Polis Tidak Patut Terima Tajaan Syarikat Luar Kata Bekas Kpn


Khairil Ashraf
-February 15, 2019 7:06 AM

Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata, tajaan yang diterima adalah salah dari segi undang-undang kerana pihak yang menaja mempunyai kepentingan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:  Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihak polis seharusnya tidak lagi menerima tajaan daripada syarikat luar pada masa-masa akan datang.

Bekas ketua polis negara itu berkata sebagai respons terhadap insiden sebuah syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki baru-baru ini.

Musa berkata, sekiranya polis menerima tawaran tajaan seperti itu pada masa-masa akan datang, ia mesti menolaknya.

“Kalau diikutkan, tajaan yang diterima itu salah dari segi undang-undang kerana pihak yang menaja ini mempunyai kepentingan. Ia syarikat judi.

“(Bagaimanapun) lawatan sambil belajar itu diluluskan oleh pihak kerajaan apabila menteri dalam negeri meluluskan pegawai berkenaan menjalani lawatan sambil belajar tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai ketua polis negara ke Turki.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari teknik membanteras perjudian dalam talian.

Selain itu, Musa menambah, wujud kepentingan dalam isu ini kerana syarikat yang menaja lawatan berkenaan mempunyai kaitan dengan perjudian yang lesennya diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Manakala kawalan aktiviti judi pula dikuatkuasakan oleh pihak polis. Oleh itu adalah tidak wajar pihak polis menerima tajaan ini,” katanya.

Musa, yang merupakan ketua polis negara dari 2006 ke 2010 itu berkata, sebelum ini pasukan polis tidak pernah ditaja oleh syarikat luar awam bagi mengikuti kursus lawatan belajar.

“Dulu tak pernah jadi macam itu…dulu kerajaan tak benarkan syarikat swasta menaja pegawai polis untuk lawatan (belajar),” katanya.

Musa yang bersara sebagai ketua polis negara pada September 2010 menambah, masyarakat akan menganggap tajaan terbabit sebagai perbuatan rasuah.

Bagi mengelakkan tanggapan negatif seperti ini ditimbulkan pada masa akan datang, Musa berkata, setiap tajaan pihak swasta seharusnya diteliti dan mendapat kelulusan daripada kerajaan terlebih dahulu.

“Ini supaya jabatan dan pegawai kerajaan bebas daripada salah laku atau anggapan buruk oleh masyarakat” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/polis-tidak-patut-terima-tajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 370 hits
S Arutchelvan berkata ramai tidak berpuas hati dengan PH malah beranggapan Umno dan Bersatu sama sahaja Foto oleh Choo Choy MaySEMENYIH 16 Feb Parti Sosialis Malaysia percaya mereka pilihan terbaik pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan
Parti Komponen Ph Bebas Tentukan Cara Terima Ahli Baru Kata Saifuddin

Parti Komponen Ph Bebas Tentukan Cara Terima Ahli Baru Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memberi kebebasan kepada setiap parti komponen dalam gabungan itu untuk menentukan sendiri kaedah penerimaan masuk anggota baharu ke dalam parti kata Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah Jelasnya perkara...
Bekas Mp Umno Hadapai Lima Pertuduhan Terima Barang Berharga

Bekas Mp Umno Hadapai Lima Pertuduhan Terima Barang Berharga

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 294 hits
Bekas Anggota Parlimen Kota Tinggi Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sekali lagi dihadapkan ke mahkamah kali ini di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas lima pertuduhan menerima benda berharga iaitu penyelenggaraan dua buah kenderaan dan yu...
Sokongan Tak Terjejas Walau Terima Bekas Umno

Sokongan Tak Terjejas Walau Terima Bekas Umno

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 248 hits
Sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan tidak terjejas walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima bekas ahli Parlimen UMNO menyertai parti berkenaan
Pas Perlu Jawab Tuduhan Terima Rm90 Juta Dari Umno Kata Guan Eng

Pas Perlu Jawab Tuduhan Terima Rm90 Juta Dari Umno Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 372 hits
Palsu fitnah dan bohong itu penafian keras Lim Guan Eng terhadap dakwaan Pas ada komplot dalam Pakatan Harapan untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam berkata parti itu memberi sokong...
Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA GAZETTE Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi LANGKAWI Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di La...
Mujahid Enggan Ulas Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Turki

Mujahid Enggan Ulas Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Turki

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 335 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam enggan mengulas sebuah syarikat perjudian menaja lawatan kerja diketuai ketua polis negara ke Turki Beliau sebaliknya meminta wa...
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 333 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat