Sokong Bendera Putih Tanda Hati Tidak Hitam Kibar Bendera Hitam Bukti Hati Sentiasa Putih


 
Sementara kibaran bendera putih telah banyak berbakti di merata pelusuk negara sejak ia dijadikan tanda seseorang itu perlukan bantuan, semalam pula media sosial hampir sarat dengan kibaran bendera hitam yang menghitamkan alam maya.
Jika bendera putih dikibarkan sebagai tanda masih ramai yang perlukan bantuan dan pertolongan, kibaran bendera hitam adalah isyarat kegagalan PN sebagai sebuah kerajaan.
Ia seterusnya disusuli dengan tuntutan agar Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan, menyegerakan pembukaan Parlimen dan menamatkan proklamasi darurat.
Dengan Covid19 gagal ditangani dan ekonomi tidak berjaya diuruskan, kegagalan kerajaan itu telah menyebabkan ramai rakyat yang menderita, kelaparan, tersepit dengan hutang dan tidak kurang yang mengambil jalan mudah untuk mengambil nyawa sendiri.
Sesungguhnya, disertai dengan pemandangan ramainya orang beratur untuk menerima bakul makanan dan yang kelaparan di sana-sini, ini adalah keadaan yang tidak pernah sama sekali kita bayangkan akan berlaku.
Sebab itu, inisiatif mengibar bendera putih sebagai tanda bantuan diperlukan begitu mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.
Hanya dengan meletakkan bendera atau kain putih di luar rumah, mereka yang dalam kesusahan tidak perlu lagi pergi atau menghubungi pejabat wakil rakyat, pejabat penghulu dan sebagainya, sebaliknya bantuan yang diperlukan akan segera sampai ke rumah mereka.
Sudah terbukti sejak beberapa hari lalu mereka yang didapati ada bendera putih terus memperolehi bantuan sama ada daripada pejabat wakil rakyat, syarikat atau pasaraya dan pihak tertentu dalam kejiranan masing-masing yang secara sukarela menunjukkan keprihatinan.
Makna kata, inisiatif bendera putih telah berjaya merangsang jiwa-jiwa yang tidak hitam untuk turut sama memberi bantuan sesama manusia ketika ramai orang dalam kesusahan sebegini.
Hanya mereka yang berhati hitam saja sanggup menolak kebaikan daripada mengibar bendera putih ini.
Lebih jahat dan terkutuk apabila ada pemimpin tertentu yang enggan memberi bantuan jika kesusahan mereka dikesan melalui kibaran bendera politik.
Entahlah…apa jenis hati yang ada dalam tubuh mereka?
Sebagaimana menyokong, menolong dan membantu inisiatif mengibar bendera putih adalah tanda hati tidak hitam, turut sama mengibar bendera hitam juga memberi maksud yang sama.
Mereka yang menyokong kibaran bendera hitam bererti mereka memiliki hati yang sentiasa putih lantaran kegagalan PN dan Mahiaddin ini sudah tidak boleh dibiarkan lagi berterusan.
Memandangkan Mahiaddin hanya memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kuasanya semata-mata, beliau hampir tidak berfikir langsung soal kebajikan dan keperluan rakyat, kecuali jika setelah sangat-sangat terdesak.
Menguatkuasakan darurat, menggantung Parlimen dan berdolak-dalik berkenaan pembukaan Sidang Parlimen, walaupun sudah tiga kali dititahkan oleh Agong adalah tanda seburuk-buruk kerajaan dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.
Dengan itu, selain berlarutan dicengkam kesusahan, rakyat akan terus berada di dalam penderitaan jika Perdana Menteri tidak segera ditukarkan.
Perdana Menteri yang hanya memikirkan soal kuasa, tambahan tanpa keabsahan dan diperolehi melalui pintu belakang, akan sentiasa berfikir tentang mengekalkan kuasa saja sehingga ke akhir kariernya.
Hanya Perdana Menteri baru yang diyakini memiliki sokongan majoriti dapat mengubah keadaan negara ini menjadi lebih baik dan menjadikan kehidupan rakyat lebih terbela.
Bendera putih adalah isyarat rakyat perlukan bantuan, manakala bendera hitam bagi menghantar mesej agar Mahiaddin faham untuk segera meletak jawatan, kalau pun tidak akan disingkirkan melalui suatu kebangkitan.
Menyokong kedua-duanya menunjukkan hati kita sentiasa putih dan tidak hitam.
 (ShahbudinHusin 04/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/sokong-bendera-putih-tanda-hati-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 544 hits
Mengibar bendera putih sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan akibat kesusahan hidup disebabkan Covid19 yang melanda negara sekarang seolah olah sudah menjadi suatu fenomena Sudah ramai yang mengibarkannya dan serentak dengan itu ba...
Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh MOHD AZLI ADLAN Rosol memeriksa sebahagian barangan keperluan yang disumbang pihak swasta menerusi program Bank Makanan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja Dungun hari ini DUNGUN Kempen mengibar bendera putih dianggap mekanisme baharu yang...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 616 hits
KUANTAN Berita mengenai pihak polis menghalang 13 keluarga di Bukit Setongkol daripada mengibarkan bendera putih semalam adalah tidak benar Ketua Polis Pahang YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata laporan yang dikeluarkan tersebut adala...
Kenapa Sibuk Bendera Hitam Atau Putih Yang Penting Bantu

Kenapa Sibuk Bendera Hitam Atau Putih Yang Penting Bantu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 320 hits
Kesukaran rakyat marhaen menempuh kehidupan dalam suasana lockdown sehingga menaikkan bendera putih atau hitam meminta pertolongan tidak perlu dijadikan bahan perdebatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata t...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit