Khianat





1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya. Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe'el tingkah laku mereka.

2. Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas perakus kuasa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah!

3. Kerakusan mereka bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa. Kehadiran PH demi menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa tiba-tiba mereka dari perasuah kembali melalui pintu belakang!

4. Presiden Bersatu yang bersama PH menentang pemimpin yang terpalit dengan 1MDB dan kebisuan Umno kini dengan selambanya membuka pintu belakang untuk gerombolan UMNO masuk dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan! Beliau kini PM 8 dari PPBM (Parti Pintu Belakang Malaysia)

5. Parti Islam yang singkatannya PAS pula sanggup bersengkongkol untuk memenuhi nafsu kuasa mereka walaupun dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. 'Demi Islam' katanya ataupun sebenarnya 'Demi Kedengkian!' Bersemburanlah nanti ayat quran dan hadis mempertahankan pengkhianatan mereka.

6. Rakyat bingung kenapa mandat yang diamanahkan kepada PH dikhianati? Mereka tidak mengundi atas kaum atau agama, mereka mengundi atas menolak kerajaan BN yang korup dan lemah! BN tersungkur, tapi hari ini yang kalah di PRU ke 14 memasuki pintu belakang untuk membentuk kerajaan dengan bilangan yang besar. Bukan sahaja rakyat bingung tetapi marah dan geram!

7. Pengkhianatan tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap detik pengkhianatan akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.

8. PH diserang sejak 22 Bulan pemerintahannya dengan nuansa perkauman dan agama sempit. Fitnah meniti dibibir sepantas medsos yang bertularan. Kami pertahan dengan hujah dan meletakkan dasar-dasar pemulihan dan barisan kabinet yang bergelut memenuhi agenda reform negara.

9. PH melakukan itu semua atas mandat rakyat dan mendapat mandat secara 'anak jantan' di pentas pertandingan. Kami masuk dengan cara terhormat dan dijemput. Kerakusan mazhab pintu belakang tidak berakhir dengan fitnah, mereka terus merempuh masuk dari belakang walaupun dengan cara menipu!

10. Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Mazhab pintu belakang tidak terkecuali dari prinsip ini.

11. Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap AMANAH yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah AMANAH yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

3 March 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/khianat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khianat Ini Pelbagai Kesannya Akan Menyebabkan Kesulitan Hidup 9821

Khianat Ini Pelbagai Kesannya Akan Menyebabkan Kesulitan Hidup 9821

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 869 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Perbuatan Khianat adalah Penyebab Kesulitan Hidup Posted on 04 23 2016 by adminAda satu jenis lagi perbuatan yang menyebabkan kesulitan hidup di dunia bahkan di akhirat yaitu KH...
Dia Khianat Pas Dan Buat Lari Kerusi Pas Dia Lupa

Dia Khianat Pas Dan Buat Lari Kerusi Pas Dia Lupa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 278 hits
Dia khianat PAS dia lupa Bukan dia khianat PAS tapi dia khianat baiah dengan Allah s w t Ada dikalangan Ahli AMANAH hanya batal baiah dengan belanja nasi briyani kambing sahaja Bukan itu sahaja mereka curi aset PAS kerana banyak aset dileta...
Dulu Dia Jelek Dan Khianat Pas Kini Dia Nasihat Jangan Khianati Rakan

Dulu Dia Jelek Dan Khianat Pas Kini Dia Nasihat Jangan Khianati Rakan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 343 hits
Mewakili kawan kawan saya pohonkan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia Kami sedar apa yang diistilahkan oleh disiplin sains politik sebagai kemelut politik elit ini sememang layak ditanggapi rakyat sebagai golongan politikus yang saling...
Ph Khianat Ph

Ph Khianat Ph

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 233 hits
Landskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi...
Siapa Khianat Tabung Haji Bn Atau Ph

Siapa Khianat Tabung Haji Bn Atau Ph

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 395 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Kemelut yang melanda Tabung Haji hari ini bukan berpunca dari penyelewengan curi duit atau pelaburan palsu seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan 2 Keuntungan Bersih TH pada 2017 ialah RM3 412 juta RM2 486...
Syor Dr M Kekal Pm Khianat Dap Kutuk Azmin Jawab

Syor Dr M Kekal Pm Khianat Dap Kutuk Azmin Jawab

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 311 hits
DAP kutuk tindakan khianat syor Dr Mahathir kekal PMBACA BACA Susulan tindakan itu kenyataan tersebut memaklumkan Mohamed Azmin dan kumpulannya telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri ...
Saya Hanya Temui Perkataan Khianat Mujahid

Saya Hanya Temui Perkataan Khianat Mujahid

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 179 hits
1 Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe el tingkah laku mereka 2 Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat diga...
Warkah Mujahid Khianat Vs Muntah

Warkah Mujahid Khianat Vs Muntah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 412 hits
1 Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada warkah Mujahid yang disiarkan dalam media hari ini Saya hanya temui perkataan MUNTAH sebagai menepati fe el tingkah laku beliau Ini adalah di antara warkah Mujahid Yusof Rawa yang telah di mo...
Antara Dr Mahathir Dan Muhyiddin Siapa Yang Khianat

Antara Dr Mahathir Dan Muhyiddin Siapa Yang Khianat

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 363 hits
DALAM sidang media beliau pada pagi 1 Mac 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau telah dikhianati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya telah merancang lama untuk menjadi Perdana Menteri Kata Dr Mahathir I feel betrayed mostly by Muh...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peringatan Kepada Orang Yang Menzalimi Zara Qairina

Laksa Penang Cikna Di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi