Khianat Dalam Sejarah Melayu Oleh Faisal Tehrani




Di sesetengah negara yang korupsi menjadi endemik, mungkin juga di Malaysia, mendedahkan gejala rasuah dan korupsi boleh dianggap lapuk. Khususnya selepas skandal 1MDB, menelaah apa itu penyelewengan misalnya dapat dianggap ketinggalan. Ini kerana kelihatannya rasuah dan korupsi telah merata dan menjadi kebahagiaan buat sebilangan orang.

Sebagai misalan untuk masyarakat bebas atau minimum perbuatan rasuah, ia memerlukan kerajaan yang kuat. Akan tetapi untuk orang Melayu, dalam fikiran mereka secara tradisi; kerajaan bukanlah “government” apatah lagi “state”, akan tetapi ia bermakna sekadar keberadaan raja, atau memadai wujud sebuah, seorang, atau setompok manusia yang dapat dirujuk sebagai pemerintah.

Sama ada pemerintah, raja, atau setompok manusia yang pura-pura memerintah itu benar-benar memerintah untuk memberikan semula kebaikan kepada rakyat bukan lagi soalnya. Cukup sekadar ada. Oleh sebab itu, orang Melayu sukar melakukan perubahan dalam politik. Dalam hal ini orang Melayu dianggap sejenis bangsa yang selesa, atau relaks.

Maka dalam sejarah kepimpinan Melayu, setiap kali ada pengkhianatan dan pembelotan, ia diterima seadanya. Ini kerana kalau ada raja, atau seketul atau beberapa ketul manusia yang dianggap boleh dan berkebolehan memerintah, ia sudah dianggap okey. Dalam erti kata lain, parameter Melayu terhadap pemimpin mereka sangat rendah, malah dalam beberapa keadaan tiada pun parameter atau skala pengukuran.

Sebagai contoh, tanpa kedatangan Portugis pada 1511, dapat dikatakan orang Melayu akan membiarkan diri mereka secara berterusan ditindas pemerintah Melaka ketika itu. Ini tidaklah bermakna saya mendukung kolonialisme, malah penaklukan kuasa asing terhadap orang Melayu hanya menambah beban sejarah. Cuma, saya ingin menunjukkan bagaimana orang Melayu okey dengan pengkhianatan dan kezaliman.

Sebagai contoh, dalam Sejarah Melayu kita mengetahui kegagalan Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka. Baginda adalah raja, justeru kerajaan ketika Portugis menyerang Melaka. Peribadi baginda boleh dipertikaikan. Baginda digambarkan sebagai seorang pemimpin yang melimpah ruah hasad dan iri hati semata-mata didorong oleh nafsu syahwat yang meluap-luap kelaharannya. Baginda digambarkan sebagai seorang yang suka berzina malah dengan isteri orang, iaitu dengan isteri Tun Biajid yang merupakan anak Laksamana Hang Tuah.

Baginda juga pantang melihat perempuan muda cantik, di mana sejarah mencatatkan keberahian nafsu baginda yang gasang kepada wanita-wanita ini tidak kira kepada isteri atau tunang orang sekalipun. Maka kita membaca perihal kecantikan Tun Teja Ratna Benggala anak Bendahara Pahang yang meskipun sudah ditunangkan dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Jamil, tetap Sultan Mahmud meleleh, “baginda pun ingin rasanya akan anak Bendahara Pahang itu”.

Tidak cukup itu, Sultan Mahmud juga berdendam ke atas Bendahara Seri Maharaja kerana mengahwinkan anaknya Tun Fatimah jelita kepada Tun Ali tanpa pengetahuan Baginda yang juga terkecur dan berkenankan Tun Fatimah: “Baginda berkata dalam hatinya; ‘Jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya tiada ditunjukkannya kepada kita’. Maka Sultan Mahmud Shah berdendam di dalam hatinya akan Bendahara.”

Selain itu tatkala Laksamana Khoja Hasan menyebar fitnah Raja Mendeliar (setelah Laksamana dituba dengan emas sebahara) iaitu kononnya Bendahara Seri Maharaja sedang berkomplot “kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka”, maka Baginda pun tanpa banyak timbang terus bertindak membunuh Bendahara serta 3 orang pembesar kerabatnya, kerana “kabullah pada hatinya (yang berdendam), seperti kata orang mengantuk disorongkan bantal.”

Pembunuhan Bendahara Sri Maharaja ini menjadi asas kegoyahan yang paling dahsyat buat Melaka. Ini kerana kepimpinan Bendahara dan keperwiraan Tun Hasan Temenggung merupakan faktor utama dalam kemenangan Melaka menewaskan serangan pertama kuasa Portugis yang diketuai Gonzalo Periera, seperti yang disebut oleh Sejarah Melayu. Hanya dalam serangan Portugis yang ke-2 diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque, yakni setelah pembunuhan 4 orang pembesar dan perpecahan dalaman yang parah, baru kalahlah Melaka.

Oleh semua kezaliman, dan pengkhianatan yang terjadi dalam pemerintahan apakah yang rakyat atau masyarakat Melaka lakukan? Sifar. Tiada. Relaks. Okey. Belaka. Pemimpin dianggap abah, tok ayah, bahkan dalam doktrin tradisional “bayang-bayang Tuhan di muka bumi”.

Ini semua memberi petanda selera politik atau kemampuan Melayu menilai pemerintahan yang baik amat rendah, comot, tidak cukup canggih dan ke hadapan, malah purba dan paling penting ia bertentangan dengan Islam. Maka tidaklah menghairankan hari ini, terdapat kumpulan kanan Melayu yang suka menjual kegemilangan Melaka, dengan mendiamkan atau menutup kezaliman dan penindasan berjela-jela.

Inilah sebab sasterawan Melayu bernama Fatimah Busu menuliskan seuntai sajak yang tidak perlu pun puitis. Ia berbunyi begini, yang tujuannya adalah untuk menyentak:

“Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat negaramu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bumimu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bangsamu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bahasamu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat agamamu!”

Sajak ini termuat dalam “Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka”, yang memaparkan Melayu sentiasa, dan memang okey dengan pengkhianatan. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Melayu terbiasa dengan khianat. Kalau berniaga tidak khianat bukan Melayu. Kalau berpolitik tidak khianat lagilah bukan Melayu. Kalau beragama tidak khianatkan sunnah Nabi (dengan tidak mencegah mungkar orang atas) bukan juga Melayu.

Bezanya, selepas berlaku migrasi besar bangsa bukan Melayu iaitu Cina dan India ke Tanah Melayu, untuk setiap satu kebodohan dan kealpaan Melayu, mereka Melayu akan ada “punching bag” untuk dipersalahkan; “Apa lagi Cina mahu” atau “India balik negeri”.

Sikap sambil lewa Melayu dengan khianat ini bukan sahaja jatuh atas pundak Melayu, tetapi juga jatuh atas jemala gugusan Melayu yang lain, misalnya Jawa. Mereka juga tahu betapa okey dan relaksnya Melayu dengan khianat tetapi melayan ia seperti biasa. Prabowo (terlepas dari kecenderungan politik beliau sendiri) pernah membaca sebuah sajak yang tajuknya “Asal Santun” ketika berkempen di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 23 Mac 2014. Bunyinya begini:

“Asal Santun

Boleh bohong asal santun

Boleh mencuri asal santun

Boleh korupsi asal santun

Boleh khianat asal santun

Boleh ingkar janji asal santun

Boleh jual negeri asal santun

Boleh menyerahkan kedaulatan negara kepada asing

asal santun”

Jika menghuraikan apa itu kezaliman, rasuah, dan pengkhianatan sudah dianggap tidak bermakna, maka bagaimanakah kita melindungi rakyat, dan masyarakat keseluruhan dari petaka korupsi atau kejahatan pemimpin secara besar-besaran sekali lagi? Apakah yang perlu kita, di zaman moden lakukan?

Profesor Jerome Raymond Ravetz dari Institute for Science, Innovation and Society, Universiti Oxford menyatakan apa yang perlu dilakukan bukan lagi mencegah rasuah dan korupsi. Akan tetapi melakukan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu mencegah aktiviti atau sebarang usaha upaya melindungi atau menyembunyikan rasuah dan korupsi tersebut. Justeru yang patut dilakukan kini bukan lagi menyelongkar korupsi tetapi menelanjangkan sebarang usaha untuk menutup korupsi itu sendiri.

Dalam tulisan beliau berjudul “Corruption” pada 2016, Ravetz menyatakan gandingan korupsi dan “cover-up” mestilah berani dirungkaikan. Beliau menyatakan, para sosiologi harus mulai mengkaji, bukan lagi tentang rasuah, tetapi tentang fenomena menutup apa yang sebenarnya ini. Kata beliau, “For, while corruption occurs at all levels, cover-up is the task of the higher levels responsible for direction and control. From this the lesson is that those at the top are never innocent. Indeed, it can be argued, the lower level corruption is the price of higher level corruption.”

Ravetz juga menulis betapa menjelaskan tentang skandal lebih mudah, tetapi memperihalkan tentang menutup apa yang sebenarnya jauh lebih payah. Apa yang berlaku ketika Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala yang membuatkan orang Melayu dahulu, dan hari ini relaks dan okey bukan kerana mereka tiada agama justeru memejam mata segala kemungkaran; tetapi kerana kejahilan mereka diekploitasi orang atas dengan sungguh strategis lantas berlaku “cover-up” mempesonakan.
Contoh “cover-up” era tradisional adalah, kita biasa mendengar peristiwa Singapura dilanggar todak. Mengapakah fenomena alam itu lebih terkesan oleh orang Melayu berbanding rentetan sebelum atau selepas kejadian tersebut? Misalnya, kejadian “Singapura Dilanggar Todak” tidak dibaca sebagai peristiwa Tuan Jana Khatib dihukum bunuh raja kerana sebab remeh, atau kita tidak membaca judul Hang Nadim dibunuh raja meskipun menyelamatkan Singapura. Yang lebih menonjol bukan 2 peristiwa zalim tersebut, tetapi lebih kepada todak. Tidakkah menjengkelkan Melayu lebih sedihkan hal ikan dari pembunuhan tanpa belas kasihan.

Kita seterusnya mendengar kisah Sang Rajuna Tapa dan anaknya yang lawa itu dan jarang kita membaca dengan tajuk atau kata kunci begini; “Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit”. Ini contoh cara “cover-up” yang pernah berlaku.

Salah satu cara mengenal pasti permulaan kepada menutup apa yang sebenarnya dalam politik moden ialah apabila agensi-agensi kerajaan diketuai oleh orang politik dan bukan lagi teknokrat atau para profesional. Ia adalah permulaan kepada penindasan, kezaliman dan korupsi.

Hari ini jika Melayu memejam mata kepada gejala di atas tanpa rasa bimbang, malah kekal okey. Relaks. Tidak apa. Atau bersikap ala orang Melaka pra 1511 yakni asalkan ada kerajaan. Atau lebih buruk, menyalahkan orang lain yakni meratib asalkan bukan Cina atau India; maka ketahuilah pusingan u yang penuh malapetaka akan berlaku sekali lagi.

Pusingan u itu adalah, kita sedang berpatah balik menuju destinasi lampau:

Selamat Datang Tirani.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/khianat-dalam-sejarah-melayu-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang2 Arak Pada Awalnya Dibenarkan Operasi Oleh Kerajaan Pn Melayu Ini

Kilang2 Arak Pada Awalnya Dibenarkan Operasi Oleh Kerajaan Pn Melayu Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 412 hits
KILANG2 ARAK PADA AWALNYA DIBENARKAN OPERASI OLEH KERAJAAN PN MELAYU INI Asalnya kebenaran bertulis telah diberikan kepada dua kilang Arak Heinekken dan Carlsberg untuk beroperasi seperti biasa dikala berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Sur...
Sejarah Melayu Kota Melaka Kota Terkaya Dan Masyhur Seantero Dunia

Sejarah Melayu Kota Melaka Kota Terkaya Dan Masyhur Seantero Dunia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 821 hits
KERAJAAN Melaka telah terkenal dalam catatan sejarah terutamanya dalam aspek kemakmuran dan kemajuan perdagangan antarabangsa mereka Kemajuan dan kemakmuran Melaka telah dinyatakan oleh Tome Pires yang menulis tentang kepelbagaian pedagang ...
Perdana Menteri Dijangka Buat Pengumuman Selepas Taklimat Oleh Kkm Esok

Perdana Menteri Dijangka Buat Pengumuman Selepas Taklimat Oleh Kkm Esok

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 214 hits
PUTRAJAYA 9 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman esok mengenai langkah langkah berikutnya bagi membendung penularan COVID 19 mungkin turut berkaitan status Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Pengara...
Ini Pengiraan Diskaun 50 Bil Elektrik Oleh Tnb Automatik Tolak Tanpa Buat Tuntutan

Ini Pengiraan Diskaun 50 Bil Elektrik Oleh Tnb Automatik Tolak Tanpa Buat Tuntutan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 405 hits
Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah Namun jika semua ahli keluarga berkumpul mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepan...
Kritikan Terhadap Datuk Dr Noor Hisham Oleh Datuk Dr Musa Apa Lagi Yang Boleh Dijangka Dari Pemuja Dap

Kritikan Terhadap Datuk Dr Noor Hisham Oleh Datuk Dr Musa Apa Lagi Yang Boleh Dijangka Dari Pemuja Dap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 480 hits
Kamarul YusoffKasihan rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikritik teruk oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam satu laporan viral kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan Covid 19 dengan al...
Jenis Jenis Durian Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Jenis Jenis Durian Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1940 hits
Ramai orang yang suka makan durian sehingga musimnya ibarat satu pesta makanan Sejauh mana kita mengetahui jenis jenis durian yang popular di Malaysia Kali ini admin sekadar nak kongsikan info ringkas jenis jenis durian yang mungkin korang ...
Lakonan Pejuang Penjawat Awam Oleh Pemusuh

Lakonan Pejuang Penjawat Awam Oleh Pemusuh

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 222 hits
Dr Kamarul Zaman Yusoff Majlis Setiausaha PH desak PN perkasa perkhidmatan awamYANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan khususnya Tony Pua Ahli Parlimen Damansara dari DAP Yang menegaskan menge...
Pemberian Topeng Muka Percuma Untuk Setiap Isi Rumah Oleh Kerajaan

Pemberian Topeng Muka Percuma Untuk Setiap Isi Rumah Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 366 hits
Topeng muka percuma dari kerajaan Ini satu berita yang agak menggembirakan buat ramai rakya Malaysia apatah lagi apabila ada di dalam kalangan masyarakat yang agak sukar mendapatkan topeng muka ini di pasaran Walhal topeng muka boleh didapa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator