Tinggal Rumah Flat Lantai Simen Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia Rileks Media


Pernah tinggal rumah flat, lantai simen dan tiada perabot antara detik sukar yang pernah dihadapi Imam Muda Asyraf suatu ketika dahulu. Benarlah, pepatah ada mengatakan disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.
Kejayaan Imam Muda Asyraf pada hari ini rupanya adalah berkat kesabaran isterinya yang pernah mengharungi detik sukar bersama suatu ketika dahulu.
Kisah mereka ini wajar dijadikan contoh buat pasangan suami isteri yang sedang melalui detik sukar dalam kehidupan ketika ini. Percayalah, berkat usaha gigih dan saling menyokong diantara satu sama lain, akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari.
Melalui perkongsian di Fac3b0ok IMAM MUDA Asyraf, beliau berkongsi luahan hati, pengalaman kehidupan susah senang bersama isteri tersayang.
Berikut antara perkongsian tersebut; “Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba daif ini menjadi menantu.
“Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.
“Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.
Pesanan Seorang Isteri “Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri :
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah…”
“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
Bersyukurlah Apa Yang Ada “Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.”
Sumber: IMAM MUDA Asyraf
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mingguan Wanita
Source link
The post “Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia..” – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/tinggal-rumah-flat-lantai-simen-tiada-perabot-tapi-itulah-detik-paling-bahagia-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ini Tinggal Rm5 Bini Pulak Suruh Beli Nasi Ayam Dalam Perjalanan Moto Pula Pancit Rileks Media

Lelaki Ini Tinggal Rm5 Bini Pulak Suruh Beli Nasi Ayam Dalam Perjalanan Moto Pula Pancit Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 438 hits
Bukan macam abam ni dapat gaji dalam masa lima minit je rasa kaya lepas dah bayar duit kereta bil api air duit internet Eh macam macam lagi la kalau nak senaraikan jadi panjang lebar pula nanti Hujung bulan je mesti sengkek nak makan pun fi...
Kerja Ayah Hanya Driver Lori Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah Rileks Media

Kerja Ayah Hanya Driver Lori Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 565 hits
Dah selalu sangat kita tengok viral testimoni nak putih nak kurus Mai sini kita baca rahsia apabila mengamalkan surah Al Waqiah dalam kehidupan seharian Semoga kita semua boleh jadi istiqomah macam confessor ni jugak InsyaAllah BUKAN DARI L...
Respek Cara Gadis Ini Urus Gaji Rm2 3k Sebulan Baki Hanya Tinggal Rm248 Untuk Keperluan Sendiri Rileks Media

Respek Cara Gadis Ini Urus Gaji Rm2 3k Sebulan Baki Hanya Tinggal Rm248 Untuk Keperluan Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 472 hits
Celah Mana Nak Simpan RM1000 Assalamualaikum Terima kasih admin benarkan post ini berlalu di wall anda Straight to the point Tengok tajuk korang dah tau aku nak cerita apa Baru baru ni aku terbaca pasal budak ni gaji 1 6k tapi dapat simpan ...
5 Kesan Pada Diri Sendiri Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

5 Kesan Pada Diri Sendiri Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1027 hits
Mudarat Menjemur Baju DalamRumah Ramai antara tayang memilih untuk menjemur pakaian di dalam rumah Tapi tahukah anda bahawa tindakan itu boleh membawa kemudaratan Antara bahaya dan mudarat menjemur pakaian didalam rumah adalah Boleh Jadi Ka...
Kisah Rumah Tangga Rezekinya Sempit Akibat Si Suami Suka Lakukan Hal Ini Kepada Isterinya Rileks Media

Kisah Rumah Tangga Rezekinya Sempit Akibat Si Suami Suka Lakukan Hal Ini Kepada Isterinya Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 675 hits
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit Semua serba tak cukup Terasa dunia ni sempit Dah usaha macam macam Semua cara dah buat Hati pun resah dan rasa nak marah Abang ada ibubapa lagi ke Mak ayah saya dah tiada Abang ada isteri tak Ada...
9 Artis Lelaki Yang Dulu Rock Habis Kini Bergelar Pendakwah Yang Last Tu Paling Femes Gitaris Tersohor Rileks Media

9 Artis Lelaki Yang Dulu Rock Habis Kini Bergelar Pendakwah Yang Last Tu Paling Femes Gitaris Tersohor Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 610 hits
Tahun demi tahun industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang tampil dengan penghijrahan ke arah kebaikan Tidak kira lelaki mahupun wanita penghijrahan mereka wajar dijadikan contoh kepada rakan selebriti yang masih...
Subhanallah Inilah Perkara Yang Menjadi Punca Malaikat Rahmat Enggan Masuk Ke Rumah Kita Rileks Media

Subhanallah Inilah Perkara Yang Menjadi Punca Malaikat Rahmat Enggan Masuk Ke Rumah Kita Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 365 hits
Subhanallah Inilah Perkara Yang Menjadi PUNCA Malaikat Rahmat ENGGAN Masuk Ke Rumah Kita No 14 Paling Banyak Dilakukan Tapi Tak Ramai Yang Sedar Rumahku Syurgaku Kalau Rumah Kita Pun Tiada Rahmat Bagaimana Mahu Hidup Bahagia Kan Rumah adala...
Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat Rileks Media

Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 659 hits
Biasa kita dengar dalam ceramah agama Ustaz pernah menyebut siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat tak berjaya kenapa tak berkat Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga mereka amanah dan anugerah...
Dulu Selalu Bergaduh Tapi Bila Dah Mula Solat Jemaah Rileks Media

Dulu Selalu Bergaduh Tapi Bila Dah Mula Solat Jemaah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 399 hits
Semakin ramai jemaah yang terlibat dengan sembahyang berkenaan maka semakin besarlah pahala yang diperoleh Bersama samalah kita memanfaatkan perkongsian dari Tuan Afnan Rosli ini Semoga rumah tangga anda lebih bahagia dan dirahmati Allah PE...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities