biji telur5gm serbuk lada hitam5gm serbuk cili5gm garam5gm mentegaBahan ditumis :
200gm kepingan ayam ham | dipotong halus50gm daun parsli | dicincang halus35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil30gm bawang holland | dicincang halus20gm bawang putih | dicincang halus15ml minyak zaitun3gm serbuk cili2gm daun rosemary |dicincang halus2gm thyme | dicincang halusGaram secukup rasa60ml susu segarKeju parmesan secukupnya sebagai hiasanCARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzli (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
2. ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS

BAHAN-BAHAN :
150gm daging batang pinang50gm cendawan tiram50gm cendawan butang50gm cendawan portabelo50ml minyak zaitun3 gm daun thyme | dicincang halus6 keping ayam salamiGaram secukup rasaBahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
200gm tulang lembu30gm puri tomato30gm mentega30gm tepung gandum25gm lobak merah | dihiris15gm saderi | dihiris50gm bawang holland | dihiris2gm daun rosemary | dicincang halus5gm daun parsli | dicincang halus2gm daun salam | dicincang halus1 liter airBahan Puff pastry:
400gm tepung gandum50gm mentega220ml air sejuk300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar rayaCARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2. Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.
5. Tuang tomato puri di atas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
6.Dalam satu mangkuk campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’
6.Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
7.Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang.
8. Satukan bahan puff pasti pastri menjadi doh. Uli dan canaikan doh puff pasteri serta lipatkan menjadi segi empat.. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat (ulangi 10 kali).
9. Kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan roll menutupi daging tadi.
3. BEEF STROGANOFF

BAHAN-BAHAN :
200gm daging batang pinang | dihiris memanjang5gm garam3gm serbuk lada hitam3gm mentega5 gm tepung gandum3gm bawang putih | dicincang halus5gm bawang Holland | dihiris50gm mustard160gm yogurt70ml cuka50gm cendawan portabelo| dihiris50gm cendawan butang | dihiris3gm serbuk paprika30gm lada benggala hijau | sebagai hiasanBahan nasi mentega:
3gm mentega70gm beras10 gm daun bawang | dihiris untuk hiasan nasi )CARA MEMASAK :
1. Cincang halus bawang putih. Hiris bawang holland,cendawan butang dan cendawan portabelo.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang putih,bawang Holland, cendawan butang dan cendawan portabelo.
3. Seterusnya masukkan mustard dan cuka ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah diperap dengan serbuk paprika dan sedikit garam selama (perap 20 minit) ke dalam bahan tumisan.
4. Reneh selama 3 hingga 4 minit. Masukkan tepung gandum (dicampurkan sedikit air) untuk memekatkan kuah.
6. Setelah mendidih masukkan yogurt dan gaul. Tutupkan api
7. Taburkan lada benggala hijau untuk hiasan.
8. Siap untuk dihidang.
Cara penyediaan nasi mentega:
1. Masak nasi
2. Selepas nasi masak semasa panas,gaulkan bersama mentega.
3. Kemudian taburkan sedikit daun bawang untuk hiasan atas nasi.
4. Sesuai dihidang bersama beef stroganoff
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan: Daging berjus penuh perisa cendawan, enak dimakan dengan nasi mentega
Info Chef : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
4. FILIPINO CHICKEN ADOBO

BAHAN-BAHAN :
10gm minyak jagung400gm ayam | dipotong kecil100gm bawang holand | dihiris halus50gm bawang putih | dicincang halus5 gm daun salam10ml cuka10ml kicap cair5gm serbuk lada hitam2gm serbuk ciliBahan hiasan:
5 gm daun bawang | dihiris halusCARA MEMASAK :
1. Campurkan cuka, kicap cair , bawang putih, lada hitam dan serbuk cili perap ayam di dalam peti sejuk selama 1 hingga 3 jam. Jangan buang lebihan air jus perapan ini.
2. Kemudian keluarkan ayam dari perapan tadi, masak kepingan ayam dengan minyak jagung sehingga perang keemasan depan dan belakang dalam 3 minit.
3. Selepas itu,ambil bahan jus perapan tadi dan masukkan daun bay ke dalam periuk ayam tadi.
4. Masak sehingga ayam empuk dan betul-betul lembut.
5. Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat
6. Siap untuk dihidang dan sesuai dimakan bersama nasi putih.
7. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan: Sajian Filipina
Keistimewaan: Sajian yang mudah dimasak dengan bahan yang ringkas
Info Chef : Ayam perlu diperap lama agar rasa kicap soya sebati dengannya. Sajian popular masyarakat Filipina, boleh juga dimasak menggunakan daging lain.
5. SPICY MISO SOBA

BAHAN-BAHAN :
30ml cuka100gm pes soba10gm minyak cili5gm minyak bijan5ml minyak zaitu10ml madu30gm cendawan70gm isi ketam70gm isi ayam30gm bawang Holland | dihiris20gm bawang putih | dicincang halus20gm lobak merah | dihiris30gm tauhu lembut10gm rumpai laut20gm kepah150gm mi soba125ml airCARA MEMASAK :
Cara masak sup miso soba
1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba .
2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah.
3. Apabila mendidih tutupkan api
4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sup di atasnya.
5. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan didih
Jenis masakan: Sajian Jepun
Keistimewaan: Miso Soba yang diperbuat daripada kacang soya dan rendah kalorinya
Info Chef : Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.
6. USA SHRIMP GUMBO

BAHAN-BAHAN :
50gm bawang Holland | dihiris30gm lada benggala merah30gm cili hijau | dihiris halu200gm udang harimau100gm lala150gm tomato30gm sos tomato2gm serbuk lada hitam2gm paprika30gm bawang putih | dicincang halusGaram secukup rasa
Bahan nasi :100gm beras30gm bayamBahan hiasan:
20gm tomato ceri | dibelah dua2 gm daun parsli | dihiris halusCARA MEMASAK :
1. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang holand,cili hijau,lada benggala dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit paprika
3. Selepas itu masukkan buah tomato dan tomato sos kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali baru letak udang harimau dan lala.
5. Hiasakan dengan tomato cheri dan daun parsli
6. Hidangkan bersama nasi bayam
Cara penyediaan nasi bayam.
1. Masak nasi dan rebuskan bayam sebentar, atau celur sebentar dalam air panas..
2. Gaulkan nasi bersama bayam
3. Siap untuk dihidangkan dengan lauk udang tadi.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Reneh dan didih
Jenis masakan: Sajian USA
Keistimewaan: Sajian Ameri Syarikat ini ringkas dan mudah disediakan
Info Chef : Anda juga boleh menambahkan makanan laut yang lain seperti sotong, kepah. Makanan laut diletak akhir sekali dan usah masak lama untuk mengekalkan kemanisannya.
RESIPI : Nadzirah Abdul razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/sajian-3-benua-dari-sg-academy-kl-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luar Biasa Erdogan Menutup Tirai 2018

Luar Biasa Erdogan Menutup Tirai 2018

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 433 hits
1 Tahukah anda Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pernah dipenjarakan 20 tahun lalu hanya kerana membaca puisi berikut Masjid masjid ialah berek tentera kita Kubah kubah masjid ialah topi keledar kita Menara menara masjid ialah bayonet kit...
Lhdn Memerhati Kekayaan Luar Biasa Anda

Lhdn Memerhati Kekayaan Luar Biasa Anda

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 284 hits
Hari ini media sosial bukan sekadar tempat melakukan aktiviti sosial tetapi juga berupaya memberi pendapatan yang bukan biasa biasa Jika sebelum ini orang ramai tidak yakin untuk melakukan jual beli di atas talian tetapi kini ianya semakin ...
7 Hal Hal Biasa Tapi Bisa Bikin Dipenjara Kalau Dilakukan Di Luar Negeri Hati Hati Kalau Ke Sana

7 Hal Hal Biasa Tapi Bisa Bikin Dipenjara Kalau Dilakukan Di Luar Negeri Hati Hati Kalau Ke Sana

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 262 hits
Di Singapura kalau kamu nyambungin ke Wifi orang tanpa izin bisa dipenjara 3 tahun lho Fakir WiFi harus hati hati nih
Biasakan Membaca 7 Lafadz Ini Meski Sepele Tapi Pahalanya Luar Biasa

Biasakan Membaca 7 Lafadz Ini Meski Sepele Tapi Pahalanya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 292 hits
Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak dzikir dan membaca kalimat thayyibah Dzikir tersebut dianjurkan tidak hanya pada saat mengerjakan ibadah seperti shalat ataupun setelah shalat tapi juga ketika mengerjakan aktifitas lainnya Dzikir di...
Cerita Pilu Luar Biasa Lyosha Dia Dilempar Ayahnya Ke Bara Api Ketika Berusia Dua Tahun

Cerita Pilu Luar Biasa Lyosha Dia Dilempar Ayahnya Ke Bara Api Ketika Berusia Dua Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 361 hits
30 Disember 2018 Pavel Volkov Cuba lihat kulit saya seperti pasir pantai kata Lyosha 16 tahun sambil tertawa kecil Saya tak yakin bagaimana harus menanggapi candaan ini Apakah saya harus tertawa juga Sesuatu yang terasa kurang pas jika saya...
Ph Kata Harga Tak Naik Harga Ikan Kembong Rm20 Berbanding Biasa Rm14 Sekilogram

Ph Kata Harga Tak Naik Harga Ikan Kembong Rm20 Berbanding Biasa Rm14 Sekilogram

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 295 hits
Minggu lepas kerajaan PH jamin harga ikan dan makanan laut tidak akan naik Fuh Satu jaminan yang sangat berani Tapi apa yang saya baca dari laporan media selepas jaminan diberi ialah harga ikan terus naikEmpat hari dahulu dilaporkan pula ik...
Tak Tahan Dikecam Sajat Bawa Diri Ke Luar Negara

Tak Tahan Dikecam Sajat Bawa Diri Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 375 hits
Nama usahawan terkenal Nur Sajat menjadi bualan ramai apabila nama lelakinya terdedah selepas didakwa di mahkamah baru baru ini Kemudian gambar kad pengenalan The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching