Syor Dr M Kekal Pm Khianat Dap Kutuk Azmin Jawab



DAP kutuk tindakan khianat, syor Dr Mahathir kekal PM



Kenyataan Media Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng pada 24 Februari 2020 di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP:DAP mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin dan ahli parlimen PH yang telah mencuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan melalui pintu belakang untuk menggantikan kerajaan sedia ada yang telah dipilih secara demokratik dengan satu pakatan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional yang terdiri daripada UMNO, PAS, MCA, dan MIC bersama dengan beberapa pemimpin PPBM dan mereka yang telah dipecat daripada PKR yang dipimpin oleh Dato Seri Azmin Ali. Manipulasi politik ini telah menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani isu ekonomi dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat biasa dan perniagaan.Dalam menentang cubaan khianat untuk menafikan mandat yang telah diberikan rakyat kepada PH ini, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM.Saya telah melawat Tun pagi ini di kediaman beliau dan terkejut apabila Tun menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan. Saya juga berhasrat untuk mengesahkan laporan dalam The Edge yang menyatakan “Dr M quits as he does not want to work with UMNO”. Tun Dr Mahathir telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan UMNO apabila kita telah bertungkus lumus untuk menolak UMNO dengan jayanya dalam Pilihan Raya Umum 2018. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur – Foto: Hasful ZainuddinDAP ingin memuji pegangan berprinsip Tun Dr Mahathir untuk menolak kerjasama dengan UMNO yang dimana pemimpin mereka terbabit dengan amalan-amalan rasuah yang telah menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai “kleptokrasi global yang terburuk”. Perlu dinyatakan bahawa ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk meletakkan jawatan atas prinsip untuk menegakkan integriti dan melawan rasuah.
Kedudukan berprinsip dan juga konsisten ini dalam menolak UMNO yang korup ini haruslah disokong oleh semua rakyat Malaysia. Oleh itu, DAP berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri supaya Pakatan Harapan dapat terus memenuhi dan menyampaikan janji-janji dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan. – Roketkini.com
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Isnin memutuskan bahawa Mohamed Azmin serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail


Sementara itu, Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabelkan kumpulan berkenaan sebagai pengkhianat.
Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu sebaliknya berkata, pengkhianat sebenar adalah mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad di tengah penggal.
"Mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat," kata kenyataan tersebut menerusi laman Facebook Mohamed Azmin pada Isnin malam.

BACA: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta
BACA: Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen

BACA: Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini

Susulan tindakan itu, kenyataan tersebut memaklumkan Mohamed Azmin dan kumpulannya telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal. -Astroawani.


Lihat Sebelum Ini..Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/syor-dr-m-kekal-pm-khianat-dap-kutuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 242 hits
Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar kesalahan yang mereka lakukan kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali Dalam suatu kenyataan bersama para anggota parlimen itu menje...
Terkejut Letak Jawatan Dap Mahu Dr Mahathir Kekal Pm

Terkejut Letak Jawatan Dap Mahu Dr Mahathir Kekal Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 243 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana Menteri berpunca daripada keengganan bekerjasama dengan parti Umno Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 24 Feb DAP mahu Tun Dr Mahathir Moh...
Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 257 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh dua Gambar fail Foto FacebookTerlucut dengan keputusan 7 2 ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon ...
Ph Lumpuh Pulau Pinang Kekal Milik Dap

Ph Lumpuh Pulau Pinang Kekal Milik Dap

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 532 hits
Angan angan Anwar Ibrahim ke jawatan perdana menteri tersangkut lagi yang kekal sampai hanyalah bakal sahaja Apa pun aku tak nak bincang pasal Anwar Ibrahim mungkin pada artikel lain lah beb Aku nak bagi tahu pada semua kini kerajaan Pakata...
Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 387 hits
Kuala Lumpur 24 Feb Parti Tindakan Demokratik menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar terus Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang medi...
Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR DAP mengutuk pengkhianatan beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini dan ahli Parlimen yang terbabit dalam membentuk kerajaan pintu belakang Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata kerajaan pintu belakang itu ditubuh...
Dap Akan Terus Pecah Majoriti Melayu Untuk Kekal Berkuasa

Dap Akan Terus Pecah Majoriti Melayu Untuk Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 234 hits
Suka test water siapa bangkit tentang siapa barua tolong mereka19 02 2020BANGI 25 Jamadilakhir 1441H Rabu Parti paling dominan di Putrajaya DAP akan terus melemahkan kesatuan orang Melayu dan Islam demi memastikan mereka kekal memegang domi...
Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 548 hits
WARTAWAN MALAYSIAKINI LANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung MalaysiakiniSekian liputan kami ...
Azmin Minta Ketua Ranting Jawab Isu Semburit

Azmin Minta Ketua Ranting Jawab Isu Semburit

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 466 hits
W FaudzinEzam minta KPN siasat kononnya telah ada bukti baru video asli kisah semburit di hotel sandakan Takkan Ketua Ranting nak jawab isu semburit aduss
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan