Kibarkan Bendera Putih Tanda Perlukan Sokongan
Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semakin hari semakin banyak berita-berita yang tak diingini kita lihat dan baca. Semakin ramai rakyat yang tertekan dek kerana wabak yang seakan tidak akan reda. Perintah berkurung tidak nampak penghujungnya. Dan atas alasan tersebut, viral kini di dalam laman sosial, agar mereka-mereka yang memerlukan sokongan agar mengibarkan bendera putih depan rumah.
Simbolik bendera putih pkp. Kalau di dalam perang, bendera putih bermaksud menyerah kalah. Namun, di dalam situasi PKP yang berpanjangan ini, bendera putih ini adalah sebagai simbol agar orang sekeliling tahu ada sesuatu yang perlu kita bantu.
Kalau kita lihat keadaan semasa, ramai yang tertekan dan buntu! Tak tahu mana nak cari sumber pendapatan dek kerana tidak dapat berkerja. Mana nak bayar hutang mana nak bagi makan anak-anak. Dan bila mereka sendirian, datanglah idea-idea pelik untuk selesaikan masalah ini.
Ada daripada mereka yang tertekan ini, semuanya berkisarkan keluarga. Jika diri sendiri yang lapar, aku pasti, mereka pasti ada jalan mereka sendiri. Namun bila melibatkan anak isteri, pastinya mereka akan jadi lebih tertekan sehingga sanggup buat perkara yang tidak diingini.
Dan idea untuk mengibarkan bendera putih depan rumah adalah sangat bernas pada hemat aku. kerana terkadang, kita sendiri tak tahu mereka ini perlukan bantuan. Nampak macam biasa-biasa, rupanya ada sesuatu yang besar sedang mereka simpan.
Jika dalam satu taman, atau dalam 1 kampung, ada bendera putih berkibar, ini bermakna keluarga ini sedang perlukan bantuan. Tak salah kita sama-sama jenguk dan tanyakan apa yang mereka perlukan. Kalau dah kehabisan makanan, kita sama-sama beli beras dan barang keperluan yang lain.
Jika terputus bekalan susu anak atau sebagainya, masyarakat setempat pastinya ada jalan penyelesaian. Simbolik kepada bendera putih semasa musim PKP ini tidak lain dan tidak bukan, untuk kita sama-sama bantu rakan-rakan sekeliling kita.
Kita dah tak mahu dengar berita yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di sekeliling kita. Aku percaya, jika kita sama-sama bantu orang sekeliling, kita boleh sama-sama menghadapi waktu yang sangat sukar ketika ini.
Jadinya kalau selepas ini, kita ternampak bendera putih depan rumah, tak kiralah tergantung di mana-mana, tahulah kita yang mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. Pakat-pakat bantu sesama kita. Saling melengkapi.
Janganlah ada yang ingat, mereka yang naikkan bendera putih ini saja-saja ya. Makna simbol bendera putih adalah, mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. insyaAllah, kita bantu orang, Allah pasti lipat gandakan rezeki kita, insyaAllah, aminnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/06/kibarkan-bendera-putih-tanda-perlukan.html