Hanya Makan Bubur Penghuni Pusat Oku Di Tuaran Terpaksa Kibar Bendera Putih


 
Pusat Latihan dan Amali OKU di Tuaran terpaksa mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memohon bantuan berikutan hilang punca pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).KOTA KINABALU: ”Kami sangat tertekan dan hilang arah, jika kami tidak mengibarkan bendera putih, mungkin perkara buruk akan berlaku termasuk bunuh diri,” itu luahan seorang pengurus Pusat Latihan dan Amali Orang Kelainan Upaya (OKU) Sabah di Tuaran.
Azman Saidin berkata kesempitan hidup dialaminya bersama sekumpulan pelatih OKU di pusat itu berikutan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilanjutkan sehingga kini.
”Pusat ini sebenarnya menempatkan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan atau tidak diberi peluang untuk bekerja di mana mereka akan dilatih membuat perabot untuk dijual kepada orang ramai dan hasilnya akan menjadi gaji buat mereka.
”Bagaimanapun sejak PKP dan ‘total lockdown’ dilaksanakan, kami tidak lagi dapat menjual perabot dan hampir setiap hari hanya makan bubur untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya kepada FMT.
Menceritakan rintangan yang dihadapi mereka, Azman berkata sebelum ini terdapat seramai 22 pelatih yang bekerja di pusat itu namun lebih separuh daripada mereka terpaksa dilepaskan.
”Walaupun berat hati, saya terpaksa melepaskan mereka untuk balik ke pangkuan keluarga masing-masing kerana kerja di sini juga semakin berkurangan berikutan tiada tempahan perabot.
”Sekarang ini hanya tinggal 10 orang lagi pelatih yang berjuang untuk terus hidup setiap hari,” katanya.
Azman berkata, susulan itu dia mengambil keputusan menghubungi seorang doktor psikiatri untuk meluahkan perasaan serta memaklumkan keadaan yang kini dialami mereka.
Katanya, doktor itu kemudian mencadangkan agar mengibarkan bendera putih seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial ketika ini.
”Saya fikir, kalau kami tidak dicadangkan berbuat demikian (kibar bendera putih), mungkin perkara tidak diingini boleh berlaku seperti kes bunuh diri yang kita selalu dengar ketika ini.
”Saya sendiri juga rasa sangat tertekan lebih-lebih lagi saya ini juga sedang menerima rawatan psikiatri daripada Hospital Mesra Bukit Padang,” katanya.
Azman berkata, dia tidak sangka cara mengibarkan bendera putih mendapat respon dan hasil yang sangat pantas.
Katanya, mereka mula mengibarkan bendera putih di luar pusat berkenaan pada Selasa dan kira-kira dua jam selepas itu, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan.
”Bukan hanya memberikan sumbangan masing-masing tetapi ada juga yang menempah serta membeli perabot daripada kami.
”Saya sangat terharu kerana ramai orang di luar sana yang menunjukkan kasih sayang mereka. Bukannya kami meminta perkara ini berlaku tetapi keadaan semasa telah menyebabkan kami tertekan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/hanya-makan-bubur-penghuni-pusat-oku-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa Kibar Bendera Putih Ketepikan Malu Untuk Anak Isteri

Terpaksa Kibar Bendera Putih Ketepikan Malu Untuk Anak Isteri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 241 hits
KALAU TANYA LEBAI BODOH DIA SOH DOA KAH KAH KAH PUNYA BODO PIANG BUKAN DIA NAK BANTU DIA TAK FAHAM MAKSUD TU LA BODOH NAMANYA LAIN ORANG SEMBANG LAIN DIA NAK CAMPUR JUGAK June 29 2021 Jurukimpal Zulkifli Samsuddin 39 berkata dia mengibarkan...
Makan Gaji Buta Sembang Ja Lebih Kibar Bendera Putih Ada Yang Membantu Kibar Bendera Pas Kebulur Dalam Rumah

Makan Gaji Buta Sembang Ja Lebih Kibar Bendera Putih Ada Yang Membantu Kibar Bendera Pas Kebulur Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 271 hits
BAHASA MELAYU GAGAL MENJELASKAN MAKSUD SEBENAR GAGALISTROSE ARIESBila dah ramai terkesan ada ke dari pejabat adun yang turun rumah ke rumah untuk bertanyakan masalah penduduk sekeluarga Dah semestinya setiap solat umat Islam berdoa Bila ber...
Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 306 hits
Biar pun beberapa NGO yang menerajui kempen menolong rakyat dihimpit kesukaran ekoran pandemik Covid 19 tidak bersetuju mempolitikkan kempen Kibar Bendera Putih namun hakikatnya kempen itu merupakan kegagalan total kerajaan Perikatan Nasion...
Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 247 hits
Oleh MOHD AZLI ADLAN Rosol memeriksa sebahagian barangan keperluan yang disumbang pihak swasta menerusi program Bank Makanan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja Dungun hari ini DUNGUN Kempen mengibar bendera putih dianggap mekanisme baharu yang...
Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 401 hits
Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Menurut Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu tu...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Kerajaan Gagal Serba Serbi Patut Kibar Bendera Putih Ibrahim Ali

Kerajaan Gagal Serba Serbi Patut Kibar Bendera Putih Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 260 hits
Kerajaan gagal serba serbi patut kibar bendera putih Ibrahim Ali Kerajaan gagal ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan Putra apabila 6 276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam diumumkan Dalam keadaan darurat da...
Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 222 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Kempen kibar bendera putih diharap dapat membantu orang ramai yang memerlukan bantuan namun berasa malu untuk menyatakannya secara terbuka FOTO INSTAGRAM AKMAL MASDUKIPETALING JAYA Kempen mengajak orang ramai men...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025