Ptti Himpun 4 000 Calon Spm Di Sabah Syed Saddiq Bella Astillah Turut Suntik Semangat


PTTI Himpun 4,000 Calon SPM Di Sabah, Syed Saddiq & Bella Astillah Turut Suntik Semangat Pusat tuisyen terkenal PTTI meneruskan misi membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 calon SPM menerusi program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang diadakan di ITCC Penampang, Sabah, pada 16 Ogos lalu.
Program padat ilmu ini menjadi tumpuan apabila turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta usahawan dan figura inspirasi Asyraf Khalid, yang sama-sama memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar. Kehadiran mereka membuktikan kepentingan usaha kolektif dalam membangunkan generasi muda berilmu dan berdaya saing. 
Lebih menarik, program ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh MK K-Clique dan Bella Astillah, anak jati Sabah yang menjadi idola ramai bagi berkongsi pengalaman dan semangat buat adik-adik calon SPM. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, penganjuran ini adalah sebahagian daripada komitmen PTTI dalam memastikan pelajar SPM di seluruh Malaysia mendapat bimbingan terbaik menjelang peperiksaan penting mereka. 

“Kami di PTTI percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk cemerlang. Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah adalah bukti bahawa anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi. Dengan adanya sokongan daripada semua pihak, kami mahu pelajar sedar bahawa masa depan mereka cerah jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.
“Kehadiran YB Syed Saddiq, Asyraf Khalid, MK K-Clique dan Bella Astillah bukan sahaja memecah kebosanan belajar, malah membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dalam pelbagai bidang. Kami berharap para pelajar di Sabah pulang dengan semangat baharu dan keyakinan diri yang lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya usaha dan disiplin dalam mencapai kejayaan akademik.
“Hari ini saya melihat ribuan pelajar di Sabah yang hadir dengan semangat luar biasa. Ingatlah, kejayaan bukan tentang siapa yang paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha. Anda semua adalah harapan besar negara, dan saya percaya Sabah akan melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya.
Bagi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, dia turut berkongsi perasaan terharu apabila melihat sambutan hangat daripada anak-anak muda negeri kelahirannya.
“Saya bangga dapat bersama adik-adik di Sabah. Sebagai orang Sabah, saya tahu betapa pentingnya pendidikan untuk mengubah masa depan. Saya doakan semua calon SPM terus kuat berusaha dan jadikan kejayaan ini hadiah untuk diri sendiri dan keluarga,” kata Bella dengan penuh semangat.
Dengan kehadiran ribuan pelajar, tenaga pengajar berpengalaman, serta sokongan pelbagai pihak, PTTI terus membuktikan kedudukannya sebagai institusi pendidikan berasaskan teknologi yang berwibawa dan berpengaruh dalam membentuk kecemerlangan akademik generasi muda negara.
Meneruskan usaha membantu pelajar di seluruh negara, PTTI turut melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma. Program ini akan diadakan secara dalam talian (online) pada 27 hingga 30 Ogos dan terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia.
Pelajar yang berminat boleh mendaftar untuk seminar dalam talian ini di laman web rasmi PTTI, www.ptti.my.
The post PTTI Himpun 4,000 Calon SPM Di Sabah, Syed Saddiq & Bella Astillah Turut Suntik Semangat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/20/ptti-himpun-4000-calon-spm-di-sabah-syed-saddiq-bella-astillah-turut-suntik-semangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Memang Tak Boleh Berpisah Netizen Dengki Bella Astillah Syed Saddiq Muncul Atas Pentas Sepah Reunion Bersama

Hiburan Memang Tak Boleh Berpisah Netizen Dengki Bella Astillah Syed Saddiq Muncul Atas Pentas Sepah Reunion Bersama

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 308 hits
Semalam pelakon dan penyanyi Bella Astillah merupakan tetamu undangan untuk Sepahtu Reunion Live tetapi hal yang mencuri perhatian apabila ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq membuat kemunculan istimewa tanpa pengetahuan aktres itu Jelas dili...
Syed Saddiq Persoal Kelewatan Siasatan Kes Zara Qairina

Syed Saddiq Persoal Kelewatan Siasatan Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kelewatan siasatan kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 tahun Tindakan Hanya Selepas Tular Dalam sesi perbahasan Rancang...
Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 995 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya Ayden Adrean dibuli di sekolah Bella yang ditemui media berkata dia sudah menghantar anak lelakinya ke kelas takwondo bagi tujuan mempertahankan diri nam...
Act Against Enablers Of Bullying In Schools Syed Saddiq

Act Against Enablers Of Bullying In Schools Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 274 hits
PARLIAMENT Syed Saddiq Syed Abdul Rahman urged the government to enforce stricter action against enablers of bullying in schools citing similar liabilities under current laws for negligent parents Debating the 13th Malaysia Plan in the Dewa...
Stop Trying To Mediate Bullying Cases Syed Saddiq Tells Police

Stop Trying To Mediate Bullying Cases Syed Saddiq Tells Police

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 492 hits
PARLIAMENT An opposition MP today called out the police for trying to mediate bullying cases instead of investigating incidents reported to them Speaking at the Dewan Rakyat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman told Home Minister Saifuddin Nasutio...
Syed Saddiq Turns Down Offer To Return As Muda President For Now

Syed Saddiq Turns Down Offer To Return As Muda President For Now

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 590 hits
The Muar MP says he wants to focus on his family constituency work and fundraising Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said he stepped down as Muda president in 2023 as he wanted to show that holding the presidency required being whiter t...
Penampilan Bella Astillah Zahnita Wilson Pukau Pentas Klfw 2025 Maya

Penampilan Bella Astillah Zahnita Wilson Pukau Pentas Klfw 2025 Maya

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 281 hits
MINGGU Fesyen Kuala Lumpur 2025 terus menjadi tumpuan dengan pelbagai penampilan menarik termasuk dari dua nama terkenal Bella Astillah dan Zahnita Wilson Mereka menjadi fokus penonton ketika tampil dalam persembahan jenama kosmetik L Or al...
Sabah Bantu Pekerja E Panggilan Buka Akaun Kwsp Peruntuk Hampir Rm600 000

Sabah Bantu Pekerja E Panggilan Buka Akaun Kwsp Peruntuk Hampir Rm600 000

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 545 hits
Sebanyak 11 109 permohonan diterima untuk membuat caruman kata Ketua Menteri Hajiji Noor Kerajaan Sabah peruntuk wang untuk bantu pekerja e panggilan yang belum buka akaun KWSP KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM600 000 ba...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad